Yandex

Private Internet Access

Unique Views - 1
May 20, 2018 Shahirah Program afiliasi
Nama saya
    Private Internet Access

Private Internet Acess adalah satu laman web yang menggunakan Bitcoin sebagai kaedah pembayaran utama untuk perkhidmatan Virtual Private Network (VPN) mereka. Mereka mempunyai tiga jenis langganan yang berbeza iaitu secara bulanan, secara tahunan dan untuk dua tahun sekaligus. Apabila anda melanggan Private Internet Access, perlindungan anda akan terus diaktifkan dan tidak memerlukan sebarang pemasangan. Private Internet Access merupakan keluaran syarikat London Trust Media Inc yang diterajui oleh Andrew Lee.

Terdapat beberapa ciri utama perkhidmatan VPN yang diyakini oleh Private Internet Access iaitu sistem yang dienkripsi dan data-data yang boleh dibaca, ditukar lokasi, dan disembunyikan. Selain itu, syarikat yang diasaskan pada 2010 ini memberikan beberapa lapisan keselamatan menggunakan perlindungan privasi yang lebih maju iaitu Lorong VPN. Perkhidmatan mereka juga berkhidmat di peringkat antaramuka TCP/IP dan mempunyai satu ciri istimewa yang dinamakan IP Cloak.

IP Cloak boleh dianggap sebagai topeng tanpa alamat IP sebenar yang berupaya untuk menghalang laman web yang dilawati untuk mengekori dan menyimpan maklumat anda setiap kali melawati laman web tersebut. Anda juga akan dapat mengelakkan sebarang aktiviti pemerhatian oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Program afiliasi Private Internet Access

Private Internet Access memberikan anda tawaran ganjaran yang lumayan jika anda menjadi referral dan memperkenalkan perkhidmatan mereka kepada rakan dan ahli keluarga anda. Anda berpotensi untuk mendapatkan sebanyak 33% komisen daripada jualan pertama kali dan seterusnya daripada pelanggan anda untuk selama-lamanya.

Penyertaan program afiliasi

Cara untuk menyertai program afiliasi ini adalah dengan melawat laman web rasmi mereka dan daftar dengan program afiliasi Private Internet Access. Terdapat beberapa syarat yang perlu diikuti sebelum menyertai program ini iaitu anda haruslah memiliki satu laman web sendiri yang lengkap, isi laman web yang banyak dan mempunyai trafik. Permohonan anda akan dinilai oleh panel kumpulan mereka dan akan diberikan keputusan dalam masa 10 hari bekerja sebelum diluluskan.

Bahan-bahan promosi Private Internet Access

Apabila permohonan anda telah diluluskan, anda akan diberikan bahan-bahan promosi dan pengiklanan daripada pihak Private Internet Access yang terdiri darpada poster grafik, video, laman tarikan dan sebagainya. Anda juga akan diberikan Affiliate Code iaitu kod unik khas untuk akaun anda bagi mengenalpasti akaun dan trafik daripada laman web anda atau emel kepada laman web dan perkhidmatan Private Internet Service.

                Namun begitu, anda tidak boleh mempromosikan sebarang poduk atau perkhidmatan syarikat lain pada masa yang sama bagi keuntungan peribadi anda. Anda juga boleh memberikan kupon, diskaun dan promosi yang telah diiktiraf dan sedang berlangsung pada waktu tersebut untuk tujuan promosi. Anda boleh menyertai forum dengan menggunakan kod afiliasi anda pada mana-mana laman web dan forum yang membincangkan tentang perkhidmatan VPN atau proksi tanpa menggunakan sebarang bots atau mesej automasi.

Memperoleh komisen jualan dan ganjaran program

                Anda akan memperoleh komisen apabila anda berjaya meyakinkan pelawat anda untuk membeli dan melanggan Private Internet Access. Pihak mereka akan memproses pesanan yang dilakukan oleh pelanggan referee iaitu mereka yang klik pada mana-mana pautan khas daripada laman web anda ke laman web utama Private Internet Access.

                Apabila akaun pelanggan yang dibuka memenuhi syarat dan langganan mereka disahkan, akaun afiliasi anda akan dikemaskini dengan maklumat pelanggan anda. Di samping itu, pihak Private Internet Access juga akan menguruskan hal-hal berkenaan proses pembayaran langganan, pembatalan langganan dan pemulangan wang semula.

                Pelanggan akan dikehendaki untuk memberikan maklumat pembayaran yang betul dan mereka perlu sentiasa mengemaskini status mereka dan status langganan mereka. Mereka juga tidak dinasihatkan untuk memohon sebarang pembayaran semula, pembatalan pembelian, kredit atau akaun ditahan untuk melayakkan mereka menjadi referee anda.

Kaedah pembayaran komisen

                Jika pelanggan anda pertama kali menggunakan perkhimatan Private Internet Access, anda akan menerima komisen sebanyak 33% dari yuran yang dikenakan. Langganan mereka akan dikira sebagai tetap jika tiada sebarang pemubatalan langganan atau pemulangan wang dalam tempoh 30 hari. Dan anda akan memperoleh komisen sebanyak 1.5 USD untuk setiap bulan atau 8 USD setahun bagi langganan tahunan selepas itu.

                Pembayaran komisen akan dilakukan pada 25hb setiap bulan dan anda perlu menunggu selama 30 hari sebelum menerima bayaran. Hal ini kerana bagi memastikan tiada sebarang masalah dengan pembelian dan pembayaran. Ganjaran terkumpul akan dibayar pada bulan berikutnya. Antara 2 kaedah pembayan iaitu melalui Paypal dan perpindahan ‘wire transfer’. Walau bagaimanapun, ‘wire transfer’ mempunyai had minimum 500 USD sebelum boleh dikeluarkan.

                Jika anda mempunyai sebarang permasalahan berkenaan program afiliasi atau pertanyaan, anda boleh menghubungi nombor telefon atau emel kepada mereka seperti yang terdapati di laman web mereka.

Copyright © 2017 - 2018. All rights reserved.