Yandex

Exmo

Apr 29, 2018 Shahirah Program afiliasi
Nama saya
    Exmo

Exmo

Exmo adalah laman web yang menawarkan perkhidmatan jual beli matawang kripto dan pertukaran wang fiat dan wang digital. Terdapat pelbagai jenis matawang kripto yang disokong oleh Exmo termasuklah pasangan pertukaran matawang yang menjadi pilihan orang ramai iaitu BTC/USD, BTC/EUR, BTC/RUB, BTC/UAH, BTC/PLN, BCH/BTC.

Terdapat 6 jenis pesanan yang boleh dilakukan oleh pelanggan perkhidmatan Exmo. Jenis pesanannya adalah simple buy, simple sell, market buy dan market sell, complex buy dan complex sell. Setiap satu jenis pesanan ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Namun ia memberi kelebihan kepada setiap lapisan masyarakat untuk menggunakan perkhidmatan mengikut kesesuaian mereka.

Selain itu, terdapat dua jenis bayaran yang dikenakan kepada pelanggan iaitu bayaran pengeluaran matawang kripto daripada akaun Exmo dan juga yuran perkhidmatan menggunakan Exmo. Yuran pengeluaran yang ditetapkan adalah berbeza mengikut matawang masing-masing tetapi yuran perkhidmatan adalah sebanyak 0.2% daripada jumlah nilai dagangan yang dijalankan.

Program afiliasi Exmo

Exmo Finance LLP mempunyai program afiliasi yang sangat mudah dan lumayan untuk pelanggannya yang rajin mempromosikan Exmo kepada rakan terdekat dan orang ramai. Program ini menawarkan komisen yang tinggi iaitu 0.25% daripada yuran perkhidmatan yang dikenakan oleh Exmo bagi setiap urusniaga yang berjaya.

Cara untuk menyertai program afiliasi Exmo

Untuk menyertai program ini, anda hanya perlu mendaftar dengan Exmo dan terdapat satu butang untuk mendaftar untuk program afiliasi ini. Selepas itu, anda akan diberikan pautan khas referral anda untuk diletakkan pada mana-mana platform yang disukai seperti di media sosial, laman web dan blog. Dan kenalan anda yang mendaftar menggunakan pautan anda akan dianggap sebagai  referee  anda selama-lamanya.

Komisen program afiliasi

Komisen daripada harga perkhidmatan adalah sebanyak 25% daripada 0.2% dan ianya akan dibayar melalui akaun yang telah ditentukan semasa mendaftar program ini. Bayaran yang akan diperoleh adalah melalui beberapa unit matawang digital iaitu Doge, LTC, BTC, Dan dan ETH. Setiap matawng kripto mempunyai had minium pembayaran yang berbeza.

Seperti DOGE, had pembayaran adalah sebnayak 10 DOGE. Manakala, matawang yang lain adalah 0.5 LTC, 0.01 BTC, serta 0.1 bagi pembayaran minimum Dash dan Ethereum. Jika anda mempunyai sebaran pertanyaan atau kemusykilan mengenai program ini, anda boleh menghubungi mereka melalui laman web rasmi, LiveChat, nombor telefon Exmo dan tiket anda.

Copyright © 2017 - 2018. All rights reserved.