Yandex

Exchanges

Jul 22, 2018 Shahirah Pertukaran Views: 15

Cryptopia

Score

0 (0 Reviews)
Compare with:
Nama saya

Cryptopia

Market
Price
Open 24H
Range 24H
Vol. 24H
% CH
Market
Type
Price
Quantity
Total
Id

Please login or create an account if you do not have a one yet to be able to post your review.

Cryptopia adalah platform pertukaran matawang kripto berasaskan lima pasaran aktif matawang kripto iaitu Bitcoin (BTC), Dogecoin (DOGE), Tether (USDT) dan NZDT. Diasaskan oleh Adam Clark dan Rob Dawson pada tahun 2014, Cryptopia menyediakan tiga perkhidmatan utama iaitu Paytopia, tempat untuk membeli servis yang ditawarkan oleh Cryptopia, ganjaran dan juga Arbitrage yang memberikan analisis matawang kripto berdasarkan empat pasaran saham yang berbeza.

Cryptopia Ltd. adalah sebuah syarikat New Zealand yang menggunakan matawang fiat New Zealand Dollar (NZD) sahaja dan matawang kripto BTC, DOGE, USDT. Platform ini boleh digunakan oleh semua warga dunia tanpa sebarang masalah.

Kaedah pembayaran

Kaedah pembayaran yang digunakan adalah deposit menggunakan matawang fiat NZD dan matawang kripto sahaja.

  • Deposit

Jika anda tidak mempunyai akaun bank New Zealand, anda boleh menggunakan perkhidmatan pihak ketiga untuk pertukaran matawang fiat kepada matawang kripto seperti localbitcoins dan coinbase terlebih dahulu. Dan anda perlu tahu yang deposit anda tidak akan dimasukkan serta merta ke dalam akaun Cryptopia disebabkan oleh pengesahan blok rangkaian yang perlu dipenuhi terlebih dahulu.

Blok pengesahan tersebut adalah berbeza mengikut jenis matawang kripto yang boleh didapati di ‘Coin Info’. Dan dua faktor yang mendorong kepada kelajuan pengesahan blok adalah jumlah caj yang dibayar untuk transaksi rangkaian dan jumlah transaksi yang dijalankan pada masa yang sama. Lebih banyak transaksi, lebih lama masa yang diperlukan.

Tiada had yang ditetapkan oleh Cryptopia untuk deposit.

  • Pengeluaran

Cryptopia menggunakan kaedah pengeluaran matawang kripto terus ke dompet persendirian atau kepada akaun pihak ketiga yang menguruskan servis pertukaran matawang kripto. Tiada had minimum untuk pengeluaran dan nilai maksimum pengeluaran bergantung kepada tahap pengesahan akaun anda.

Had Pengesahan:

  • Tahap 1: $500 NZD
  • Tahap 2: $50,000 NZD
  • Tahap 3: $500,000 NZD

Pengesahan akaun tahap 1 adalah apabila anda berjaya menggunakan emel pengaktifan yang dihantar untuk log masuk ke akaun anda. Had pengeluaran adalah sebanyak $500 NZD dalam masa 24 jam daripada transaksi pengeluaran yang terakhir.

Had maksimum pengeluaran bagi tahap 2 adalah sebanyak $50,000 NZD dan anda perlu membuat permohonan di laman web rasmi Cryptopia serta mematuhi undang-undang yang digariskan oleh
Undang-undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML), berumur 18 tahun dan ke atas, serta melengkapkan maklumat peribadi anda.

Bagi tahap 3 pula, had yang ditetapkan adalah sebanyak $500,000 NZD dan anda harus menghubungi pihak Cryptopia secara peribadi dan melengkapkan maklumat yang diperlukan oleh pihak Cryptopia.

Caj perkhidmatan yang dikenakan

Cryptopia mendapatkan keuntungan daripada caj perkhidmatan yang dikenakan kepada pelanggan iaitu caj pengeluaran dan perdagangan. Nilai spread pula adalah sebanyak 0.2% sahaja.

  • Caj pengeluaran

Caj pengeluaran adalah tetap dan tidak berubah mengikut jumlah pengeluaran tetapi bergantung kepada jenis matawang kripto yang anda ingin keluarkan. Maklumat caj pengeluaran yang dikenakan boleh didapati di setiap ‘Coin Info’. Hal ini kerana, caj tersebut bergantung kepada kos transaksi individu untuk matawang kripto tersebut iaitu untuk membayar kepada tukang tempa yang menanggung kos rangkaian dan pengesahan.

  • Caj perdagangan

Caj ini adalah dalam bentuk peratusan iaitu 0.2% daripada jumlah dagangan untuk pertukaran tersebut iaitu aktiviti pembelian atau penjualan matawang kripto. Caj ini akan dikira secara automatik dan ditunjukkan di bahagian ‘Fee’.

Caj untuk pindahan antara pengguna dan akaun Cryptopia adalah secara serta-merta dan percuma.

Ciri-ciri keselamatan Cryptopia

Seperti kebanyakan platform dagangan di luar sana, Cryptopia turut dilengkapi dengan enkripsi SSL. Cryptopia menggunakan kaedah 2 Factor Authentication untuk menjamin keselamatan akaun anda. Untuk setiap aktiviti yang dijalankan seperti jual beli, pindahan atau pengeluaran matawang kripto, anda akan diminta untuk memberikan pengesahan melalui emel yang diberikan.

Namun begitu, Cryptopia tidak terikat dengan mana-mana badan selia kewangan atau pelaburan dunia. Dan ini bermakna, risiko dagangan menggunakan platform ini adalah agak tinggi jika berlaku kehilangan atau perkara yang tidak diingini.

Cryptopia juga bergantungjawab untuk menyelia dan menguruskan dompet kripto anda yang digunakan untuk dagangan. Dompet kripto adalah berbeza mengikut matawang kripto di mana anda akan mempunyai alamat matawang kripto yang berbeza dan tidak akan berubah.

Ciri-ciri tambahan Cryptopia

Cryptopia mempunyai dokumentasi khas bagi para pemaju aplikasi menggunakan perkhidmatan Cryptopia dan mendapatkan maklumat terkini. Terdapat dua API iaitu API umum dan API peribadi.

API umum adalah untuk kegunaan fungsi umum seperti mendapatkan data dagangan, status pasaran, pesanan dan sebagainya. API peribadi pula adalah untuk maklumat yang lebih sensitif dan sulit seperti baki dalam akaun, alamat deposit, set dagangan dan fungsi pengeluaran ke akaun asing.

API umum boleh didapati di laman web rasmi Cryptopia tetapi API peribadi hanya boleh didapati menggunakan akaun anda sahaja.

Bantuan dan sokongan

Cryptopia mempunyai halaman bantuan yang sangat teratur dan jelas. Selain itu, mereka turut mempunyai pasukan staf perkhidmatan pelanggan yang bersedia membantu menjawab permasalahan dan soalan anda 24/7.

Mesra pengguna

Laman web Cryptopia hanya tersedia dalam bahasa Inggeris sahaja. Namun anda tidak perlu risau kerana ayatnya yang ringkas dan mudah difahami. Selain itu, Cryptopia mempunyai ruang forum terbuka dan blog yang dikemaskini secara berkala untuk menyampaikan maklumat terkini kepada pelanggannya.

Cryptopia juga mempunyai laman Facebook dan Twitter untuk interaksi media sosial. Walau bagaimanapun, Cryptopia tidak mempunyai sebarang aplikasi dalam telefon. Cryptopia adalah satu platform ringkas dan sangat kasual jika anda adalah pedagang yang sempoi.

 

Copyright © 2017 - 2018. All rights reserved.