Yandex

xCoins

Unique Views - 1
Apr 20, 2018 Shahirah Program afiliasi
Nama saya
    xCoins

xCoins

Kini, anda boleh mendapatkan bitcoin dengan mudah dan cepat dengan meminjam daripada pemilik bitcoin yang lain menggunakan xCoins. xCoins memberikan anda peluang untuk meminjam bitcoin secara atas talian, menukar matawang digital dan membeli bitcoin menggunakan PayPal.

Apabila anda berjaya mendapatkan pinjaman, wang digital yang akan diterima akan dimasukkan ke dalam akaun dompet xCoins dan boleh terus digunakan hampir sekelip mata. Dan jika anda membuat keputusan untuk membayar semula jumlah bitcoin yang dipinjam, anda perlulah membayar jumlah wang keseluruhan pinjaman sekaligus.

Kaedah pembayaran yang digunapakai oleh xCoins adalah melalui PayPal Credit dan PayPal Balance, akaun bank, eCheck dan beberapa jenis kad debit dan kad kredit yang ternama. Dan anda akan menerima bitcoin anda dalam sekelip mata sebaik sahaja transaksi anda berjaya. Bagi urusan peminjaman di xCoins, anda perlu membayar wang cagaran kepada pihak pemiutang untuk bitcoin tersebut.

xCoins juga mengenakan yuran faedah terendah dan beberapa caj lain seperti yuran pemprosesan bayaran dan yuran pemindahan bank juga perlu dibayar sekali sahaja oleh peminjam.

Program afiliasi xCoins

Anda juga berpeluang untuk mendapatkan hampir 50% komisen daripada yuran faedah yang dikenakan oleh xCoins untuk aktiviti peminjaman apabila anda memperkenalkan xCoins kepada mereka. Mengapa xCoins menjadi pilihan orang ramai dan para referral? Hal ini kerana xCoins mempunyai yuran transaksi yang paling tinggi iaitu sebahayak 5% berbanding syarikat lain kebanyakannya hanya 1%.

Dan kepuasan hati dengan perkhidmatan yang disediakan adalah dijamin kerana sebanyak 70% pengguna xCoins adalah pelanggan yang berulang sekaligus meningkatkan peluang anda untuk mendapatkan komisen yang lebih banyak. Apabila anda berjaya mendapatkan referral, anda akan menerima komisen anda untuk selama-lamanya daripada referral iaitu untuk kesemua aktiviti peminjaman yang mereka lakukan.

Komisen anda juga akan diberikan serta-merta dalam akaun xCoins anda apabila pemindahan wang selesai. Terdapat beberapa cara untuk memperoleh komisen apabila anda memperkenalkan xCoins kepada rakan-rakan anda iaitu referral peminjam, referral pemberi pinjaman, dan referral daripada ahli afiliasi yang lain.

Cara untuk memperoleh komisen

xCoins menggunakan sistem berperingkat iaitu tier system di mana terdapat dua peringkat referral yang boleh dirujuk bagi menetapkan jumlah peratusan komisen yang diterima iaitu peringkat 1 sebanyak 15% untuk referral secara terus dan peringkat 2 iaitu sebanyak 3% komisen untuk pelanggan yang diperkenalkan oleh ahli afiliasi lain dan peringkat ini terpakai untuk kedua-dua peminjam dan pemberi pinjaman.

Cara untuk menyertai program afiliasi xCoins

Pertama, anda perlu membuka akaun xCoins yang akan siap dalam masa beberapa minit sahaja dan anda tidak perlu menunggu sebarang kelulusan daripada pihak xCoins. Kedua, anda akan dibekalkan dengan pautan khas anda sendiri dan anda boleh meletakkan pautan tersebut di menggunakan platform internet iaitu di media sosial dan laman web yang lain seperti blog dan forum.

xCoins juga mempunyai kod promo untuk menarik lebih ramai pelanggan berpotensi untuk mencuba perkhidmatan peminjaman bitcoin yang disediakan oleh xCoins. Anda akan menerima komisen apabila referral anda mendaftar dengan xCoins menggunakan pautan khas anda. Dan segala aktiviti pemindahan wang sama ada sebagai peminjam atau pemberi pinjaman akan diberikan komisen sebaik sahaja transaksi tersebut selesai.

Jika anda mempunyai sebarang soalan, anda boleh menghubungi mereka melalui nombor telefon dan email yang terdapat di laman web mereka.

 

Copyright © 2017 - 2018. All rights reserved.