Yandex

Paxful

Apr 08, 2018 Shahirah Program afiliasi

Paxful merupakan laman web yang menawarkan perkhidmatan pembelian dan penjualan bitcoin serta penyimpanan bitcoin secara atas talian yang dikenali sebagai dompet Paxful. Pelanggan akan berpeluang untuk membuka dompet percuma Paxful apabila mereka membeli bitcoin menggunakan platform Paxful. Kini terdapat lebih daripada 1,000 penjual yang berdaftar dengan Paxful.

Selain itu, Paxful mempunyai lebih daripada 300 gerbang pembayaran yang boleh digunakan oleh pelanggan untuk membeli bitcoin yang dikategorikan sebagai kad hadiah, deposit tunai yang boleh dilakukan kurang daripada satu jam, pindahan secara atas talian menggunakan ID atau kad debit dan kad kredit.

Gerbang pembayaran untuk pembelian bitcoin termasuklah menggunakan kad hadiah Amazon, Gamestop dan Walmart. Selain itu, Western Union, MoneyGram, SEPA dan pindahan wang melalui bank negara. Anda juga boleh menggunakan akaun wang simpana atas talian jika anda mempunyai PayPal, Skrill, NetSpend atau Paxum. Atau lebih mudah dengan kad VISA dan Mastercard anda.

Ditubuhkan pada tahun 2015, Co-CEO Paxful Ray Youssef memperkenalkan Paxful Bitcoin Kiosk 2 tahun kemudian untuk menarik lebih ramai pelanggan dan peserta program afiliasi.

Program Afiliasi

Anda berpeluang untuk memperoleh komisen sebanyak 2% daripada jumlah nilai pembelian yang dilakukan oleh pelanggan atau pelawat yang menggunakan Virtual Bitcoin Kiosk. Mudah sahaja, anda cuma perlu mendaftar dengan Paxful, mendaftar sebagai peserta program afiliasi dan kongsikan pautan khas yang akan diberikan selepas itu.

Pelanggan yang menggunakan Virtual Bitcoin Kiosk melalui kod anda akan menjadi referral anda selama setahun sahaja. Oleh itu, anda akan menerima komisen untuk setiap pembelian yang mereka lakukan pada masa akan datang.

Komisen yang diperoleh akan disimpan secara automatik dalam bentuk bitcoin ke dalam dompet atas talian Paxful dan anda boleh mengeluarkan serta-merta jika anda mahu. Selain itu, Paxful tidak mengehadkan jumlah referral atau transaksi yang boleh ditukarkan kepada komisen. Anda boleh mendapat komisen yang maksimum hasil daripada referral anda.

Atau, anda boleh menjual komisen bitcoin yang diperoleh dan mendapatkan lebih keuntungan daripada caj tertentu yang dikenakan. Untuk menjejaki perolehan anda, anda akan menerima satu emel mengatakan jumlah komisen yang diperoleh dan melihat kenaikan baki yang di papan pemuka Paxful setelah transaksi pembelian lengkap.

Di samping itu, pihak Paxful turut memperkenalkan insentif tambahan kepada peserta programnya iaitu ganjaran 1 BTC kepada 3 peserta program teratas pada setiap bulan. Komisen anda bergantung kepada trafik dan penggunaan widget Paxful yang menarik dan mudah untuk digunakan.

Virtual Bitcoin Kiosk

Program afiliasi Paxful menggunakan Paxful Virtual Bitcoin Kiosk, iaitu pautan khas atau susunan kod yang memudahkan orang ramai untuk membeli bitcoin di mana-mana sahaja secara atas talian walaupun tidak melawati laman web mereka.

Orang ramai boleh membeli bitcoin dengan mudah kerana Paxful mencipta widget untuk menguruskan pembelian tersebut. Anda hanya perlu meletakkan kod Virtual Bitcoin Kiosk di blog, laman web dan media sosial serta banting untuk kelihatan lebih menarik. Anda boleh mengemaskini pautan anda dengan menetapkan beberapa maklumat seperti jumlah, kaedah pembayaran dan tawaran menarik.

Kini, Paxful memberikan lebih kebebasan dan menyokong kreativiti pesertanya untuk mengolah dan mengubahsuai widget mengikut kesukaan mereka bagi memberikan keselesaan kepada pengguna dan kelihatan menarik. Pengubahsuaian boleh dilakukan secara atas talian. Tambahan pula, terdapat satu tetapan khas yang disediakan yang dinamakan sebagai developer docs khas untuk laman web dan aplikasi.

Untuk tetapan matawang, Paxful akan menetapkan matawang tempatan yang mempunyai ketepatan sebanyak 99% atau anda boleh menetapkannya sendiri. Paxful turut menyediakan perkhidmatan sokongan dan anda boleh menghubungi mereka menggunakan nombor telefon atau emel.

Copyright © 2017 - 2018. All rights reserved.