Yandex

Exchanges

Score

0 (0 Reviews)
Jul 08, 2018 Shahirah Pertukaran
Nama saya
    Binance

Binance

                Binance adalah satu platform perdagangan matawang kripto Binance sebagai yang utama dan beberapa matawang kripto yang lain berdasarkan harga pasaran semasa seperti:

  • BTC
  • ETH
  • USDT

Pemilik laman web ini adalah Beiji Technology dan baru sahaja ditubuhkan pada tahun 2017 di Shanghai, China. Binance adalah hasil gabungan dua perkataan berbeza iaitu “Binary” dan “Finance”. Platform ini boleh digunakan di semua negara dan hanya menjadikan matawang kripto sebagai medium utama untuk berjual beli.

Untuk mempunyai akaun di Binance, anda haruslah berumur 18 tahun dan ke atas. Jika tidak, anda harus memberikan maklumat penjaga ketika membuka akaun. Selain itu, anda juga perlu sertakan salinan dokumen-dokumen pengenalan diri yang sah bagi tujuan pengesahan akaun seperti salinan kad pengenalan.

Kaedah pembayaran

                Kaedah pembayaran utama Binance adalah matawang kripto sahaja iaitu BNB, BTC, ETH, dan USDT. Binance tidak menerima sebarang matawang fiat melainkan anda menukarkannya terlebih dahulu. Jika anda ingin menggunakan matawang fiat China Yuan dan US Dollar, anda boleh menggunakan laman web LocalBitcoins atau US Dollar daripada laman web Bitfinex.

                Anda boleh mendepositkan matawang kripto anda dengan cara mengeluarkannya daripada dompet dan dimasukkan ke dalam akaun Binance. Anda perlu menjadikan alamat deposit Binance sebagai alamat penerima pada bahagian pengeluaran di dompet anda. JIka anda ingin memasukkan BNB, anda boleh melakukannya dengan menggunakan dompet ETH (pastikan anda mempunyai sedikit ETH) dan akan dikenakan yuran transaksi.

                Untuk pengeluaran pula, anda hanya boleh mengeluarkan matawang kripto dengan cara memindahkannya ke dompet anda. Anda perlu meletakkan alamat dompet anda sebagai penerima pada bahagian pengeluaran matawang kripto.

                Anda boleh melakukan aktiviti perdagangan anda dengan empat matawang kripto tersebut dan menukarkannya dengan pelbagai matawang kripto yang lain berdasarkan harga pasaran semasa. Seperti contoh, jika anda ingin membeli BTC menggunakan BNB, anda pilih pasaran BTC, dan cari pasangan matawang iaitu BNB. Kemudian, tekan pada pilihan BNB/BTC. Anda akan dapat melihat carta semasa harga bagi pasangan tersebut.

Nilai maksimum dan minimum deposit dan pengeluaran

Tiada nilai minimum dan maksimum deposit yang ditetapkan oleh Binance. Namun begitu, nilai minimum dan maksimum pengeluaran adalah berbeza mengikut jenis matawang kripto yang ingin dikeluarkan. Bagi nilai dagangan yag ditetapkan pula, bergantung kepada pasaran semasa tetapi sekurang-sekurangnya 0.001, 0.1 dan 1 bergantung kepada jenis matawang kripto.

Caj yang dikenakan dan keuntungan

                Yuran yang dikenakan oleh Binance adalah yuran dagangan dan pengeluaran manakala caj untuk deposit adalah percuma. Yuran dagangan yang dikenakan adalah sebanyak 0.1% bagi semua matawang kecuali BNB. Untuk BNB, anda mempunyai pilihan iaitu menggunakan struktur deductible fees. Deductible fees adalah yuran yang menerima potongan sebanyak 50% pada tahun pertama, 25% pada tahun kedua, 12.5% peratus pada tahun ketiga, dan 6.75% pada tahun keempat.

                Walau bagaimanapun, anda boleh membuat pilihan untuk tidak menggunakan struktur yuran tersebut pada bila-bila masa di User Center. Bagi yuran pengeluaran pula, jumlah yang dikenakan bergantung kepada jenis matawang yang digunakan. Jadual yuran yang lengkap boleh didapati di bahagian FAQ Binance. Spread juga dalam lingkungan 0.1% daripada nilai sebenar.

Ciri-ciri keselamatan dan regulasi Binance

                Binance menggunakan SSL untuk menjamin keselamatan laman webnya. Oleh itu, anda tidak perlu risau akan risiko maklumat anda dicuri. Namun begitu, anda harus lebih berhati-hati dengan beberapa ancaman siber seperti penipuan dan teknik ancaman “phishing” iaitu anda akan menerima emel spam, atau menekan mana-mana link yang tidak selamat, atau laman web palsu.

                Untuk menjaga keselamatan akaun Binance anda, Binance menggunakan kaedah 2 Factor Authentication dan Multi-factor Authentication di mana anda boleh mendapatan kata kekunci menggunakan sama ada nombor telefon Google email atau melalui laman web Binance sendiri untuk pengesahan transaksi.

                Binance turut berada di bawah regular badan kawalan kewangan antarabangsa CNMV.

Ciri-ciri tambahan Binance

                Binance mempunyai program referral yang dikenali sebagai Program Referral Binance di mana anda berpeluang untuk mendapatkan token BNB tambahan setiap rakan anda yang berdaftar dengan pihak Binance.

                Selain itu, Binance mempunyai alatan pengurusan risiko iaitu Stop-Limit Order. Ia adalah satu fungsi di mana ia menggunakan arahan “stop-order” tersebut dalam urusan pembelian dan penjualan apabila nilai tertentu dalam pasaran telah bekurangan, berlebihan melepasi jumlah dan harga yang ditetapkan.

                Dalam usaha untuk menarik minat lebih ramai orang kepada BNB, Binance turut memberi peluang kepada pelanggannya untuk menukarkan matawang yang dalam jumlah yang kecil iaitu lebih daripada 0 BTC dan kurang daripada nilai 0.001 BTC kepada matawang BNB. Namun, anda hanya boleh menukarkan satu matawang kripto dalam sehari dan harus menunggu 24 jam untuk melakukan pertukaran yang seterusnya.

                Walau bagaimanapun, Binance tidak menyediakan akaun demo percuma, fungsi copy-trading dan leverage.

Bantuan dan sokongan daripada platform Binance

                Binance bersedia untuk memberikan bantuan dan sokongan jika anda mempunyai pelbagai masalah atau ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Binance daripada halaman bantuan dan sokongan. Halaman bantuan tersebut adalah amat mudah difahami kerana penerangan mereka turut disertai dengan gambar-gambar yang bersesuaian.

Bagi pelanggan yang mempunyai masalah berkaitan dengan akaun mereka, mereka boleh menghantar emel terus kepada pihak Binance. Dan anda tidak perlu risau kerana mereka menyediakan bantuan dalam pelbagai bahasa dan pihak bantuan Binance boleh dihubungi 24/7.

Mesra pengguna

                Laman web Binance tersedia dalam bahasa-bahasa berikut. Antaranya adalah:

  • Bahasa Cina
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Korea
  • Bahasa Jepun

Selain itu, Binance turut menyediakan dokumentasi API untuk kemudahan kumpulan pembangunan aplikasi. Binance juga mempunyai pelbagai wadah di media sosial dalam memberikan maklumat dan respons yang pantas kepada pelanggan mereka. Mereka mempunyai akaun-akaun berikut untuk anda berinteraksi.

  • Facebook
  • Twitter
  • Reddit
  • Instagram

Binance turut boleh didapati dalam bentuk aplikasi telefon pintar dan aplikasi komputer. Anda boleh dapatkan aplikasi rasmi di Google Play dan Apple store manakala aplikasi komputer pula dalam versi MacOS dan Windows.

Please login or create an account if you do not have a one yet to be able to post your review.

Market
Type
Price
Quantity
Total
Id
Market
Price
Open 24H
Range 24H
Vol. 24H
% CH

Copyright © 2017 - 2018. All rights reserved.