Yandex

Exchanges

Aug 19, 2018 Shahirah Pertukaran Views: 45

Coinone

0 (0 Review)
Compare with:
Nama saya

Coinone

Market
Price
Open 24H
Range 24H
Vol. 24H
% CH
Market
Type
Price
Quantity
Total
Id

Please login or create an account if you do not have a one yet to be able to post your review.

Coinone

Coinone adalah satu platform dagangan matawang kripto yang dimiliki oleh Coinone Inc. yang diasaskan oleh Myunghun Cha pada tahun 2014. Coinone mempunyai ibu pejabat di Seoul, Korea dan memfokuskan kepada dagangan antara matawang fiat Korean Won (KRW) dan matawang kripto Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), dan 13 altcoins yang lain.

Coinone mempunyai panduan yang dinamakan sebagai Coin One Guide yang mempunyai maklumat berkenaan pendaftaran, transaksi, dagangan dan pengeluaran matawang kripto di Coinone. Tetapi panduan ini hanya tersedia dalam bahasa Korea sahaja kerana Coinone hanya beroperasi di Korea Selatan.

 

Kaedah pembayaran

Terdapat dua kaedah pembayaran yang digunakan iaitu pindah kawat dan matawang kripto. Anda hanya boleh menggunakan KRW dan kesemua 15 matawang kripto yang disokong oleh Coinone untuk deposit dan pengeluaran.

  • Deposit

Deposit minimum untuk matawang fiat KRW adalah 1,000 dan tiada nilai maksimum yang ditetapkan. Bagi matawang kripto, tiada nilai minimum dan maksimum yang ditetapkan.

  • Pengeluaran

Had pengeluaran minimum untuk matawang kripto 5,000 KRW, maksimum 100,000 KRW dalam satu transaksi dan tidak melebihi 100,000,000 KRW dalam masa sehari. Bagi matawang kripto, had minimum adalah berbeza mengikut matawang kripto yang berbeza. Anda boleh menyemak senarai had pengeluaran di laman web mereka manakala had maksimum adalah bergantung kepada tahap pengesahan akaun anda.

 

Caj dan yuran perkhidmatan yang dikenakan

Coinone mengenakan tiga jenis caj perkhidmatan iaitu caj pengeluaran, caj dagangan, dan caj transaksi. Namun begitu, Coinone tidak mengenakan sebarang caj deposit kepada penggunanya.

  • Caj pengeluaran

Bagi matawang fiat KRW, hanya 1,000 KRW dikenakan untuk setiap transaksi pada kadar tetap. Bagi matawang kripto pula, Coinone mempunyai caj yang berbeza mengikut matawang kripto. Seperti contoh, BTC dikenakan sebanyak 0.00015 untuk satu transaksi; BCH dan BTG adalah 0.0005. Anda boleh mendapatkan senarai penuh di laman web mereka.

  • Caj dagangan

Model caj dagangan yang digunakan oleh Coinone adalah caj dinamik yang akan berubah mengikut tahap keahlian dalam tempoh masa 30 hari. Kadar caj akan disemak semula pada pukul 3 pagi waktu tempatan dan caj baru akan dilaksanakan serta-merta. Caj dagangan untuk taker dan maker bermula pada kadar 0.1% dan akan menurun bergantung kepada jumlah dagangan yang dijalankan.

 

Ciri-ciri keselamatan Coinone

Korea mengaplikasikan insurans, liability dan pampasan siber di mana Coinone telah bekerjasama dengan tiga syarikat keselamatan utama iaitu:

  • Hyundai Marine & Fire Insurance
  • Grayhash
  • SK infosec

Oleh itu, langkah-langkah keselamatan yang diambil oleh Coinone termasuklah membantu dalam pengurusan risiko serangan siber seperti kebocoran dan kehilangan data serta maklumat. Dan anda akan diberi bantuan dalam pengurusan risiko siber di peringkat pra-transaksi.

2 Factor Authentication yang digunakan oleh Coinone adalah menggunakan emel dan nombor telefon untuk setiap transaksi yang dijalankan manakala Multi-factor Authentication pula menggunakan tiga kunci persendirian. Dua daripada tiga kunci tersebut disimpan dan dikawal oleh pengguna dan satu kunci lagi boleh didapati dalam Bitgo yang dienkripsi dengan Passcode.

Walau bagaimanapun, Coinone tidak dikawal selia oleh mana-mana institusi pengurusan kewangan seperti CySEC dan CNMV.

Ciri-ciri tambahan Coinone

 Coinone turut menyediakan alatan pengurusan risiko dagangan iaitu CCDEX (Coinone Cryptocurrency Index) yang menunjukkan pertumbuhan pasaran matawang kripto yang dikira berdasarkan purata nilai matawang kripto yang terdapat dalam platform ini sahaja.

Untuk dokumentasi API pula, hanya Public API yang dibenarkan dan anda perlu memohon kebenaran daripada pihak Coinone untuk menggunakan Personal API. Walau bagaimanapun, Coinone tidak mempunyai sebarang akaun demo dan ciri copy-trading di platform mereka.

Selain itu, jika anda mempunyai masalah atau kesilapan dalam melakukan transaksi matawang kripto, anda boleh meminta bantuan Coinone untuk mendapatkan semula token anda dengan syarat anda memenuhi semua keperluan yang dikehendaki oleh pihak Coinone.

 

Bantuan dan sokongan Coinone

Coinone mempunyai halaman sokongan di mana anda boleh mendapatkan jawapan FAQ berkenaan perkhidmatan dan platform Coinone. Selain itu, anda boleh menghubungi mereka secara terus menggunakan telefon bimbit anda pada hari bekerja sahaja selain daripada menghantar emel kepada mereka.

 

Mesra pengguna

Laman web Coinone hanya tersedia dalam dua bahasa sahaja iaitu dalam bahasa Korea selain daripada bahasa Inggeris. Anda juga boleh berinteraksi secara terus dengan pihak Coinone menggunakan beberapa platform media sosial seperti Facebook dan Twitter. Namun begitu, Coinone masih belum mempunyai aplikasi telefon pintar untuk perkhidmatannya.

Share

;

Copyright © 2017 - 2018. All rights reserved.