Yandex

Exchanges

Aug 26, 2018 Shahirah Pertukaran Views: 16

EXMO

0 (0 Review)
Compare with:
Nama saya

EXMO

Market
Price
Open 24H
Range 24H
Vol. 24H
% CH
Market
Type
Price
Quantity
Total
Id

Please login or create an account if you do not have a one yet to be able to post your review.

Exmo adalah sebuah syarikat yang diasaskan oleh Ivan Petukhovsky pada tahun 2013. EXMO menawarkan tiga produk utama iaitu kewangan, dagangan dan fungsi API. Untuk dagangan dan pertukaran matawang kripto, EXMO beroperasi di hampir 220 buah negara di serata dunia.

Syarikat EXMO Finance LLP mempunyai ibu pejabat di Polegate, England dan menyokong beberapa matawang fiat seperti USD, EUR, UAH, RUB, dan enam lagi matawang utama dunia. Apabila anda melawat ke laman web utama EXMO, anda akan dapat lihat carta harga pasaran terkini BTC secara harian, mingguan, bulanan dan tahunan.

Jika anda ingin menggunakan platform EXMO, anda dinasihatkan untuk membuat pengesahan akaun walaupun ia bukanlah satu mandatori. Hal ini kerana dengan melakukan pengesahan akaun, anda akan mendapat akses kepada beberapa pilihan tambahan seperti pilihan perkhidmatan pindahan bank yang lebih luas, pilihan sistem pembayaran dan juga kebolehan untuk membuat pengeluaran terus USD dan EUR ke dalam kad bank anda.

Kaedah pembayaran

Kaedah pembayaran yang disediakan oleh EXMO adalah menggunakan pindah kawat dan matawang kripto. Anda boleh mendepositkan nilai matawang fiat dan kripto ke dalam akaun EXMO tetapi pengeluaran hanya boleh dibuat menggunakan matawang kripto sahaja.

Terdapat lebih daripada 20 matawang kripto yang disenaraikan dan diterima oleh EXMO termasuklah token BTC, LTC, DOGE, DASH dan ETH.

  • Deposit

Had minimum deposit matawang kripto adalah serendah 0.00000001 BTC sahaja dan tiada had maksimum ditetapkan. Bagi matawang fiat, tiada maklumat lanjut yang diperoleh daripada pihak EXMO.

  • Pengeluaran

Had minimum pengeluaran bagi matawang kripto utama yang disenaraikan oleh EXMO adalah seperti berikut:

  • DOGE: 10
  • LTC: 0.5
  • BTC: 0.01
  • DASH: 0.1
  • ETH: 0.1

Caj dan yuran perkhidmatan yang dikenakan

EXMO mengenakan beberapa caj utama untuk perkhidmatan yang disediakan iaitu caj dagangan, caj deposit dan caj pengeluaran.

  • Caj dagangan

Caj dagangan ini terpakai pada pihak pembeli sahaja di mana sebanyak 0.2% akan ditolak daripada nilai belian akhir yang dipersetujui. Ini bermakna anda akan memperoleh hanya 80% daripada jumlah aset yang dibeli.

  • Caj deposit

Caj deposit adalah caj yang dikenakan kepada nilai deposit yang dimasukkan ke dalam akaun EXMO dan setiap jenis token dan matawang fiat yang dikenakan menggunakan kadar yang berbeza. Seperti contoh, matawang kripto yang utama seperti yang telah disebutkan sebelum ini tidak dikenakan sebarang caj.

Bagi matawang fiat seperti USD, EUR dan sebagainya, kadar caj yang dikenakan bergantung kepada kaedah pembayaran yang digunakan. Seperti contoh, gerbang pembayaran seperti Skrill, Payeer dan Neteller, kaedah pindah kawat secara percuma dan VISA/ Mastercard pula dicaj sebanyak 6% daripada jumlah deposit.

  • Caj pengeluaran

Bagi caj pengeluaran pula, caj yang dikenakan adalah pada kadar tetap yang berbeza mengikut token yang dikeluarkan. Seperti contoh, matawang kripto BTC dikenakan caj sebanyak 0.0005, ETH sebanyak 0.01 dan sebagainya.

Anda boleh lihat senarai penuh kadar yang dikenakan untuk caj deposit dan pengeluaran di pautan Fees & Limits pada bahagian bawah laman web. Di samping itu, EXMO turut mengenakan had kuantiti, nilai untuk jualan dan belian bagi pasangan matawang kripto dan matawang fiat.

Oleh itu, anda perlulah mempunyai keupayaan menyediakan sekurang-kurangya nilai dan kuantiti minimum yang ditetapkan oleh EXMO sebelum berdagang menggunakan platform ini.

Ciri-ciri keselamatan platform EXMO

Laman web EXMO dilengkapi dengan enkripsi SSL untuk melindungi maklumat yang diberikan oleh pengguna dalam laman web EXMO. Selain itu, EXMO mempunyai beberapa ciri keselamatan seperti 2 Factor Authentication, Trusted IP dan beberapa polisi penting untuk menjamin keselamatan dan kepentingan kedua-dua belah pihak.

2 Factor Authentication menggunakan kata laluan yang diberikan melalui nombor telefon dan kata laluan praset manakala Trusted IP pula adalah satu tetapan di mana anda boleh memasukkan alamat-alamat IP tertentu sahaja yang boleh digunakan untuk log masuk ke akaun anda.

Di samping itu, EXMO mengamalkan beberapa polisi penting yang membezakan platform dagangan ini dengan platform dagangan matawang kripto yang lain iaitu:

  • Perjanjian Pengguna

Perjanjian Pengguna berfungsi menerangkan hak pengguna serta undang-undang yang terpakai semasa menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak EXMO. Anda boleh mendapatkan perjanjian ini di bahagian “EXMO legal documents”.

  • Polisi Pencegahan Penggubahan Wang Haram/ Kenali Pelanggan Anda

Polisi ini adalah antara usaha yang diambil oleh EXMO untuk memastikan pihaknya tidak terlibat atau membantu mana-mana kegiatan yang melanggar undang-undang. Oleh yang demikian, EXMO turut mematuhi undang-undang tempatan dan antarabangsa dengan melaksanakan prosedur dalaman untuk mengelakkan pelaburan wang haram, pembiayaan keganasan, dan mana-mana kegiatan yang mencurigakan daripada penggunanya.

Antara prosedur yang dijalankan adalah prosedur pengesahan, pegawai pelaksana, melakukan pemantauan transaksi dan penilaian risiko.

  • Polisi Privasi

Polisi Privasi pula memberikan lebih pencerahan mengenai jenis-jenis maklumat yang dikumpul, disimpan dan diproses oleh pihak EXMO secara amnya.

Ciri-ciri tambahan EXMO

Platform Exmo tidak menyediakan akaun demo percuma kepada penggunanya. Walau bagaimanapun, EXMO mencadangkan supaya anda berdagang dengan nilai minimum terendah iaitu $1.

Selain itu, EXMO turut mempunyai beberapa dokumentasi API yang boleh digunapakai seperti yang berikut:

  • Public API
  • Authenticated API
  • Excode API
  • Wallet API

Selain itu, EXMO mempunyai satu pasukan khas untuk menyiasat dan membantu para penggunanya yang tersalah hantar bitcoin ke alamat lain. Ini adalah berdasarkan polisi Cross-Chain Recovery Policy yang diamalkan dengan beberapa syarat. Yang pertama, ia hanya melibatkan wang deposit yang bernilai lebih daripada USD 100,000 pada waktu tersebut dan laporan dibuat dalam 30 hari perbankan.

Anda juga akan dikenakan yuran sebanyak 0.05 BTC sebagai bayaran. Siasatan akan dimulakan setelah anda memasukkan 0.05 BTC ke dalam akaun anda.  Sekiranya proses tersebut berjaya, nilai tersebut akan ditolak. Namun, polisi ini hanya terpakai untuk matawang kripto yang diselia dan tersenarai dalam EXMO sahaja.

Sokongan dan Bantuan EXMO

EXMO mempunyai satu ruang sokongan khas yang merangkumi tajuk-tajuk asas dalam matawang kripto seperti cara berdagang, keselamatan, perihal deposit serta pengeluaran. Penjelasan yang ringkas dan padat sangat membantu terutamanya jika anda merupakan pedagang matawang kripto kali pertama atau baru berjinak dalam dunia kripto.

Tambahan pula, EXMO turut menyediakan bantuan atas talian yang beroperasi 24/7 untuk anda dapatkan bantuan dan jawapan kepada semua persoalan anda.

Pengalaman pengguna

Laman web EXMO tersedia dalam hampir lebih kurang 8 bahasa utama dunia sejajar dengan status operasinya di lebih 220 buah negara. Anda juga boleh berinteraksi dan mendapatkan berita terkini mengenai EXMO dan perkhidmatan dagangannya melalui beberapa akaun sosial media seperti Facebook, Twitter, dan Telegram. Buat masa ini, EXMO masih belum mengeluarkan aplikasi telefon pintar dan merancang untuk mengeluarkannya dalam masa terdekat.

Share

;

Copyright © 2017 - 2018. All rights reserved.