Yandex

Exchanges

Nov 11, 2018 Shahirah Pertukaran Views: 20

BITPoint

0 (0 Reviews)
Compare with:
Name

BitPoint

Market
Price
Open 24H
Range 24H
Vol. 24H
% CH
Market
Type
Price
Quantity
Total
Id

BITPoint Malaysia didaftarkan bawah syarikat Triangle Top Consulting Sdn Bhd, salah satu platform pertukaran matawang fiat dan kripto yang diasaskan di Jepun pada Disember 2012.

Kini BITPoint Japan Inc. beroperasi di beberapa negara Asia termasuk di Solaris Mont Kiara, Kuala Lumpur.

2 jenis pertukaran dan perdagangan yang ditawarkan oleh BITPoint Malaysia ialah perdagangan “spotdan perdagangan “leverage”.

Perdagangan “spot” ialah perdagangan yang dijalankan menggunakan wang yang sedia ada di dalam akaun manakala perdagangan “leverage” menggunakan dana yang dipinjam dan mengikut margin pasaran.

Terdapat tiga jenis perkhidmatan pesanan yang diberikan oleh BITPoint Malaysia termasuklah:

  1. Streaming order: memenuhi pesanan mengikut harga pasaran yang terbaharu.
  2. Single order: memenuhi pesanan berdasarkan harga pasaran tertertu.
  3. Stop Loss order: pesanan yang diteruskan apabila melebihi nilai tinggi dan ditutup apabila nilai menjadi terlalu rendah.

Mat wang fiat dan digital yang diguna pakai di platform ini ialah Ringgit Malaysia (RM) sahaja dan:

  1. Bitcoin
  2. Bitcoin Cash
  3. Litecoin
  4. Ripple
  5. Etherum

Tambahan pula, BITPoint Malaysia juga terbuka kepada beberapa jenis akaun pelanggan termasuklah akaun individu dan akaun syarikat.

Pendaftaran akaun

1. Akaun individu

  1. Berumur 18 tahun dan ke atas, 65 tahun ketika mendaftar.
  2. Menetap di Malaysia.
  3. Memuat naik kad pengenalan dan bukti kediaman sama ada bil elektrik dan air yang memaparkan nama dan alamat anda.

 

2. Akaun syarikat

Anda memerlukan dokumen tambahan selain daripada kad pengenalan dan bukti kediaman iaitu:

  1. Buku pendaftaran syarikat
  2. Documen pengesahan wakil syarikat dan orang yang bertanggungjawab
  3. Mengemukakan surat peguam jika wakil dan orang yang bertanggungjawab adalah orang yang berbeza

 

Kaedah bayaran BITPoint Malaysia

Kaedah bayaran yang disediakan adalah kaedah pemindahan bank dan pindah kokot ke akaun rasmi BITPoint Malaysia.

Kemudian, anda dikehendaki untuk memberikan bukti transaksi kepada pihak BITPoint untuk diproses iaitu hanya apabila wang tersebut teleh diterima sahaja.

 

Deposit

Proses deposit hanyalah dan akan dimulakan pada hari yang sama apabila diterima sebelum atau pada pukul 2 petang atau keesokannya jika selepas pukul 2 petang.

Nilai deposit terendah ialah sebanyak 8 titik perpuluhan untuk setiap mata wang kripto kecuali 5 untuk Ripple

 

Pengluaran

Bagi pengeluaran pula, proses pengeluaran akan dimulakan jika anda telah membuat permintaan untuk membuat pengeluaran dan mengambil masa lebih kurang 3 hari (T +2).

Masa yang diperlukan untuk mengirimkan wang anda hanyalah 10 hinggga 30 minit sahaja.

Selain itu, nilai terendah pengeluaran ialah:

  1. 0.01 BTC
  2. 0.02 BCH
  3. 0.1 ETH
  4. 0.1 LTC
  5. 10 XRP

Bagi pertukaran pula, beberapa jumlah minimum dan maksimum untuk setiap pesanan telah ditetapkan oleh BITPoint Malaysia termasuklah:

Nilai minimum

  • 0.0001 BTC, BCH
  • 0.01 ETH
  • 0.1 LTC
  • 1 XRP

Nilai maksimum

  • 30 BTC/ pesanan – 1,000 BTC/ hari
  • 20 BCH/ pesanan – 1,000 BCH/ hari
  • 100 ETH/ pesanan – 5,000 ETH/ hari
  • 500 LTC/ pesanan – 1,000 LTC/ hari
  • 30,000 XRP/ pesanan – 100,000 XRP/ hari

Had ini turut terpakai untuk perkhidmatan perdagangan “leverage”.

 

Caj perkhidmatan dan bayaran yang dikenakan

Paling menarik mengenai caj yang dikenakan oleh BITPoint Malaysia adalah hanya untuk caj perdagangan, deposit dan pengeluaran, dan pengurusan kedudukan terbuka untuk perdagangan “leverage”.

Caj perdagangan ialah 0.5% kepada kedua-dua pihak.

Selain itu, caj deposit dan pengeluaran adalah percuma pada permulaan akaun dibuka dan akan ditentukan kemudian.

Namun caj pengurusan perdagangan “leverage” pula tidak diberitahu secara terperinci di tapak web mereka.

Selain yang telah disebutkan, caj lain-lain adalah percuma.

 

Ciri-ciri keselamatan BITPoint Malaysia

BITPoint Malaysia mengamalkan pengasingan dana pengurusan dan pelanggannya termasuklah dana yang digunakan untuk perdagangan dan penyimpanan.

Dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia, wang anda akan lebih terjamin kerana BITPoint Malaysia tertakluk kepada undang-undang AML/ KYC yang digariskan oleh Bank Negara.

Selain itu, mereka turut menggunakan teknologi 2-Step Verification sama ada dalam bentuk e-mel atau SMS untuk menjalankan transaksi anda di samping ciri keselamatan EV SSL – Extended Validation untuk perlindungan data yang lebih mantap.

 

Ciri-ciri tambahan BITPoint Malaysia

Secara amnya, banyak platform yang menyediakan perkhidmatan yang sama iaitu pertukaran kripto, namun BITPoint Malaysia antara platform luar biasa yang memberikan pengalaman perdagangan “leverage” kepada pelanggan yang arif mengenai perdagangan untuk mendapatkan lebih keuntungan.

Tetapi ciri khas ini mempunyai 6 keperluan tertentu yang perlu dipenuhi sebelum memulakan perdagangan anda termasuklah mempunyai lebih daripada RM10,000 di dalam akaun anda.

Di samping itu, BITPoint Malaysia memberikan pengalaman berdagangan yang lebih dengan alatan bantuan perdagangan seperti analisa pemerhatian pasaran dan masa nyata perubahan pasaran mata wang kripto.

 

Bantuan dan sokongan

BITPoint tidak mempunyai bahagian perkhidmatan pelanggan yang mantap kerana ia tidak menyediakan bantuan 24/7 kecuali menerusi telefon, e-mel dan juga pejabat fizikal mereka di Solaris Mont Kiara.

Pejabat fizikal mereka pula hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja iaitu Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 6 petang.

Selain itu, mereka hanya menggunakan sistem tiket yang mana anda akan menghantar aduan kepada mereka dan anda perlu menunggu beberapa hari untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan atau permasalahan anda.

Walau bagaimanapun, BITPoint turut memberikan satu panduan pengetahuan kepada para pelanggan atau pelawat yang ingin mengetahui perkara asas mengenai bitcoin dan blockchain.

 

Pengalaman pengguna

Tapak web BITPoint tersedia dalam bahasa Inggeris sahaja dan hanya memiliki laman sosial Facebook sebagai medium perhubungan bersama pelanggan.

Dan tiada sebarang blog atau medium penyampaian maklumat ditemui yang digunakan oleh BITPoint Malaysia untuk kemas kini atau pemberitahuan maklumat terbaharu mengenai perkhidmatan mereka kecuali notis di tapak web mereka.

BITPoint juga tersedia dalam beberapa platform lain seperti Android dan iOS untuk memudahkan anda untuk sentiasa mendapatkan maklumat masa nyata berkenaan perdagangan anda.

Share

;

Copyright © 2017 - 2018. All rights reserved.