Yandex

Affiliate programs

Binance

Compare with:
Nama saya

Binance

Binance

Binance adalah satu laman web dagangan matawang kripto Binance di mana pelanggan dapat membeli dan membuat pertukaran matawang fiat ke matawang kripto seperti Bitcoin (BTC), Etherum (ETH), Binance (BNB), Tether (USDT) dan Litecoin (LTC). Binance adalah gabungan daripada perkataan “Binary” dan “Finance” yang membawa maksud kewangan binari.

Dilancarkan pada tahun 2017 oleh Guangyin Chen, Binance menyediakan kaedah pembayaran yang mudah untuk melakukan pembelian dan urusniaga di Binance seperti kad kredit, kad debit, akaun bank Amerika Syarikat dan PayPal. Yuran perkhidmatan yang dikenakan adalah sebanyak 0.1% daripada jumlah keseluruhan yang perlu dibayar.

Program referral Binance

Baru-baru ini Binance telah memperkenalkan Binance Referral (R) Program. Melalui program ini, anda boleh mendapatkan ganjaran 50% daripada yuran perkhidmatan yang dikenakan oleh Binance sebagai komisen anda serta-merta daripada urusniaga mereka jika anda mempromosikan Binance kepada rakan-rakan anda.

Program referral juga boleh diakses menggunakan aplikasi telefon pintar Android yang telah dikemaskini. Selain itu, ia juga boleh diakses melalui platform lain iaitu wechat dan sistem html 5.

Cara-cara untuk mendapatkan ganjaran

Pertamanya, anda perlulah mendaftar dengan Binance di laman web rasmi dan menyertai program ini. Apabila anda sudah mendaftar, anda akan dibekalkan dengan pautan khas referral dan kod QR anda. Anda boleh memberikan pautan khas dan kod QR tersebut kepada rakan-rakan dan keluarga anda bagi mempromosikan Binance.

Jika mereka mendaftar menggunakan pautan khas anda dan ID Referral, mereka akan dianggap sebagai referral anda. Referral anda adalah seumur hidup dan anda boleh mendapatkan komisen sebanyak 20% daripada transaksi yang mereka jalankan pada bulan pertama.

Selepas itu, anda akan berpeluang untuk mendapatkan komisen sebanyak 50% daripada yuran perkhidmatan Binance apabila mereka berjaya melengkapkan transaksi urusniaga mereka. Anda akan memperoleh komisen dalam bentuk matawang yang digunakan oleh mereka serta-merta ke dalam akaun anda. Peratusan komisen juga berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada pihak Binance.

Maklumat tambahan mengenai program referral Binance

Sehingga kini, pihak Binance tidak meletakkan sebarang had maksimum jumlah referral yang boleh dikumpul serta bayaran minimum untuk setiap pengeluaran. Oleh itu, jumlah komisen juga akan ditukarkan ke unit matawang yang anda inginkan bergantung kepada kadar semasa sewaktu transaksi tersebut dijalankan. Jika berlaku sebarang penipuan atau penyelewengan yang dilakukan seperti penipuan akaun dan akaun klon, pihak Binance akan mengeluarkan anda daripada program referral dengan serta-merta.

Pada halaman utama program referral Binance, anda akan dapat melihat rakan referral anda, jumlah komisen yang telah anda peroleh serta komisen terkini daripada transaksi akhir referral anda. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Binance atau program referral, Binance turut menyediakan pelbagai kaedah untuk menghubungi mereka iaitu melalui telefon atau emel yang boleh didapati di laman web rasmi mereka.

Please login or create an account if you do not have a one yet to be able to post your review.

Copyright © 2017 - 2018. All rights reserved.