Yandex

Exchanges

Jul 01, 2018 Shahirah Pertukaran Views: 8

Blockchain

0 (0 Reviews)
Nama saya

Blockchain

Market
Price
Open 24H
Range 24H
Vol. 24H
% CH
Market
Type
Price
Quantity
Total
Id

Please login or create an account if you do not have a one yet to be able to post your review.

Blockchain adalah satu platform yang menawarkan perkhidmatan perdagangan matawang kripto Bitcoin, Bitcoin Cash dan Ethereum menggunakan matawang fiat USD, EUR dan GBP sahaja. Selain itu, Blockchain Luxemburg S.A yang diasaskan pada tahun 2011 oleh Nicolas Cary dan Peter Smith juga menawarkan perkhidmatan dompet bitcoin.

                Platform Blockchain boleh digunakan di hampir 40 buah negara di serata Eropah, Amerika Syarikat dan juga Great Britain. Dan mereka juga berazam untuk meluaskan lagi sayap syarikat mereka di seluruh dunia pada masa hadapan. Jika anda ingin mencari platform yang menawarkan perkhidmatan 2 dalam 1, iaitu sebagai dompet dan untuk menjalankan urusan perdagangan anda, Blockchain adalah pilihan anda.

Kaedah pembayaran

                Blockchain menggunakan kad kredit, kad debit dan juga pindahan bank sebagai kaedah pembayaran. Hanya tiga pilihan tersebut boleh digunakan untuk deposit. Namun begitu, untuk pengeluaran, anda boleh memindahkan matawang kripto ke dompet lain untuk dikeluarkan.        

                Bagi deposit, tiada sebarang nilai minimum ditetapkan tetapi jumlah deposit adalah sebanyak $1,000 sehingga $10,000 sahaja. Tetapi tiada maklumat berkenaan pengeluaran diberikan secara terperinci oleh Blockchain.

                Untuk membeli tiga matawang kripto yang telah disebutkan tadi, anda perlu membuat satu akaun dompet terlebih dahulu dan memasukkan jumlah wang dalam matawang fiat negara anda yang ingin dibelanjakan. Kolum akan menunjukkan nilai BTC dan BCH yang boleh dibeli dengan jumlah tersebut. Setelah itu, anda boleh memilih kaedah pembayaran yang diinginkan. Anda hanya dibenarkan untuk melakukan pembelian sekali lagi selepas 7 hari daripada pembelian yang berjaya.

                Jika anda ingin menjual matawang kripto, anda hanya perlu memasukkan nilai matawang kripto yang ingin dijual dan masukkan maklumat bank akaun anda dan pastikan maklumat tempat tinggal dan matawang fiat yang digunakan adalah sama. Jika tidak, pesanan jualan anda mungkin ditolak. Anda juga harus pastikan bank anda menerima wang daripada syarikat-syarikat matawang kripto.

                Urusniaga ini mengambil masa yang berbeza bergantung kepada nilai transaksi, negara dan jenis pembayaran yang dilakukan. Dan semua nilai pertukaran matawang kripto dan fiat mungkin berbeza bergantung kepada harga pasaran semasa pada waktu tersebut. Sebagai tambahan, anda juga boleh menetapkan pembelian anda secara bulanan atau mingguan.

Caj perkhidmatan dan keuntungan

                Nilai pasaran matawang kripto berubah-ubah dan begitu juga spread yang diamalkan. Peratusan yang digunakan adalah anggaran sebanyak 2% daripada nilai sebenar. Tiada sebarang leverage yang diberikan kepada pelanggan Blockchain.

                Bagi caj perkhidmatannya pula, Blockchain menggunakan kaedah yang sama seperti LocalBitcoins iaitu kadar caj tidak tetap dan bergantung kepada trafik rangkaian pada waktu tersebut. Blockchain mempunyai artikel yang menerangkan tentang caj perkhidmatan mereka.

                Caj mereka hanyalah terhadap caj transaksi yang bergantung kepada nilai matawang kripto yang dihantar yang dinamakan sebagai dynamic fees untuk BTC dan BCH. Pelanggan diberikan dua pilihan iaitu membayar caj yang pertama iaitu Priority. Blockchain akan memastikan transaksi anda selesai dalam masa satu jam sahaja. Yang kedua adalah Regular iaitu transaksi anda akan mengambil masa yang sedikit lama untuk diselesaikan. Kaedah kedua sesuai untuk orang yang penyabar dan mempunyai banyak masa.

                Bagi pengguna Advanced, mereka boleh menetapkan yuran mereka dan menanggung risiko sendiri kerana jika yuran terlalu rendah, transaksi mereka boleh mendapat status unconfirmed. Untuk ETH pula, selalunya caj yang dikenakan adalah tetap dan pihak Blockchain akan memberikan cadangan caj yang perlu dibayar bergantung kepada trafik semasa.

Ciri-ciri keselamatan Blockchain

Blockchain menggunakan sistem 2 Factor Authentication dan mempunyai kunci persendirian, kunci awam dan beberapa istilah lain yang lazim dengan 2FA. Selain itu, Blockchain juga mempunyai sistem Multi-factor Authentication yang boleh digunakan oleh pelanggannya. Dompet Blockchain dilengkapi dengan frasa sokongan yang dinamakan sebagai The Failsafe di mana ia membenarkan anda mendapatkan semula dana anda jika anda terlupa kata laluan atau ID.

Blockchain adalah satu syarikat yang telah lama beroperasi dan berjaya memperoleh keyakinan pelanggannya kerana ia dikawalselia oleh badan-badan kewangan antarabangsa seperti CNMV dan CySEC. Oleh itu, para pelanggan tidak perlu risau untuk menggunakan platform Blockchain untuk menjalankan urusniaga anda kerana dana anda akan dilindungi dengan baik.

Platform ini turut dilengkapi dengan ciri keselamatan enkripsi oleh SSL. Jadinya, semua maklumat anda akan dienkripsi dan dilindungi dengan baik. Ini sekaligus menyukarkan pihak ketiga yang tidak bertanggungjawab untuk memperoleh maklumat anda secara tidak sah.

Ciri-ciri tambahan Blockchain

                Oleh kerana Blockchain lebih fokus kepada pengurusan matawang kripto seperti pembelian, penjualan, pertukaran dan penyimpanan matawang kripto dalam akaun sendiri, ia tidak mempunyai sebarang leverage dan tiada akaun demo disediakan kerana fungsi dompet Blockchain adalah sama seperti yang lain.

                Namun begitu, Blockchain komited untuk membantu anda mendapatkan nilai yang lebih dengan Blockchain dengan membangunkan dokumentasi API dalam membangunkan aplikasi bitcoin anda sendiri. Dengan alatan pengurusan risiko yang asas iaitu statistik dan data pasaran, ia sedikit sebanyak membantu anda dalam memperoleh lebih keuntungan daripada penjualan dan pembelian matawang kripto.

                Blockchain turut menawarkan perkhidmatan yang dinamakan sebagai Principal Strategies iaitu pusat institusi khas yang memberi lebih fokus kepada analisis pasaran, penyelidikan yang menjadi satu keperluan jika anda ingin menjadi seorang pelabur dalam dunia aset digital masa kini.

Bantuan dan sokongan

                Blockchain menyediakan halaman bantuan di mana anda boleh mendapatkan jawapan untuk sebarang persoalan anda mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh Blockchain. Selain itu, mereka turut bersedia untuk membantu anda 24/7 kerana mereka mempunyai pasukan bantuan dan sokongan atas talian pada setiap masa.

                Selain itu, mereka mempunyai blog-blog yang memaparkan tentang maklumat terkini Blockchain dan perkhidmatan mereka. Oleh itu, anda akan sentiasa menerima berita terkini melalui surat berita mereka.

Mesra pengguna

                Platform Blockchain dan perkhidmatan pertukaran matawang kripto hanya tersedia dalam Bahasa Inggeris sahaja manakala perkhidmatan dompetnya mempunyai 25 bahasa yang berbeza. Blockchain turut mempunyai media sosial seperti:

  • Facebook
  • Twitter
  • Reddit

yang sentiasa berkomunikasi dengan pelanggan mereka.

                Selain itu, Blockchain turut terdapat dalam bentuk aplikasi telefon pintar secara rasmi. Anda boleh mendapatkan pengalaman pengguna yang sama di mana sahaja dengan memuat turun aplikasi tersebut di Play Store dan Apple Store.

Copyright © 2017 - 2018. All rights reserved.