Yandex

Exchanges

Nov 18, 2018 Shahirah Pertukaran Views: 23

Blokmy

0 (0 Reviews)
Compare with:
Name

Blokmy

Market
Price
Open 24H
Range 24H
Vol. 24H
% CH
Market
Type
Price
Quantity
Total
Id

 

Gambaran keseluruhan

BLOKMY merupakan platform perdagangan dan pertukaran mata wang kripto yang baru sahaja beroperasi di Malaysia pada tahun ini.

Blokmy Sdn. Bhd. beroperasi di Kuching, Sarawak serta berdaftar dengan Bank Negara Malaysia untuk menawarkan perkhidmatan seperti yang berikut kepada pelanggan mereka:

  1. pertukaran mata wang digital kepada wang fiat
  2. pertukaran mata wang fiat kepada wang digital
  3. pertukaran mata wang digital kepada mata wang digital yang lain

Anda boleh menggunakan wang fiat Ringgit Malaysia (RM) dan beberapa mata wang digital seperti:

  1. Bitcoin
  2. Ethereum
  3. Ripple
  4. Litecoin

Untuk menggunakan platform ini, anda harus berdaftar di tapak web rasmi mereka dan berumur sekurang-sekurangnya 19 tahun.

Perdagangan dan pertukaran

BLOKMY menawarkan tiga kaedah pesanan kepada pelanggan mereka iaitu Serta-Merta (Instant), Had (Limit), dan Henti (Stop).

  1. Serta-merta: pesanan akan dilaksanakan serta-merta (pesanan mungkin akan dilaksanakan pada harga yang berbeza)
  2. Had: penentuan harga tertentu dan pilihan masa pelaksanaan pesanan
  3. Henti: Penentuan had harga tertentu untuk hentikan pesanan

Untuk kaedah pesanan Had, terdapat beberapa pilihan tambahan untuk memberi lebih kelebihan dalam perdagangan pelanggan mereka iaitu:

  1. Good Til’ Time
  2. Good Til’ Cancel
  3. Immediate or Cancel
  4. Fill or Kill

Untuk padanan harga perdagangan pula, BLOKMY menggunakan sistem penambahbaikan harga yang mana berkemungkinan besar anda akan mendapat harga bidaan jualan mata wang digital yang lebih tinggi dan harga belian yang lebih rendah.

 

Kaedah pembayaran

BLOKMY menggunakan kaedah pindahan bank untuk kesemua transaksi deposit dan pembayaran mereka.

Bagi deposit, anda boleh mendepositkan wang anda pada bila-bila masa kecuali pada waktu perbankan berada di luar talian (offline) iaitu pada pukul 9 malam sehingga 4 pagi.

Pengeluaran pula hanya akan dilakukan sekali sehari, iaitu pada pukul 4 petang. Jika anda membuat pengeluaran selepas pukul 4 petang, pengeluaran tersebut akan diproses pada keesokan harinya.

Kesemua transaksi menggunakan kaedah pindahan segera (instant transfer) kepada bank tempatan yang dimiliki oleh BLOKMY.

Namun BLOKMY akan memprosesnya menggunakan kaedah IBG jika bank tempatan tersebut tiada dalam senarai pilihan bank mereka.

Tiada had minimum dan maksimum deposit dan pengeluaran dinyatakan dalam tapak web mereka buat masa ini.

 

Yuran dan caj yang dikenakan

BLOKMY adalah antara platform yang menawarkan caj yang paling berbaloi dan termurah sekali.

Hal ini kerana BLOKMY hanya mengenakan caj perdagangan pada 0.5% sahaja.

Benar, 0% caj pengeluaran dan deposit dikenakan.

Caj perdagangan yang dikenakan pula adalah kepada “taker” iaitu 0.5% daripada nilai dagangan dan tiada caj dikenakan kepada “maker”.

 

Ciri-ciri keselamatan

BLOKMY juga mempunyai ciri-ciri keselamatan yang mantap baik dari sudut program keselamatan tapak web dan perlindungan mata wang digital mereka.

Terdapat beberapa ciri keselamatan yang menonjol iaitu Heuristic Firewall untuk mengesan sebarang virus serta beberapa program keselamatan yang lain antaranya:

  1. Ddos Protected Network
  2. 256-bit AES Encryption
  3. SSL secured
  4. PCI DSS 6.6 Compliant

Langkah-langkah perlindungan mata wang digital mereka adalah menggunakan teknologi penentusahan berbilang, dan pangkalan data pelbagai lokasi serta menyimpan 96% mata wang digital mereka di luar talian.

Selain itu, mereka turut mematuhi beberapa undang-undang antarabangsa seperti:

  1. Akta Perlindungan Privasi Dalam Talian California
  2. Akta CAN SPAM
  3. Fair Information Practices
  4. Akta Perlindungan Privasi Kanak-Kanak Dalam Talian

 

Ciri-ciri tambahan

Di tapak web mereka, anda boleh mendapatkan maklumat harga pasaran mata wang kripto daripada pasaran BLOKMY dan pasaran Global.

Pasaran BLOKMY menunjukkan carta pasaran 24 jam untuk semua mata wang digital, sejarah perdagangan anda dan juga bilik sembang untuk anda berinteraksi sesama pedagang.

Di pasaran Global pula, anda boleh mendapatkan carta mata wang digital di pasaran global dan widget untuk makluman perubahan harga pasaran.

Pada bahagian pembangunan aplikasi pula, BLOKMY menyediakan API yang lengkap seperti format tindak balas, pengesahsahihan dan ciri-ciri API untuk aplikasi anda.

 

Sokongan dan bantuan

BLOKMY menyediakan bantuan 24/7 iaitu melalui Live Chat untuk pelanggan mereka.

Selain itu, BLOKMY menggunakan kaedah sistem tiket sokongan yang mana pelanggan perlu menghantar e-mel kepada [email protected] untuk permasalahan yang lebih rumit berkenaan akaun mereka.

BLOKMY turut mempunyai halaman sokongan yang mana ia mempunyai segala maklumat asas yang perlu diketahui oleh pelanggan dan pengguna platform BLOKMY.

 

Pengalaman pengguna

Tapak web BLOKMY hanya tersedia dalam bahasa Inggeris sahaja.

Di samping itu, BLOKMY mempunyai laman Facebook untuk media sosial dan baru sahaja membuka satu blog sebagai medium penyampaian maklumat terkini dan kemas kini mengenai platform mereka.

Secara keseluruhannya, BLOKMY mempunyai masa hadapan yang cerah di Malaysia berikutan sohor kini perdagangan mata wang digital yang mana orang ramai inginkan platform yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang mantap dengan caj yang murah.

Share

;

Copyright © 2017 - 2018. All rights reserved.