Yandex

LocalBitcoins

Unique Views - 1
Apr 08, 2018 Shahirah Program afiliasi
Nama saya
    LocalBitcoins

LocalBitcoins adalah satu laman web di mana pelanggan boleh menjalankan urusniaga jual beli dan pertukaran matawang digital dengan pengguna matawang kripto di seluruh dunia. Diasaskan pada tahun 2012 oleh Nikolaus Kangas, anda boleh membeli Bitcoin menggunakan deposit tunai sahaja melalui bank tempatan.

Jika anda mempunyai bitcoin dan ingin menjualnya di LocalBitcoins, anda hanya perlu mengiklankannya dan membuat tawaran harga yang bersesuaian dan menepati beberapa syarat yang ditetapkan oleh pihak LocalBitcoins.

Seperti contoh, anda perlulah mempunyai akaun pembayaran atas nama anda sendiri, mengesahkan ID anda terlebih dahulu dan berkomunikasi dengan pelanggan menggunakan laman web LocalBitcoins sahaja. Iklan anda juga perlu mempunyai maklumat pembayaran yang lengkap dan tidak dibenarkan untuk membeli atau menjual bagi pihak ketiga.

Program Afiliasi

LocalBitcoins juga mempunyai program afiliasinya yang tersendiri iaitu menawarkan komisen sebanyak 20% kepada pelanggannya yang berjaya menarik pelanggan baharu untuk berurus niaga di LocalBitcoins.

Anda akan memperoleh sebanyak 20% komisen daripada 10% yuran atau caj yang dikenakan oleh LocalBitcoins untuk setiap dagangan. Selain itu, komisen akan diberikan berdasarkan dagangan setiap pengguna. Seperti contoh, jika dua pelanggan anda menjalankan dagangan dengan satu sama lain yang bernilai 100 BTC, setiap seorang daripada mereka akan memberikan anda komisen sebanyak 20% menjadikannya sejumlah 40% daripada yuran LocalBitcoins sebanyak 10% iaitu 0.4 BTC.

Cara memperoleh komisen

Anda akan memperoleh komisen apabila pelanggan anda melalui tiga peringkat yang ditetapkan iaitu haruslah melawati laman web LocalBitcoins menggunakan pautan khas anda sahaja. Selepas itu, pelanggan anda haruslah mendaftar dengan LocalBitcoins sebagai pelanggan atau penjual. Dan anda hanya akan menerima komisen apabila mereka berjaya menjalankan perdagangan matawang kripto di LocalBitcoins.

Pelanggan anda akan dianggap sebagai afiliasi anda selama 3 bulan pertama sahaja. Anda juga akan menerima komisen anda yang pertama iaitu setahun selepas mereka mendaftar sebagai pengguna. Anda akan menerima komisen anda secara harian dalam bentuk matawang digital BTC. Oleh itu, anda perlulah memberikan alamat bitcoin anda yang betul.

Peraturan program afiliasi LocalBitcoins

Terdapat beberapa peraturan yang perlu anda patuhi iaitu anda tidak boleh melakukan aktiviti spam dengan meletakkan pautan khas anda di forum-forum yang tidak berdaftar, reddit dan emel yang tidak dilanggan. Selain itu, anda juga tidak dibenarkan membuat iklan yang menyeleweng dan mengelirukan orang awam dan sebarang bot seperti iframe juga tidak dibenarkan sama sekali.

LocalBitcoins mempunyai segala hak untuk menamatkan program ini atau keahlian anda dalam program afiliasi pada bila-bila masa jika anda didapati bersalah melakukan kesalahan-kesalahan yang telah disebutkan tadi.

Jika anda mempunyai sebarang persoalan, anda boleh menghubungi kumpulan sokongan pelanggan melalui LivaChat di laman web mereka.

Copyright © 2017 - 2018. All rights reserved.