Yandex

Affiliate programs

IPVanish VPN

Compare with:
Nama saya

IPVanish VPN

IPVanish

IPVanish adalah satu penyedia perkhidmatan Virtual Private Network (VPN) untuk menjamin keselamatan anda semasa melayari internet menggunakan peranti sendiri atau Wi-Fi. Diasaskan pada tahun 2011, IPVanish mempunyai ciri-ciri keselamatan terunggul seperti menggunakan jalur lebar tanpa had, proksi laman web SOCKS5 dan protokol OpenVPN dan L2TP/ IPsec VPN.

Pada hari ini, IPVanish adalah antara penyedia VPN utama di mana ia menglamalkan ‘zero-logs policy” yang sangat ketat dan terkawal. IPVanish juga mempunyai kekuatan untuk mengunci data anda menggunakan teknologi enkripsi “256-bit SES encryption”. Selain itu, anda juga berupaya untuk melayari laman web yang telah ditapis atau dihalang oleh mana-mana institusi seperti organisasi setempat, institusi pengajian dan negara.

IPVanish menawarkan tiga jenis pelan langganan untuk perkhidmatan VPN iaitu secara tahunan selama 12 bulan, setiap bulan dan untuk setiap 3 bulan. Anda bebas untuk menyambung langganan anda atau pun tidak selepas tempoh langganan anda berakhir. IPVanish mempunyai tawaran ganjaran menarik untuk pakar afiliasi.

Program afiliasi IPVanish

IPVanish menawarkan komisen atau ganjaran sehingga 100% untuk setiap langganan baru yang dibuat oleh pelanggan IPVanish dan komisen sehingga 35% untuk setiap pembaharuan langganan untuk pelan sedia ada.

Dengan menyertai program ini, anda akan menerbitkan artikel atau ulasan mengenai IPVanish dalam laman web yang menawarkan servis penulisan afiliasi. Selain itu, anda akan menampal banting dan membuat kempen media sosial dan emel. Jika anda mempunyai laman web, pengikut dan platform yang kukuh, anda amat sesuai untuk menyertai program ini.

Cara menyertai program afiliasi

Untuk menyertai program ini, anda perlulah mendaftar dengan IPVanish terlebih dahulu, kemudian mengisi borang penyertaan afiliasi. Selepas itu, pengurus akaun akan menghubungi anda sebelum mengesahkan akaun anda. Penyertaan program ini adalah percuma.

Apabila akaun afiliasi anda telah disahkan, anda kana menerima satu pautan VPN yang unik di mana apabila seseorang klik pada pautan anda, kuki akan diletakkan di pelayar mereka. Dan sekiranya mereka melanggan perkhidmatan IPVanish, pelanggan itu akan dimasukkan ke dalam akaun afiliasi anda.

Komisen

IPVanish memberikan peluang dan kebebasan kepada anda untuk mengumpul sebarapa banyak komisen yang anda inginkan. Anda akan menerima sama ada 100% komisen untuk setiap langganan baharu dan 35% untuk langganan semula pelanggan lama. Komisen akan dimasukkan ke dalam akaun afiliasi pada hari ke 8 selepas tarikh langganan dibuat. Hal ini kerana IPVanish mempunyai polisi 7 hari pemulangan wang semula untuk produknya.

Anda akan menerima wang komisen dalam matawang USD pada 20 haribulan setiap bulan apabila anda telah mencapai jumlah pembayaran minimum yang ditetapkan iaitu $100. Kaedah pembayaran akan dilakukan menggunakan PayPal atau cek sahaja. Jika baki amaun anda tidak mencukupi, ia akan dibawa ke bulan hadapan sebelum dibayar ke akaun bank anda.

Bagi peserta program afiliasi yang baru, proses penetapan bayaran dan pengesahan yang pelu dibuat mungkin mengambil lebih kurang 60 hari selepas referral pertama yang berjaya.

Peraturan program afiliasi IPVanish

IPVanish memandang serius sebarang cubaan untuk menyeleweng maklumat atau penipuan. JIka terdapat mana-mana akaun yang dilaporkan terhadap akaun referral, komisen tersebut akan ditarik balik serta merta daripada pembayaran komisen yang seterusnya atau dibatalkan.

IPVanish turut menyediakan beberapa sokongan untuk membantu anda meningkatkan potensi dan tarikan untuk bakal pelanggan IPVanish. Kerjasama yang dijalin IPVanish dan Affiliate Groove akan memberikan anda kelebihan dari segi pemasaran internet, pakar SEO yang memboleh menjawab semua persoalan anda sekaligus meningkatkan strategi pemasaran afiliasi yang bagus.

Please login or create an account if you do not have a one yet to be able to post your review.

Copyright © 2017 - 2018. All rights reserved.