Yandex

Exchanges

Oct 07, 2018 Shahirah Pertukaran Views: 56

Belfrics

0 (0 Review)
Compare with:
Nama saya

Belfrics

Market
Price
Open 24H
Range 24H
Vol. 24H
% CH
Market
Type
Price
Quantity
Total
Id

Please login or create an account if you do not have a one yet to be able to post your review.

Belfrics Global adalah salah satu platform pertukaran mata wang kripto antarabangsa yang telah melebarkan sayapnya ke Malaysia pada 2018.

Kini beroperasi di lebih tujuh negara, Belfrics Malaysia Sdn. Bhd. menawarkan perkhidmatan pertukaran mata wang kripto dengan yuran pertukaran yang termurah di pasaran.

Diasaskan oleh Praveen Kumar di India, Belfrics juga memperkenalkan mata wang kripto sendiri yang dinamakan Belrium Token (BET) di samping lebih 25 alt-coin termasuklah Ripple, Bitcoin Cash, dan Litecoin.

Seperti platform pertukaran lain, Belfrics menyokong transaksi “peer-to-peer” dalam persekitaran yang dijamin selamat.

 

Kaedah pembayaran

Belfrics menyediakan kaedah pembayaran melalui pindahan bank dalam mata wang Ringgit Malaysia (RM) dan melalui pindahan mata wang kripto daripada dompet atas talian.

Bagi tujuan tersebut, Belfrics menyediakan video tutorial bagaimana untuk mendepositkan wang anda ke dalam akaun Belfrics.

Pemasaan deposit bagi matawang fiat sebanyak dua kali sehari iaitu pada pukul 11 pagi dan 3 petang bermula dari Isnin hingga Jumaat sahaja.

Manakala pemasaan pengeluaran pula adalah sekali sahaja iaitu pada pukul 11.30 pagi waktu bekerja.

Pindahan mata wang kripto pula sebanyak empat kali sehari pada pukul 10 pagi, 1 petang, 6 petang dan 11 malam.

Selain itu, berdasarkan maklumat yang diberikan dalam tapak web mereka, tiada sebarang had dikenakan untuk deposit manakala hanya had minimum pengeluaran adalah berbeza mengikut token.

Anda boleh dapatkan jadual pengeluaran minimum di halaman “trading fees” di tapak web mereka dan bagi kami, nilai tersebut agak tinggi jika dibandingkan dengan platfrom lain.

Caj dan yuran yang dikenakan

  1. Caj Deposit: Percaya atau tidak, Belfrics tidak mengenakan sebarang caj deposit token kripto dan mata wang fiat. Jika ada sekalipun, anda hanya akan dikenakan caj pindahan wang oleh bank anda sahaja.
  2. Caj Pengeluaran: Belfrics hanya mengenakan caj dalam bentuk token yang nilainya adalah lebih kurang $5 sahaja untuk satu transaksi dan tiada caj tiada pengeluaran bagi mata wang fiat. Anda boleh dapatkan jadual penuh caj pengeluaran di halaman “trading fees”.
  3. Caj pertukaran atau perdagangan: Bukan itu sahaja, malah caj pertukaran dikenakan untuk pertukaran antara mata wang kripto sahaja dan percuma untuk pertukaran mata wang crypto ke mata wang fiat. Dan caj yang dikenakan kepada “maker” sebanyak 0.5% dan 0.8% kepada “taker” secara tetap.

 

Ciri-ciri keselamatan Belfrics

Belfrics Malaysia Sdn. Bhd. antara platform yang mematuhi undang-undang kewangan yang diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Selain itu, Belfrics Global juga merupakan antara “Authorized Regulatory Sandbox” Bank Negara Bahrain.

Ini termasuklah mematuhi dasar Akta Kenali Pelanggan anda (AML/KYC), dasar privasi dan dasar kukis.

Tambahan pula, untuk dasar KYC, pihak Belfrics akan menjalankan proses pengenalpastian yang mana anda perlu memberikan bukti identiti bagi individu atau perniagaan.

Belfrics juga akan menggunakan 9 kaedah menentusahkan pelanggan mereka yang boleh dibaca dengan teliti di halaman “AML KYC Policy”.

 

Ciri-ciri tambahan Belfrics

Belfrics antara beberapa platform yang menawarkan akaun demo kepada orang ramai.

Ini bermakna anda boleh mengetahui dan mengaplikasikan alat dan pilihan yang terdapat dalam platform ini termasuklah pilihan pesanan dan alatan pengurusan risiko pelaburan.

Anda hanya perlu mendaftar dan anda boleh terus menggunakan akaun demo yang disediakan.

Belfrics turut mempunyai lebih kurang lima alatan pengurusan risiko yang boleh dimanfaatkan oleh pelanggan Belfrics iaitu carta prestasi pasaran, kadar nilai mata wang kripto dalam pasaran semasa harian dan sebagainya.

 

Sokongan dan bantuan atas talian

Kami tidak peroleh banyak maklumat mengenai operasi sokongan dan bantuan mereka.

Yang kami tahu, tiada perkhidmatan pelanggan 24/7 disediakan.

Tambahan pula, tiada halaman sokongan setempat untuk anda mendapatkan maklumat lanjut untuk sesuatu perkara seperti “knowledge base”.

Apa yang kami dapat lihat, mereka menyediakan beberapa video tutorial sahaja mengenai cara mendaftar, deposit, berjual beli.

Ini bermakna anda perlu menghantar e-mel pertanyaan atau permasalahan anda kepada mereka, atau melalui nombor telefon yang tertera di halaman “Contact Us”.

Dan tiada sebarang prosedur jelas atau piagam pelanggan untuk perkhidmatan pelanggan iaitu tempoh masa yang diperlukan untuk membalas e-mel anda.

Apa yang pasti, Belfrics Malaysia mempunyai alamat pejabat fizikal yang terletak di Soho Suite @KLCC.

Barangkali anda boleh mendapatkan lebih maklumat di pejabat mereka.

 

Pengalaman pengguna

Belfrics Global khasnya sentiasa memastikan mereka mengemas kini artikel mengenai Belfrics dari semasa ke semasa.

Di samping itu, Belfrics turut mempunyai blog mengenai token kripto yang menyentuh tentang informasi terkini dalam dunia kewangan digital secara am.

Ini bermakna anda berpeluang untuk menjadikan blog Belfrics sebagai bahan bacaan sampingan untuk mengetahui berita terkini mengenai bitcoin, pertukaran, blockchain dan sebagainya.

Laman web Belfrics Malaysia hanya terdapat dalam satu bahasa sahaja iaitu bahasa Inggeris.

Dan mereka turut mempunyai aplikasi platform pertukaran mereka sendiri di iOS, Android dan versi web.

Bagi media sosial pula, Belfrics mempunyai akaun Twitte, Facebook, LinkedIn, Google+, dan siaran Youtube.

Kesimpulan, Belfrics merupakan antara platform yang bagus namun mereka mempunyai kekurangan maklumat di tapak web mereka membantu para pelanggan mendapatkan lebih maklumat tentang operasi, keselamatan, dan pengurusan yang boleh mempengaruhi keputusan pelanggan.

Namun begitu anda sentiasa boleh menggunakan akaun demo mereka terlebih dahulu sebelum meneruskannya menggunakan token digital anda untuk lebih yakin.

Share

;

Copyright © 2017 - 2018. All rights reserved.