Yandex

XM.com

Unique Views - 1
May 27, 2018 Shahirah Program afiliasi
Nama saya
    XM.com

XM adalah satu platform yang menjalankan aktiviti pelaburan dan perdagangan CFD iaitu Contracts For Difference. XM memberikan peluang kepada para pedagang untuk mencuba platform mereka dengan memberikan akaun demo yang bernilai $100,0000. Anda boleh berdagang dengan nilai serendah $30.

XM turut mempunyai 700 instrumen dagangan tersedia untuk anda bagi pelbagai aktiviti dagangan iaitu forex, komoditi, saham, matawang kripto, tenaga dan analisis pasaran. Selain itu juga, anda berpeluang untuk mendapatkan bonus sehingga $5,000 daripada platform ini. Diasaskan pada tahun 2009, laman web ini tersedia dalam lebih 30 bahasa untuk memudahkan pelawatnya. XM juga mempunyai aplikasi telefon pintar bagi pedagang menguruskan aktiviti dagangan mereka dengan mudah.

Program afiliasi

                Anda berpeluang mendapatkan komisen sebanyak $10 untuk setiap referal yang berjaya dan 10% daripada komisen yang diterima oleh sub rakan kongsi untuk referal. Program afiliasi ini tidak menetapkan had komisen yang boleh diperoleh daripada satu referal. Ini bermakna anda akan terus memperoleh komisen selagi terdapat aktiviti dagangan oleh referal.

                Program afiliasi ini mempunyai ciri-ciri lengkap untuk melihat segala perkembangan anda sebagai rakan kongsi dan peserta. Di “account overview” anda boleh mendapatkan maklumat mengenai rakan kongsi anda yang lain, baki komisen anda yang terkenal selepas kali terakhir dikeluarkan mengikut jangka masa yang anda inginkan.

                Program ini turut memberikan anda peluang untuk membuat analisa kempen yang anda jalankan dari segi trafik, pendaftaran, aktiviti dagangan, dan senarai pedagang yang berjaya mendaftar dalam bentuk kronologi. Ini akan memudahkan anda untuk membantu mereka mendapatkan servis berdasarkan interaksi mereka di platform dan peluang terbaik untuk menambahkan aktiviti dagangan mereka.

Cara memperoleh komisen

                Anda boleh menyertai program afiliasi ini dengan berdaftar dengan XM di laman web rasmi mereka. Program ini mempunyai dua kaedah untuk mendapatkan ganjaran iaitu menjadi “introducer to business”, IB atau “web affiliate” atau kedua-duanya sekali. IB akan memperoleh $10 komisen untuk setiap referal yang menandatangani perjanjian iaitu berdaftar bersama XM untuk menjadi IB. IB akan mendapat akses penuh di ruang ahli di mana anda dapat melihat statistik ke hadapan untuk menilai prestasi mereka.

                Untuk “web affiliate”, kaedah ini amat sesuai jika anda memiliki laman web sendiri di mana anda akan memperoleh komisen jika anda berjaya menarik IB dan pedagang biasa. Selalunya anda akan meletakkan banting atau bahan-bahan promosi yang lain pada laman web anda. Oleh itu, setiap kali akaun demo atau akaun sebenar dibuka oleh pelawat melalui banting yang diklik atau pautan khas, mereka akan dimasukkan dalam akaun rakan kongsi anda.

                Untuk memperoleh komisen, kukis hanya bertahan selama 40 hari sahaja. Oleh itu, jika banting pertama yang pelawat klik sebelum mendaftar adalah milik anda, mereka akan dikira sebagai referal anda dan anda akan mendapat komisen.

Pembayaran komisen

                Komisen anda akan dibayar menggunakan matawang US dollar dan akan dibayar pada setiap 15hb setiap bulan. Anda boleh memilih satu daripada pelbagai kaedah pembayaran yang disediakan seperti PayPal, Skrill, Liberty Reserve, Neteller dan Money Broker.

                Pembayaran anda akan dibayar berdasarkan jumlah komisen terkumpul daripada aktiviti dagangan dan jumlah terakhir.

Bahan promosi dan pertandingan yang dilakukan

                XM mempunyai banyak bentuk promosi dan bahan seperti banting, “flash, animated”, atau statik, pautan khas dan landing page. Bahan-bahan promosi tersebut disimpan dalam pelayan XM dan anda tidak perlu untuk membayar hosting tersebut. Oleh itu, anda cuma perlu salin dan tampal kod ke alamat mereka dan banting yang dipilih dan berkesan dengan serta-merta.

                Semua bahan promosi mereka boleh didapati dalam 25 bahasa dan 11 saiz yang berbeza. Satu kelainan banting XM adalah setiap daripada mereka mempunyai jejak pautan dengan ID rakan kongsi yang unik.

                Jejak pautan yang boleh diubahsuai adalah sejenis promosi di mana anda akan menunjukkan halaman XM yang paling menarik kepada pelawat anda. Ciri-ciri ini adalah bertujuan memperlihatkan kepada pedagang halaman XM yang paling diminati. Selepas itu, ia adalah bertujuan untuk melihat kecenderungan mereka untuk menjadi seorang pedagang.

                Selain itu, XM turut mempunyai laman web tersedia iaitu landing page di mana anda boleh membeli domain dan hanya memuatnaik HTML tersendiri ke domain tersebut. Jika anda berminat, anda boleh menghubungi pengurus akaun anda dan meminta laman web HTML sedia ada berserta pautannya sekali. Selepas itu, anda cuma perlu memuatnaik HTML tersebut dan siap.

                Akhir sekali, XM sangat mengalu-alukan idea baru yang dapat menarik minat pelanggan baru. Anda boleh menghubungi pengurus akaun anda untuk membincangkan sebarang cadangan, keperluan program afiliasi yang sesuai untuk XM.

Kelebihan program afiliasi

                Terdapat banyak kelebihan program afiliasi XM untuk para pedagang, peserta afiliasi iaitu tiada had komisen untuk setiap referal, had pendapatan mingguan dan mempunyai persaingan yang kuat dengan platform-platform lain. Antara lainnya, anda akan menerima bayaran anda tepat pada masanya tanpa sebarang caj tersembunyi. Platform ini juga dijamin selamat untuk menjamin perlindungan dana pedagang dan anda dalam mematuhi peraturan antarabangsa.

                Sebagai peserta program ini, anda akan dapat menikmati hadiah dan promosi eksklusif, laporan secara langsung, menyertai pertandingan istimewa dan berpeluang mendapatkan insentif apabila pelanggan membuka akaun atau terdapat aktiviti perdagangan. Selain itu, XM turut menyediakan pengurus akaun yang fasih dalam bahasa tempatan iaitu Bahasa Melayu supaya anda dapat perkhidmatan yang terbaik daripada XM.

Copyright © 2017 - 2018. All rights reserved.