Yandex

VirWoX – Virtual World Exchange

Unique Views - 2
Apr 08, 2018 Shahirah Program afiliasi
Nama saya
    VirWoX – Virtual World Exchange

Jika anda adalah seorang pemain tegar dan di Virtual Second Life (VSL), Virtual World Exchange atau lebih dikenali sebagai VirWox adalah tempat yang perlu anda tuju untuk mendapatkan bekalan Linden Dollar tambahan bagi meneruskan kehidupan di alam maya. Baru-baru ini juga VirWox turut berkolaborasi dengan My Virtual Community (MVC), menjadi platform kepada pemain untuk mendapatkan wang digital mereka.

Dengan VirWox, anda boleh membeli matawang digital seperti Linden Dollar (SLL), MVC dan beberapa matawang lain menggunakan wang fiat seperti USD, EUR, GBP, ACD melalui deposit tunai atau menggunakan kad kredit, PayPal dan Skrill. Setelah anda membeli atau membuat pertukaran untuk matawang digital tersebut, token tersebut akan terus dihantar kepada avatar anda.

Untuk Linden Dollar, urusniaga boleh dilakukan melalui platform khas mereka yang dinamakan ‘LindeX exchange’. Antara pasangan pertukaran matawang yang ada adalah BTC/SLL, EUR/SLL, USD/SLL, CHF/SLL dan EUR/ACD.

Virtual Partner Network (VPN)

Virtual Partner Network (VPN) adalah program afiliasi yang dilancarkan oleh Illiana Baron untuk memberi peluang kepada pemain Virtual Second Life (VSL) mendapat ganjaran tambahan dan pada masa yang sama mempromosikan permainan ini kepada orang awam.

Secara asasnya, pemain boleh memperoleh komisen apabila pemain VSL menyentuh ad objects dan pautan web ads yang dibekalkan oleh pihak VirWox. Cara untuk menyertai VPN adalah dengan mendaftar dengan VirWox dan mempunyai akaun VSL. Selepas itu, anda akan diberikan bahan-bahan promosi iaitu ad objects dan pautan web ads.

Komisen VPN

Komisen yang ditawarkan VPN ialah sebanyak 20% apabila pengguna mendaftar dalam masa 24 jam selepas menyentuh ad objects kepunyaan anda atau pautan web ads yang mengandungi ‘partner keys’. Mereka akan menjadi referral anda untuk selama-lamanya dan anda akan memperoleh 20% daripada caj referral yang dikenakan oleh VirWox. Anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut jadual caj yang dikenakan di laman web VirWox.

Kaedah pertama yang disebutkan sebentar tadi adalah kaedah direct referral fee. Yang kedua adalah kaedah indirect referral fee. Ia adalah satu keadaan di mana apabila referral anda menjadi rakan kongsi kepada VPN seperti anda. Apabila itu berlaku, anda akan memperoleh 20% daripada caj referral yang diperoleh daripada referral anda. Dan apabila referral anda yang dinamakan A mendapat referral B yang kemudiannya menjadi rakan kongsi, anda juga akan memperoleh peratusan komisen yang sama.

Anda akan menerima bayaran komisen untuk transaksi yang berjaya selepas 30 hari dan akan menerimanya pada minggu pertama setiap bulan. Komisen anda akan diberikan dalam bentuk SLL dan kadar pertukaran adalah berdasarkan kadar pertukaran pada waktu transaksi tersebut.

Ad Objects

Ad objects adalah satu item yang akan diletakkan di alam maya VSL oleh avatar anda. Anda boleh mendapatkannya di Commerzbank building di Frankfurt City dan membelinya dengan 0 L$. Apabila pemain lain menyentuhnya, mereka akan dilencongkan ke laman web VirWox. Anda boleh meletakkan ad objects di kawasan yang dibenarkan sahaja seperti di tanah sendiri atau di ruang sewa yang dibenarkan. Terdapat 4 model ad objects yang boleh dipilih oleh pemain VSL.

Pautan Web Ads

Selain itu, anda juga boleh menggunakan pautan web ads iaitu menawarkan pautan ke laman web VirWox. Anda boleh meletakkan pautan web ads di laman web, blog, forum dan sosial media yang mengandungi ‘partner keys’ unik. Terdapat beberapa bahan promosi dan banting menarik yang boleh digunakan. Matawang dan bahasa yang terdapat pada banting tersebut akan dilaraskan mengikut lokasi dan bahasa yang pelawat pilih.

Terma dan syarat

Terdapat beberapa syarat yang diletakkan oleh VirWox yang perlu dipatuhi iaitu anda wajib mempunyai VirWox dan akaun di VSL bagi memudahkan pemindahan dan penerimaan komisen dalam bentuk SLL. Selain itu, anda harus meletakkan ad objects di kawasan yang dibenarkan sahaja. Anda juga tidak boleh melakukan atau memberi kenyataan yang boleh menjatuhkan reputasi VirWox seperti spam dan sebagainya.

Copyright © 2017 - 2018. All rights reserved.