Yandex

Coinbase

Score

0 (0 Reviews)
Jun 10, 2018 Shahirah Pertukaran
Nama saya
    Coinbase

Coinbase

                Coinbase adalah satu platform perdagagan jual beli matawang digital menggunakan matawang fiat dan pertukaran matawang kripto yang diasaskan oleh Brian Armstrong dan Fred Ehrsam. Coinbase boleh digunakan di lebih daripada 32 buah negara dan menggunakan tiga pertukaran matawang fiat utama dunia iaitu US Dollar, British Pound, dan Euro.

Melalui laman web GDAX (Global Digital Asset Exchange) oleh Coinbase, ia menawarkan perkhidmatan perdagangan matawang digital seperti Bitcoin, Ethereum dan matawang digital lain menggunakan matawang US Dollar kepada pakar dan institusi kewangan.

Deposit dan pengeluaran

                JIka anda ingin menggunakan platform Coinbase, Coinbase tidak meletakkan sebarang nilai minimum untuk deposit dan nilai maksimum sehingga 50,000 bergantung kepada tahap verifikasi akaun anda. Peraturan yang sama juga terpakai untuk pengeluaran dana daripada Coinbase kecuali nilai maksimum pengeluaran iaitu tiada nilai yang ditetapkan dan bergantung sepenuhnya kkepada tahap verfikasi akaun anda.

                Terdapat dua kaedah pembayaran utama yang boleh digunakan bagi tujuan deposit dan pengeluaran tersebut iaitu:

Deposit

  1. International Wire (caj tambahan sebanyak $10 dikenakan)
  2. Moneybookers

Pengeluaran

  1. International Wire
  2. Kad Debit
  3. Matawang kripto

Pasaran semasa matawang kripto dan caj yang dikenakan

                Kadar pertukaran matawang adalah mengikut kadar pasaran semasa secara langsung matawang digital yang terdapat di GDAX yang bergantung kepada prestasi matawang digital yang berdiri sendiri dan mata spread yang dipengaruhi oleh beberapa aspek seperti saiz, volatiliti pasaran, jumlah tempoh masa menggunakan platform Coinbase.

Oleh itu, Coinbase menawarkan kelebihan kepada pelanggannya di mana nilai spread yang ditawarkan adalah sebanyak 3.75% dan nilai leverage sebanyak tiga kali ganda daripada nilai asal.

Bagi caj dan yuran yang dikenakan oleh Coinbase pula adalah berbeza bergantung kepada maker dan taker dalam sesuatu pertukaran tersebut. Caj yang dikenakan kepada kepada taker adalah sebanyak 0.3% daripada nilai bermula 0-$10 juta manakala 0% kepada maker untuk aktiviti tersebut. Tawaran ini akan sah sehingga 30 hari sahaja.

Untuk caj pertukaran matawang pula, ia bergantung kepada lokasi, kaedah pembayaran dan caj tambahan perpindahan dana dari satu akaun bank ke akaun yang lain. Jumlah caj yang dikenakan akan ditunjukkan kepada pelanggan sebelum bersetuju dan ia akan dimasukkan dala resit selepas transaksi selesai.

 Kaedah pengiraan caj pertukaran yang pertama adalah yuran minimum yang dikenakan kepada aktiviti $200 dan ke bawah atau adalah berbeza mengikut negara dan kaedah pembayaran yang digunakan.

Kaedah kedua pula adalah jadual caj dan yuran tetap dan berubah mengikut jumlah pertukaran. Caj tetap yang dikenakan adalah 2.49% dan akan caj berubah sebanyak 1% pada jumlah minimum $1 dan maksimum sebanyak $50.

Ciri keselamatan dan API

                Platform Coinbase menggunakan sistem keselamatan yang terkini seperti 2-Factor Authentication  iaitu kata laluan dan nama pengguna dan kod tambahan daripada telefon pintar anda. Selain itu, laman web Coinbase turut dilindungi dengan jaminan enkripsi SSL dan dikawal selia oleh beberapa badan institusi kewangan seperti CNMV dan CySEC.

                Mereka turut mempunyai jaminan dana kepada pelanggannya iaitu 98% daripada dana pelanggan akan disimpan di luar talian, mempunyai peti keselamatan deposit dan bilik kebal di serata dunia. Jika menggunakan kaedah atas talian, mereka dilengkapi dengan enkripsi AES-256, dan pendrive yang dilengkapi ciri keselamatan FIPS-140 dan sokongan tambahan secara manual.

                Untuk API pula, Coinbase mempunyai pelbagai API yang boleh digunakan oleh pelanggan mereka seperti maklumat asas dalam pasaran dan kegunaan tambahan lain iaitu pengguna peringkat yang lebih tinggi.

Ciri-ciri tambahan

                Coinbase turut memberikan pelanggannya ni alatan pengurusan risiko, polisi insurans pelanggan. Coinbase turut mempunyai insurans tambahan untuk simpanan matawang USD pelanggan mereka iaitu insurans FDIC sehingga $250,000. Selain itu, program Bug Bounty adalah satu program menarik yang menawarkan ganjaran kepada pelanggan Coinbase yang mempunyai ilmu IT dan keselamatan jika mereka terjumpa sebarang kecacatan keselamatan pada laman web mereka.

Khidmat sokongan pelanggan

Sebagai pelanggan Coinbase, anda boleh mendapatkan sokongan dan mendapatkan jawapan melalui halaman sokongan mereka walaupun tidak menyediakan sokongan selama 24/7.  Di samping itu, Coinbase menyediakan forum di laman media sosial lazim seperti Facebook, LinkedIn dan Twitter serta blog khas di laman web mereka.

                Sebagai pedagang yang inginkan pengalaman terbaik untuk aktiviti perdagangan dan pertukaran anda, pastinya Coinbase adalah platform yang terbaik dan lengkap kerana anda boleh sentiasa kemaskini aktiviti anda dengan mudah di mana sahaja. Hal ini kerana Coinbase boleh dialih bahasa kepada lebih 11 bahasa utama dunia dan terdapat dalam versi telefon pintar. Pengguna boleh mendapatkannya di stor Apple dan Google Play.

Please login or create an account if you do not have a one yet to be able to post your review.

Market
Type
Price
Quantity
Total
Id
Market
Price
Open 24H
Range 24H
Vol. 24H
% CH

Copyright © 2017 - 2018. All rights reserved.

", "logo": "https://my.cryptoversal.com/storage/", "url": "https://my.cryptoversal.com/exchanges/coinbase" }