Yandex

Plus500

Unique Views - 1
May 20, 2018 Shahirah Program afiliasi
Nama saya
    Plus500

Plus500 adalah satu laman web yang menawarkan pelbagai instrumen pelaburan kewangan dan perdagangan untuk pedagang atas talian meningkatkan keuntungan mereka dan melabur dengan lebih yakin dan bijak. Plus500 adalah satu platform dagangan yang menawarkan “Contracts For Difference” CFD untuk saham, indeks, forex, pilihan binari dan matawang kripto.

CFD adalah salah satu instrumen pelaburan dalam strategi pelaburan iaitu menggunakan wang orang lain atau pinjaman untuk meningkatkan hasil pelaburan atau “return-of-investment”. Plus500 menyediakan akaun demo kepada pedagang untuk belajar menggunakan platform Plus500. Namun begitu, Plus500 ada memberikan amaran tentang risiko pelaburan dan kehilangan modal atau wang deposit semasa melabur.

Program Afiliasi dan Partnership Plus500

Diasaskan oleh Dror Sordo pada tahun 2008, Plus500 mempunyai program 500affiliates yang diuruskan oleh anak syarikatnya sendiri. Anda berpeluang mendapatkan komisen sehingga $700 untuk setiap pedagang yang layak. Nilai komisen adalah berbeza mengikut negara pedagang yang berdaftar seperti Australia sebanyak $600, Israel $200, dan Malaysia sebanyak $300.

Program ini turut memberikan tambahan $100 jika pedagang anda mendaftar untuk kategori komoditi atau indeks. Pedagang yang layak adalah pedagang yang berdaftar dan memasukkan deposit ke dalam akaun Plus500.

Cara menyertai program afiliasi

Program ini adalah percuma dan terbuka kepada individu berumur 18 tahun dan ke atas serta syarikat korporat. Antara syarat lain adalah anda perlu memiliki laman web sendiri yang berfungsi dan sesuai untuk mempromosikan program ini

Selain itu, anda perlu menghantar borang penyertaan kepada Plus500 sebelum dinilai dan diluluskan. Anda akan dimaklumkan oleh pihak Plus500 jika permohonan anda diluluskan atau tidak. Apabila borang anda telah diluluskan dan diterima, anda akan menandatangani perjanjian program afiliasi dengan Plus500.

Terdapat tiga jenis afiliasi iaitu pedagang, referred-affiliate dan sub-affiliate. Pedagang adalah mereka yang memasukkan deposit dan menjalankan perdagangan CFD dengan platform Plus500. Referred-affiliate adalah orang menyertai program ini daripada pautan anda dan telah diluluskan oleh syarikat sebagai peserta program ini.

Manakala sub-affiliate pula adalah individu yang berdaftar melalui pautan anda sebagai sub-affiliate di mana anda akan menerima sebanyak 10% komisen hasil yang diperoleh oleh individu tersebut. Peserta program turut perlu mendapatkan kelulusan daripada Plus500 untuk menyertai program ini.

Cara memperoleh komisen

Anda akan memperoleh komisen anda apabila pelawat klik pada bahan promosi atau pautan khas anda dan mendaftar dengan Plus500. Apabila mereka memasukkan deposit tanpa sebarang deposit minimum dikenakan dan seterusnya berdagang menggunakan platform Plus500.

Di samping itu, cara lain adalah dengan merekrut sub-affiliate dan menerima komisen sebanyak 10% daripada jumlah komisen yang diperoleh. Terdapat tempoh tertentu untuk tiga kategori referral. Untuk kategori pedagang dan sub-referral, anda akan memperoleh komisen untuk tempoh 12 bulan sahaja daripada tarikh pendaftaran manakala referred-affiliate adalah selama 36 bulan sahaja.

Compensation Plan atau CPA Plan adalah pelan pembayaran untuk pedagang aktif atau “qualified trader” di platform Plus500 dengan kadar berbeza. Seperti contoh, apabila anda berjaya mendapatkan referral daripada negara Australia dan United Kingdom, anda akan memperoleh komisen sebanyak $600, Denmark, France, Kuwait serta beberapa negara lain akan memberikan anda sebanyak $500.

Jumlah dalam pelan CPA adalah daripada serendah $300 sehingga $600 dan akan anda turut berpeluang untuk memperoleh $100 tambahan jika referral berdagang dalam kategori komoditi dan indeks.

Kaedah pembayaran komisen

Komisen yang telah berjaya dikumpul akan dikreditkan ke akaun anda pada 15hb setiap hari bulan. Dan baki dalam akaun anda akan dibawa ke bulan hadapan. Nilai minimum pembayaran adalah sebanyak $150 tetapi jika baki akaun anda tidak mencapai nilai minimum tersebut selama 6 bulan berturut-turut, program anda akan ditamatkan dengan serta-merta oleh Plus500. Di samping itu, matawang yang akan digunakan adalah mengikut matawang rasmi negara peserta yang akan ditentukan oleh sistem Plus500.

Bahan-bahan pemasaran dan promosi

Terdapat lima gaya pemasaran dan bahan promosi yang telah disediakan oleh Plus500 untuk membantu peserta program untuk mencapai capaian trafik yang tinggi dan menarik perhatian pedagang-pedagang berpotensi iaitu:

  • Smart Link
  • Aplikasi telefon pintar
  • Corak banting yang menarik
  • Widget
  • “Landing page”
  • Strategi artikel dan ulasan.

Smart link atau pautan pintar di mana pelawat akan dilencongkan ke halaman utama yang paling relevan kepada pelawat dengan peranti mereka seperti komputer, tablet atau telefon pintar. Selain itu, laman web Plus500 akan turut dialih bahasa dan menggunakan matawang negara pelawat. Pautan referral juga diletakkan untuk menarik perhatian dan memudahkan pelawat untuk mendaftar dengan Plus500.

Plus500 turut tersedia dalam bentuk aplikasi yang lebih mudah digunakan yang boleh didapati secara percuma di Google play dan Apple Store. Banting yang disediakan adalah menarik dan kekal mutakhir dengan pasaran dunia dan sohor kini di internet. Terdapat lebih daripada 30 bahasa dan pelbagai saiz standard untuk banting dan logo yang boleh digunakan.

Untuk widget pula, ia memaparkan kadar terkini untuk instrumen yang paling popular, mempunyai teknologi siaran langsung untuk kadar dan prestasi pelaburan pasaran. Pengguna widget boleh memilih negara yang dikehendaki dan seterusnya widget akan memberikan segala paparan yang relevan untuk anda.

Landing page adalah laman web utama yang akan dilencongkan kepada pelawat dan ia bertujuan untuk meningkatkan kadar trafik untuk pelanggan Plus500. Halaman utama tersebut juga mempunyai alat analisis statistik yang membuktikan bahawa ia sangat berkesan untuk mendapatkan pedagang dan peserta program yang baru.

Yang terakhir adalah artikel dan ulasan platform Plus500. Artikel dan ulasan yang tepat dan padat oleh pakar pemasaran memberikan segala informasi terkini mengenai Plus500 dalam membantu pedagang dan pelawat untuk membuat piliha yang sesuai dalam aktiviti dagangan mereka.

 

Copyright © 2017 - 2018. All rights reserved.