Yandex

Ledger Wallet

Apr 01, 2018 Shahirah Program afiliasi

Ledger Wallet

Ledger Wallet menawarkan elemen keselamatan yang terunggul dalam produknya, Ledger Nano S sekaligus menjadikan ia salah satu produk dompet perangka keras luar talian yang digemari ramai. Dengan beberapa ciri keselamatan seperti kod pin, enkripsi, dan kunci persendirian, syarikat Ledger Wallet yang diasaskan pada tahun 2014 oleh Eric Larchevêque amat diyakini untuk memberikan servis dan produk yang terbaik kepada pembeli.

Program afiliasi Ledger

Kini pengguna juga dapat menikmati sedikit keuntungan mudah yang ditawarkan oleh Ledger iaitu memperoleh 10% komisen daripada setiap penjualan rangkaian produk mereka kepada bakal pelanggan. Anda hanya perlu mendapatkan pautan khas anda sejurus selepas mendaftar dengan program afiliasi Ledger, letakkannya di platform media atas talian dan lihat komisen masuk ke dalam poket.

Mulakan pengembaran Ledger

Terdapat beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk menjadi peserta program afiliasi yang sah dan berhak untuk memperoleh komisen. Pertama, anda perlulah mendaftar dengan pihak Ledger sebagai seorang affiliate dan anda akan mempunyai akaun peribadi sendiri yang mengandungi maklumat seperti banting, pautan khas, bahan-bahan promosi dan jumlah komisen yang telah diperoleh.

Kedua, anda akan mempromosikan Ledger Wallet dan rangkaian produknya dengan pautan khas yang diberikan. Pautan tersebut akan menjadi sah serta-merta dan boleh digunakan. Anda juga boleh mendapatkan bahan-bahan promosi yang telah disediakan oleh pihak Ledger di semua platform secara atas talian. Kemudian, apabila anda telah berjaya mendapatkan sekurang-kurangnya dua pembelian hasil promosi anda atau 50 Euro komisen dalam akaun anda, akaun anda akan menerima satu set soalan yang perlu disiapkan dan diberikan semula kepada pihak Ledger.

Pihak Ledger akan menyemak semula akaun anda untuk sebarang salahlaku atau pelanggaran syarat yang telah ditetapkan oleh Ledger. Anda boleh menyemak peraturan dan panduan menjadi seorang affiliate untuk program ini. Pengesahan akaun selalunya mengambil masa selama 7 hari sebelum disahkan status sebagai ahli rasmi afiliasi program ini.

Ketiga, anda akan memperoleh komisen hasil promosi dan penjualan produk kepada pelanggan melalui pautan khas anda dalam bentuk bitcoin selepas melalui pertukaran wang digital dan fiat yang akan dimasukkan ke dalam akaun anda terlebih dahulu sebelum ke alamat bitcoin.

Pembayaran Komisen

Anda akan menerima komisen anda pada setiap hari Isnin pada setiap minggu atau pada setiap awal bulan. Amaun minimum yang dikenakan oleh pihak Ledger sebelum pembayaran boleh dibuat adalah sebanyak 50 Euro. Jika anda tidak berjaya memperoleh jumlah minimum tersebut, proses pembayaran anda tidak akan diproses dan akan dibawa ke minggu atau bulan hadapan.

Untuk pertukaran matawang fiat Euro ke bitcoin, pertukaran tersebut akan dilakukan mengikut kadar semasa BTC sewaktu pembayaran dilakukan. Dan sebarang pengurangan jumlah komisen sebenar dengan jumlah komisen akhir mungkin disebabkan oleh terdapat salah seorang pelanggan yang membatalkan pembelian mereka atau memulangkan semula produk Ledger dalam masa 35 hari selepas Tarik pembayaran yang telah dibuat.

Log masuk “rahsia” akaun

Akaun anda akan dibekalkan dengan satu kata kunci rahsia yang akan digunakan untuk log masuk ke akaun anda. Ia terletak di dalam profil mereka dan anda perlu mencatatnya untuk kegunaan masa hadapan.

Status referral bakal pelanggan hanya akan bertahan selama 24 jam sahaja sebelum mereka mendaftar menggunakan pautan khas anda. Jika mereka mendaftar menggunakan pautan anda dalam masa 24 jam, mereka akan menjadi referral anda, Jika tidak, mereka akan kehilangan status tersebut.

Selain itu, Ledger turut menyediakan akses secara atas talian untuk memilih tetapan sumber trafik dan pemulangan yang berjaya diperoleh untuk beberapa tempoh.

Copyright © 2017 - 2018. All rights reserved.