Yandex

Exchanges

Oct 21, 2018 Shahirah Pertukaran Views: 55

Coin Ultimate Trading (Coinut)

0 (0 Review)
Compare with:
Nama saya

Coin Ultimate Trading (Coinut)

Market
Price
Open 24H
Range 24H
Vol. 24H
% CH
Market
Type
Price
Quantity
Total
Id

Please login or create an account if you do not have a one yet to be able to post your review.

Coinut Sdn Bhd adalah salah satu syarikat cawangan bagi platform pertukaran dan perdagangan COIN Ultimate Trading.

Diasaskan pada 2013, Coinut kini beroperasi di 4 buah negara iaitu Switzerland, Kanada, Malaysia dan Singapura sebagai ibu pejabat mereka.

Coinut menawarkan perkhidmatan perdagangan dan pertukaran menggunakan tiga mata wang fiat:

  • Dolar Kanada (CAD)
  • Ringgit Malaysia (MYR)
  • Dolar Singapura (SGD)
  • Dolar Amerika sahaja (USD)

Dan mata wang kripto yang ditawarkan ialah:

  • Bitcoin
  • Ethereum
  • Litecoin
  • ZCash
  • Monero
  • Ether Classic
  • USD Tether

Kaedah pertukaran yang dijalankan oleh Coinut adalah mengikut buku pesanan iaitu pembeli atau penjual akan membuka buku pesanan atau membuat pesanan mereka.

Jika pesanan pedagang dipenuhi, maka transaksi wang akan dilakukan melalui akaun Coinut tanpa menggunakan akaun tengah.

Kaedah pembayaran Coinut

Coinut menerima wang fiat dan token kripto dan deposit boleh dilakukan menggunakan iBanking untuk SGD dan pindahan bank untuk CAD dan USD serta pindahan alamat bitcoin.

Pindahan bank memakan masa lebih kurang 1-2 hari bekerja manakala tempoh proses transaksi mata wang kripto bermula 7.5 minit hingga 30 minit, bergantung kepada jenis token.

Bagi proses pindahan bank, anda perlulah terlebih dahulu membuat pengesahan akaun bank dengan memberikan maklumat yang berikut yang akan diproses 1-3 hari bekerja:

  • Penyata bank 3 bulan terkini
  • Bukti alamat rumah

 

Deposit

Tiada had minimum untuk deposit mata wang fiat dan mata wang kripto.

 

Pengeluaran

Anda boleh membuat pengeluaran mata wang fiat dan mata wang kripto menggunakan kaedah yang sama seperti deposit yang mana anda perlu memasukkan nombor akaun bank dan alamat bitcoin.

Pengeluaran mata wang fiat mengambil masa lebih kurang 3-5 hari bekerja dan token kripto hingga 30 minit berdasarkan jumlah pengesahan yang diperlukan.

Anda boleh merujuk jumlah pengesahan bagi semua token kripto di halaman bantuan mereka.

Tambahan pula, hanya mata wang kripto sahaja yang dikenakan had minimum pengeluaran seperti yang berikut:

  • 0.0015 BTC
  • 0.1 LTC
  • 0.5 ETH
  • 1 ETC
  • 0.1 XRM
  • 30 USDT

 

Caj dan yuran yang dikenakan

Terdapat tiga jenis caj yang dikenakan oleh Coinut iaitu caj deposit, caj pengeluaran dan caj dagangan.

Bagi caj deposit, caj ini hanya dikenakan untuk mata wang fiat berikut sahaja iaitu sebanyak:

  • CAD iaitu $2 atau 0.5%, mana-mana yang lebih tinggi.
  • USD (pemindahan bertelegraf dan Cek Domestik Singapura) iaitu $10 atau 0.1%, mana-mana yang lebih tinggi
  • USD (EPay) iaitu 1.2%

Bagi pengeluaran pula, semua mata wang fiat dikenakan caj pengeluaran seperti yang berikut:

  • SGD iaitu $10 atau 0.1%, mana-mana yang lebih tinggi
  • CAD iaitu $5 atau 0.5%, mana-mana yang lebih tinggi
  • USD (pemindahan bertelegraf dan Cek Domestik Singapura) iaitu $10 atau 0.1%, mana-mana yang lebih tinggi
  • MYR iaitu RM10 atau 0.1%, mana-mana yang lebih tinggi.

Caj pengeluaran mata wang kripto pula adalah seperti yang berikut:

  • 0.0004 BTC
  • 0.001 LTC/ ETH/ ETC
  • 0.04 XMR
  • 10 USDT

Bagi caj dagangan, ia terbahagi kepada dua jenis caj dagangan iaitu caj kripto- kripto dan kripto-fiat.

Caj yang dikenakan adalah mengikut peringkat dan jumlah dagangan anda dalam nilai USD kepada “taker sahaja”.

Semakin tinggi nilai dagangan anda, semakin rendah peratus caj yang dikenakan.

Caj bagi dagangan kripto-kripto bermula daripada peringka Normal iaitu dari 0 sehinga 9,999 USD dikenakan caj sebanyak 0.1%, VIP 1 sehingga VIP 4 iaitu lebih daripada 2 juta USD dengan caj sebanyak 0.6% sahaja.

Bagi caj jenis dagangan kripto-fiat pula, peringkat Normal dikenakan caj sebanyak 0.2% sahaja dan semakin berkurang kepada hanya 0.1% pada peringkat VIP 4.

 

Ciri-ciri keselamatan Coinut

Coinut merupakan antara syarikat perdagangan dan pertukaran yang berdaftar dengan Bank Negara Malaysia dan mematuhi AMLA/ KYC yang telah ditetapkan melalui satu prosedur yang dikenali sebagai Customer Due Diligence (CDD).

CDD ialah satu prosedur yang mana anda perlu melengkapkan borang maklumat anda setelah mendaftar akaun Coinut.

Oleh itu, anda perlu memuat naik:

  • gambar kad pengenalan
  • bukti kediaman seperti penyata bank, bil api/ air yang bertarikh 6 bulan terkini
  • gambar swafoto sambal memegang kertas yang bertarikh mengikut tarikh semasa dan kad pengenalan asli anda

Kelulusan CDD akan mengambil masa lebih kurang 3 hari bekerja.

Selain itu, Coinut turut mempunyai ciri keselamatan 2-Factor Authentication yang boleh diaktifkan di tetapan akaun anda.

Dan Coinut turut menggunakan sistem separa manual untuk memproses dan memeriksa transaksi dan pengeluaran wang anda di samping menyimpannya secara luar talian.

Di sini, Coinut memberikan lebih perhatian terhadap keselamatan token anda walaupun ia memakan sedikit masa untuk diproses.

 

Ciri-ciri tambahan Coinut

Anda berpeluang untuk menggunakan terus perkhidmatan yang disediakan kerana apabila telah melengkapkan CDD, anda akan mendapat token LTC secara percuma yang bernilai USD10.

Anda boleh menggunakannya untuk didagangkan atau ditukarkan kepada mata wang lain.

Selain itu, Coinut menunjukkan demo UI platform mereka dengan pasaran, lilin pasaran, dan status baki dan sebagainya.

Coinut juga ada membangunkan API untuk widget dan kegunaan orang yang mengetahui lebih mendalam mengenai fungsi ini.

 

Bantuan dan sokongan

Coinut mempunyai beberapa kaedah dalam memberikan sokongan dan bantuan kepada pelanggannya.

Selain daripada halaman FAQ yang padat dengan maklumat, boleh dikatakan hampir semua kaedah bantuan memberi lebih penekanan pada interaksi antara komuniti Coinut itu sendiri.

Pertama, mereka mempunyai forum yang disertai oleh pengguna platform Coinut, ruangan bual di mana pengguna platform boleh berkomunikasi secara terus antara satu sama lain.

Namun jika anda mempunyai masalah yang lebih kritikal, Coinut menggunakan sistem tiket iaitu anda perlu menghantar tiket kepada pihak Coinut untuk dibalas.

 

Pengalaman pengguna

Coinut boleh dimuat turun dalam bentuk aplikasi telefon pintar iaitu iOS dan Android.

Selain itu, anda boleh berhubung dengan Coinut melalui pelbagai saluran media sosial seperti twitter, telegram dan facebook selain daripada blog.

Share

;

Copyright © 2017 - 2018. All rights reserved.