Yandex

Exchanges

Jul 22, 2018 Shahirah Pertukaran Views: 19

eToro

Score

0 (0 Reviews)
Compare with:
Nama saya

eToro

Market
Price
Open 24H
Range 24H
Vol. 24H
% CH
Market
Type
Price
Quantity
Total
Id

Please login or create an account if you do not have a one yet to be able to post your review.

eToro adalah sebuah platform untuk pelaburan matawang kripto dan komoditi. Diasaskan pada tahun 2006, eToro yang bermula sebagai firma pelaburan matawang asing, komoditi dan emas telah memasukkan matawang kripto sebagai pilihan pelaburan untuk pelanggan mereka.

Pelaburan matawang kripto bermula pada awal tahun 2017 dan kini menjadi platform perdagangan lebih 10 jenis matawang kripto termasuklah tiga yang utama iaitu Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), Litecoin (LTC). eToro beroperasi di semua negara kecuali Iran, Myanmar, Syria, Sudan dan Amerika Syarikat.

Model STP dan NDD

eToro menggunakan model STP (Straight-Through-Processing) dan NDD (No Dealing Desk) yang bermaksud pelanggan akan diberikan akses terus dalam pasaran saham di mana transaksi yang dibuat menggunakan platform eToro akan diproses dan diterima mengikut pasaran terkini dengan cepat.

NDD pula memberikan kelebihan kepada pelanggan eToro untuk menghalang mana-mana pihak termasuk eToro untuk mengubah nilai jualan atau pembelian antara pelanggan dan hanya akan berubah berdasarkan perubahan pasaran semasa sahaja. eToro akan memindahkan dan memproses pesanan tersebut secara automatik jika ia dibuat semasa dalam jam pasaran aktif.

Kaedah pembayaran

Secara umum, eToro menggunakan tiga kaedah utama iaitu pindahan kawat (wire transfer), kad kredit dan kad debit serta dompet elektronik.

Deposit

Untuk deposit, semua negara boleh menggunakan kaedah pindahan kawat. Dan antara kaedah-kaedah deposit yang lain adalah:

  • China Union Pay
  • GiroPay
  • Neteller
  • Skrill
  • WebMoney
  • Wirecard
  • Yandex

Anda boleh semak di laman eToro untuk mengetahui kaedah yang boleh digunapakai oleh negara anda untuk memasukkan wang ke dalam akaun. eToro turut menyediakan panduan menggunakan kaedah-kaedah tersebut di laman web mereka.

Matawang yang digunakan untuk aktiviti perdagangan di eToro adalah menggunakan matawang fiat USD sahaja. Oleh itu, setiap matawang lain yang dimasukkan akan dikenakan caj pertukaran matawang asing serta mengikut kadar pasaran matawang semasa.

Selain itu, nilai minimum dan maksimum deposit yang dibenarkan adalah berbeza mengikut jenis akaun. Jika akaun anda telah disahkan oleh pihak eToro, nilai minimum dan maksimum deposit kali pertama adalah sebanyak $200 dan $10,000 dan ia boleh meningkat sehingga $30,000 bergantung kepada negara masing-masing. Jika akaun anda adalah akaun yang tidak disahkan, nilai maksimum deposit hanyalah sebanyak $2,250 sahaja.

Pengeluaran

Kaedah pengeluaran yang digunakan oleh eToro adalah sama seperti kaedah deposit. Dan untuk pemprosesan permohonan pengeluaran, pihak eToro akan mengutamakan kaedah-kaedah berikut mengikut urutan:

  1. Kad kredit
  2. PayPal (dompet elektronik)
  3. Pindahan bank

Bergantung kepada kaedah pengeluaran, eToro memerlukan satu hari sehingga lapan hari untuk menguruskan permohonan anda. Nilai minimum pengeluaran sebanyak $50 USD dan tiada nilai maksimum ditetapkan apabila anda telah membuat pengesahan akaun anda terlebih dahulu.

Caj perkhidmatan dan keuntungan yang diperoleh

Terdapat beberapa jenis caj yang dikenakan oleh eToro termasuklah:

  • Caj pertukaran matawang asing

Caj pertukaran matawang asing dikenakan apabila anda memasukkan wang deposit selain daripada matawang USD ke dalam akaun pelaburan eToro anda. Ini kerana semua aktiviti jual beli dan pesanan dilakukan menggunakan matawang fiat USD.

  • Caj pengeluaran dana

Caj pengeluaran dana yang dikenakan oleh eToro untuk nilai minimum $50 adalah sebanyak $25. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk mengeluarkan nilai lebih daripada $50 kerana sangat tidak berbaloi untuk membayar caj hampir 50% daripada jumlah pengeluaran. Untuk lebih maklumat tentang jadual caj pengeluaran, anda boleh semak pada bahagian matawang kripto di laman web rasmi eToro.

  • Caj ketidakgiatan (inactivity fee)

Caj ketidakgiatan sebanyak $10 akan dikenakan apabila anda tidak log masuk akaun anda lebih daripada 4 bulan untuk akaun “bukan deposit” (non-depositing account) atau 12 bulan untuk akaun deposit anda. Nilai tersebut akan ditolak daripada jumlah dana yang tersedia setiap bulan sehingga anda log masuk ke dalam akaun anda atau akaun kehabisan dana.

Untuk perbezaan nilai dagangan sebenar daripada pesanan yang dilakukan (spread) adalah bermula dari 1.5% untuk Bitcoin sehingga 5% untuk matawang kripto seperti XLM, NEO, dan BCH. Namun kebanyakan matawang kripto mempunyai nilai spread sebanyak 3.5%.

Ciri-ciri keselamatan dan regulasi eToro

Laman web eToro dilengkapi dengan enkripsi SSL yang melindungi data dan maklumat peribadi anda daripada pihak yang tidak bertanggungjawab. Bagi akaun eToro pula, ia menggunakan teknologi 2 Factor Authentication dan Multi-factor Authentication yang menjamin keselamatan dana anda.

Firma pelaburan eToro Ltd. turut diselia oleh beberapa badan firma kewangan dan pelaburan antarabangsa lalu menjadikannya antara platform yang paling dipercayai oleh orang ramai. Antara badan-badan regulasi termasuklah:

  • CySEC (Cyprus Securities and Exchange Commission)
  • FCA (Financial Conduct Authority)
  • MiFID (Markets in Financial Instruments Directive)

Oleh itu, eToro mempunyai panduan jelas menjalankan perniagaan dan prosedur tertentu yang perlu dipatuhi seperti pengendalian dana pelanggan, pengurusan firma pelaburan dan sebagainya.

Ciri-ciri tambahan eToro

eToro mempunyai alatan pengurusan risiko seperti perkembangan terkini pasaran, kalendar ekonomi dan sebagainya untuk membantu pelabur membuat pilihan dagangan yang bijak. Selain itu, eToro turut menyediakan perkhidmatan copy-trading di mana anda boleh meniru langkah-langkah pelabur handal dalam aktiviti dagangan seperti jual beli matawang mengikut sohor kini.

Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan berasa pengalaman berdagang bersama eToro, anda boleh menggunakan akaun demo percubaan yang disediakan oleh eToro dan menggunakan API yang telah didokumenkan oleh pihak eToro dalam membangunkan aplikasi anda sendiri.

Bantuan dan sokongan eToro

eToro mempunyai halaman bantuan khas yang memberikan anda jawapan kepada soalan-soalan lazim mengenai perkhidmatan, fungsi eToro dan permasalahan biasa. Tambahan pula, eToro mempunyai pasukan perkhidmatan pelanggan yang bersedia untuk membantu anda 24/5 dari Isnin hingga Jumaat.

Oleh itu, anda boleh menghubungi mereka berdasarkan maklumat hubungan yang telah disediakan di laman web rasmi mereka. eToro juga menyediakan bantuan khas secara fizikal kepada firma korporat di London.

Mesra pengguna

eToro sangat komited untuk memberikan kefahaman kepada pelanggannya di serata dunia, laman web eToro tersedia dalam 13 bahasa antaranya:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Itali 
  • Bahasa Perancis
  • Bahasa Sepanyol
  • Bahasa Arab
  • Bahasa Rusia
  • Bahasa Inggeris

Oleh itu, anda tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan maklumat yang tepat mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh eToro. Selain itu, eToro turut mengemaskini blog mereka dengan pelbagai berita terkini mengenai firma mereka dan penambahbaikan servis dari semasa ke semasa.

Anda juga boleh berkomunikasi dengan eToro menggunakan media sosial seperti Facebook, Twitter dan Reddit untuk mendapatkan lebih maklumat atau berdiskusi bersama rakan-rakan pelabur eToro yang lain.

Aplikasi eToro turut diperkenalkan di Google Play untuk memudahkan pelanggan mereka mendapatkan maklumat pelaburan terkini serta menjalankan aktiviti dagangan matawang kripto mereka terutamanya.

 

Copyright © 2017 - 2018. All rights reserved.