Yandex

Exchanges

Sep 16, 2018 Shahirah Pertukaran Views: 15

Coinhako

0 (0 Review)
Compare with:
Nama saya

Coinhako

Market
Price
Open 24H
Range 24H
Vol. 24H
% CH
Market
Type
Price
Quantity
Total
Id

Please login or create an account if you do not have a one yet to be able to post your review.

Gambaran keseluruhan

Coinhako ialah satu platfrom perdagangan di bawah syarikat Chako Global Sdn. Bhd. dan berdaftar dengan Bank Negara Malaysia. Coinhako diasaskan oleh Yushio Liu di Singapura dan kini Coinhako ingin memberi tumpuan pada pasaran jual beli matawang kripto Asia yang lebih luas pada masa hadapan.

Coinhako menawarkan beberapa perkhidmatan seperti khidmat rundingan block chain, dompet matawang kripto dan juga perdagangan matawang kripto. Antara token yang didagangkan ialah:

  • Bitcoin (BTC)
  • Etherum (ETH)
  • Bitcoin Cash (BCH)
  • Litecoin (LTC) akan datang

Sehingga kini, terdapat empat matawang fiat yang diterima oleh Coinhako iaitu MYR, SGD, USD, dan yang terbaharu ialah IDR. Coinhako menggunapakai prinsip satu akaun, satu matawang sahaja. Oleh itu, jika anda ingin menukar matawang kepada matawang yang lain, anda boleh menghubungi pihak Coinhako namun pertukaran hanya boleh dibuat sekali sahaja.

Bagi token ETH, dompet Coinhako masih tak menyokong pindahan terus “Smart Contract” sekaligus menyebabkannya perlu dilakukan secara manual yang memakan masa lebih lama daripada biasa.

Kaedah pembayaran:

Kaedah pembayaran yang ditetapkan oleh Coinhako ialah pindahan antara bank dan dompet digital. Bagi matawang SGD, anda boleh menggunakan Xfer Wallet untuk mendepositkan atau mengeluarkan matawang kripto anda daripada akaun Coinhako. Namun begitu, Xfer Wallet menetapkan amaun transaksi minimum untuk membeli bitcoin sebanyak SGD 50 dan had maksimum untuk satu transaksi sebanyak SGD 10,000.

 

Had minimum dan maksimum perdagangan yang ditetapkan

  • Deposit

Tiada sebarang had minimum dan had maksimum ditetapkan oleh Coinhako untuk matawang fiat MYR. Jadi ini adalah platform yang baik kepada pedagang matawang kripto di Malaysia yang baharu sahaja berjinak-jinak dalam dunia wang digital. Proses pendepositan melalui pindahan antara bank mengambil masa sehari sahaja.

  • Pengeluaran

Platform ini turut tidak mengenakan sebarang had minimum dan maksimum pengeluaran matawang MYR walaupun had minimum bagi matawang SGD adalah sebanyak S$1 dan mengambil masa lebih kurang tiga hari untuk dipindahkan ke akaun bank anda.

Had minimum bagi pengeluaran token digital pula adalah seperti berikut:

  • 0.001 BTC
  • 0.00105 ETH
  • 0.00005 BCH

Had perdagangan harian atau “daily trading limit” adalah had yang dikenakan kepada pelanggan Coinhako dalam menjalankan urusan jual beli di platform ini. Coinhako menetapkan nilai maksimum perdagangan sebanyak RM 90,000 dan S4 30,000 dalam masa 24 jam. Ia akan diset semula selepas 24 jam.

Namun yang demikian, jika anda ingin meningkatkan had perdagangan harian anda, anda boleh memohon secara terus kepada Coinhako dengan mengisi borang “income verification” atau pengesahan pendapatan dengan dua langkah mudah iaitu:

  • Menjawab set soalan yang diberikan
  • Menyerahkan dokumen yang berkenaan untuk pengesahan pendapatan iaitu penyata Caruman Wang Simpanan Pekerja (EPF).

Jika anda ingin berdagang di Coinhako, anda haruslah mencapai nilai minimum perdagangan dalam setiap transaksi anda seperti yang telah ditetapkan.

Hadi minimum untuk pembelian matawang kripto: RM 100, S$30

Had minimum untuk penjualan matawang kripto:

  • 0.01 BTC
  • 0.01 ETH
  • 0.01 BCH

 

Ciri-ciri keselamatan Coinhako:

Coinhako sangat menjaga keselamatan akaun dan hak pelanggannya atas maklumat yang mereka berikan atas talian. Oleh itu, Coinhako mempunyai satu panduan elektronik yang dinamakan sebagai “Coinhako Data Security Guide”. Panduan ini boleh dimuat turun secara percuma di laman sesawang mereka.

Coinhako menggunakan kaedah 2 Factor Authentication menggunakan aplikasi Google Authenticator atau Authy untuk menyokong kaedah tersebut. Prosedur untuk membuat tetapan 2FA dan set semula 2FA boleh didapati di bahagian FAQ di laman sesawang rasmi Coinhako.

Selain itu, Coinhako turut mengamalkan polisi Kenali Pelanggan Anda yang memerlukan mereka mewajibkan semua akaun untuk mendapatkan pengesahan akaun. Terdapat tiga dokumen-dokumen penting yang perlu dihantar kepada Coinhako iaitu:

  • Kad pengenalan atau kad penduduk tetap
  • Bukti alamat tempat tinggal (bil atau penyata bank)
  • Satu swafoto anda memegang kad pengenalan dan sehelai kertas yang bertulis “Coinhako” dan tarikh penyerahan dokumen.

Setelah selesai langkah-langkah di atas, status anda akan dimaklumkan melalui emel dalam masa yang terdekat.

Platform ini juga membenarkan anda untuk mengunci akaun anda atas tujuan keselamatan seperti terdapat percubaan untuk menceroboh akaun anda. Apabila anda membuat keputusan untuk mengunci akaun anda, anda perlulah melakukan langkah-langkah seperti pengesahan akaun yang disebutkan sebelum ini untuk membuka semula kunci akaun anda. Atau anda boleh mengubah kata laluan akaun anda dengan mudah.

 

Sokongan dan bantuan:

Pada masa ini, Coinhako tidak menyediakan sokongan dan bantuan 24/7 tetapi menggunakan sistem tiket. Ini bermakna jika anda tidak berjaya mencari solusi kepada permasalahan anda di halaman FAQ mereka, anda perlu menghantar pertanyaan anda di ruang bantuan dan pertanyaan anda akan dijawab secepat mungkin iaitu dalam masa 24 hingga 48 jam.

Anda juga boleh mendapatkan lebih maklumat melalui blog mereka yang dikemaskini hampir setiap bulan. Di situ terdapat petua-petua menguruskan akaun anda dan mendapatkan lebih tambah nilai daripada perdagangan anda.

 

Pengalaman pengguna:

Laman sesawang mereka boleh didapati dalam beberapa bahasa utama Asia Tenggara selain bahasa Inggeris iaitu bahasa Vietnam dan bahasa Indonesia. Selain itu, mereka turut melancarkan aplikasi Coinhako di pasar iOS dan Android di mana aplikasi telefon pintar ini mengandungi beberapa fungsi pengurusan akaun anda. Antaranya ialah:

  • Perdagangan segera
  • Menerima dan menghantar bitcoin
  • Memantau harga matawang kripto secara masa nyata
  • Menguruskan dan menyimpan matawang kripto

Platform ini telah didaftarkan dengan Bank Negara Malaysia. Oleh itu, anda boleh melabur dan berdagang Coinhako dengan selamat. Jika anda merupakan pedagang tegar matawang kripto, anda juga boleh menggunaka   n platform ini untuk mendapatkan nasihat mengenai pelaburan anda.

Share

;

Copyright © 2017 - 2018. All rights reserved.