Yandex

Trezor

Apr 20, 2018 Shahirah Program afiliasi
Nama saya
    Trezor

Trezor

Trezor adalah antara pengeluar dompet perkakasan keras Bitcoin dan matawang digital yang terkenal di pasaran. Trezor yang memiliki teknologi terkini iaitu 2-Factor Authentication, Password Manager untuk enkripsi kata laluan secara berasingan menggunakan penyimpanan awam peribadi dengan mudah. Selain itu, Trezor juga mempunyai SSH Access untuk melindungi pelayan dan data anda.

Diasaskan pada tahun 2014 di Amerika Syarikat oleh SatoshiLabs, mereka turut mempunyai perkhidmatan sokongan melalui telefon dan emel yang terdapat di laman web rasmi mereka. Para pengguna matawang digital boleh mendapatkan Bitcoin dengan membelinya daripada laman web menggunakan kad kredit, kad debit dan bitcoin sahaja.

Program afiliasi Trezor

Trezor mempunyai program afiliasinya yang tersendiri di mana ia menawarkan komisen sehingga 10% untuk setiap pembelian yang dilakukan oleh referral anda. Anda boleh mempromosikan Trezor dengan pelbagai kaedah yang disukai kepada rakan-rakan dan keluarga anda menggunakan platform media sosial.

Cara untuk menjadi peserta program afiliasi Trezor

Pertama sekali, anda perlulah mendaftar di “landing page” dan memberikan maklumat mengenai pengalaman anda dalam pemasaran dan saluran promosi yang akan digunakan. Kemudian, pihak Trezor akan menilai permohonan sebelum meluluskannya. Penyertaan ini adalah terbuka kepada semua pembeli dompet Trezor.

Kaedah aplikasi dan promosi Trezor yang betul

Terdapat beberapa cara untuk mempromosikan Trezor kepada bakal referral anda iaitu sama ada kod referral, alamat domain anda atau menggunakan alamat emel anda. Kaedah pertama iaitu kod referral di mana anda perlu menyalin dan menukar semula bahagian url tersebut kepada kod referral unik di https://shop.trezor.io?a=referralcode.

Kedua, jika anda hanya menggunakan blog anda atau media platform tertentu yang mempunyai satu trafik sahaja, anda boleh memohon untuk menggantikan kod referral anda kepada nama domain anda. Oleh itu, kod referral anda boleh digantikan terus kepada alamat laman web rasmi Trezor dan pihak Trezor akan merekodkan pergerakan trafik dan pembelian daripada domain tersebut.

Ketiga, anda boleh menggunakan alamat emel anda sebagai kod referral di mana referral anda akan meletakkan alamat emel anda ke dalam kotak kod promo di laman troli pembelian. Selain itu, anda boleh meletakkan emel anda di pautan referral ini https://shop.trezor.io?a=your_email_address

Bahan promosi Trezor

Trezor turut menyediakan beberapa bahan promosi yang boleh digunakan untuk menarik perhatian bakal referral anda seperti logo dan banting. Trezor juga mempunyai maklumat terperinci mengenai produk dan maklumat tambahan yang telah disusun khas untuk pembeli. Jika anda kreatif, anda boleh menggunakan rekaan tersendiri di laman web anda dengan syarat anda perlulah mendapatkan kelulusan pihak Trezor terlebih dahulu.

Komisen

Program afiliasi Trezor menawarkan komisen sehingga 10% bagi setiap pembelian Trezor yang dilakukan oleh referral anda. Terdapat tiga peringkat untuk program ini yang mempengaruhi kadar komisen yang akan diperoleh. Bagi peserta “starter”, anda akan memperoleh komisen sebanyak 5% untuk jumlah referral produk sebanyak 1 hingga 299. Bagi “advanced” anda akan menerima komisen sebanyak 7.5% untuk 300 hingga 499 dan “top” sebanyak 10% komisen bagi 500 Trezor dan ke atas.

Anda akan mendapat komisen berdasarkan daripada jumlah akhir pembelian yang dilakukan oleh referral anda di bahagian semak keluar troli pembelian mereka. Anda akan menerima komisen anda hanya selepas pembelian itu disahkan dalam masa 35 hari daripada tarikh pembelian mereka jika tiada sebarang pemulangan wang atau pembatalan pembelian dilakukan selepas itu.

Pihak Trezor akan memasukkan komisen anda dalam bentuk BTC ke alamat dompet anda secara manual setiap minggu apabila anda mencecah jumlah minimum pembayaran iaitu sebanyak 0.02 BTC. Jika anda melihat terdapat baki negatif di akaun anda, ini mungkin bermaksud yang komisen anda ditarik kerana berlaku pembatalan pesanan atau pemulangan semula.

Confirmed Rewards, Total Pending and Unconfirmed Rewards

Beberapa istilah yang digunakan oleh Trezor untuk makluman peserta afiliasi. “Confirmed rewards” bermaksud ganjaran anda yang tetap apabila tiada sebarang pemulangan wang atau pembatalan pesanan selepas 35 hari. “Total pending” bermaksud jumlah komisen yang tidak disahkan lagi sebelum tarikh pembayaran anda. “Unconfirmed rewards” pula bermaksud komisen anda masih dalam tempoh belum matang iaitu belum cukup tempoh 35 hari lagi sebelum boleh dibayar kepada anda.

Trezor mempunyai beberapa peraturan yang perlu dipatuhi oleh setiap peserta afiliasinya. Anda boleh membaca mengenai peraturan tersebut di laman web mereka.

Copyright © 2017 - 2018. All rights reserved.