Yandex

Exchanges

Score

0 (0 Reviews)
Jun 24, 2018 Shahirah Pertukaran
Nama saya
    FXTM

FXTM adalah satu platform broker di mana ia menyediakan lebih daripada lima produk perdagangan CFD dan pelaburan seperti Forex iaitu perdagangan matawang asing, perdagangan bahan asli, CFD komoditi, CFD ETF dan Indeks dan CDF matawang kripto. Syarikat FXTM sudah bertapak lebih daripada 7 tahun dan diasaskan oleh Andrey Dashin.

Kesemua perkhidmatan perdagangan yang ditawarkan adalah terbuka kepada semua negara kecuali Jepun, Quebec, USA, dan negara-negara dalam lingkungan Ekonomi Eropah. FXTM atau nama lainnya i ForexTime menyokong penggunaan matawang fiat seperti USD, EUR, ZAR, CAD dan tambahan 16+ matawang lain.

Kaedah pembayaran

                Oleh kerana FXTM menyokong penggunaan matawang fiat pelbagai negara, pedagang FXTM boleh menggunakan pelbagai kaedah seperti Wire Transfer, VISA, Mastercard, Moneybooker dan sebagainya untuk menjalankan urusniaga dengan pedagang lain.

                Bagi wang deposit pula, anda boleh menggunakan kad kredit atau kad debit, Bank Wire atau Moneybookers. Untuk melakukan deposit kali pertama, anda perlu memberikan salinan kad kredit anda pada bahagian depan dan belakang tetapi hanya menunjukkan 4 digit belakang sahaja. Dan terdapat lebih banyak kaedah pengeluaran yang tersedia. Namun kaedah yang berbeza memerlukan tempoh masa yang berlainan untuk diproses seperti Bank Wire memerlukan 3 hingga 5 hari bekerja, kad kredit dan kad debit memerlukan sehingga 10 hari bekerja tetapi dompet atas talian memerlukan satu hari bekerja sahaja. Pilihan kaedah pengeluaran adalah Weboney, PM, Neteller, Skrill dan banyak lagi.

                Bagi jumlah minimum dan maksimum wang deposit yang boleh dimasukkan, deposit memerlukan sekurang-kurangnya $100 dan tiada nilai maksimum ditetapkan. Untuk pengeluaran pula, tiada nilai minimum ditetapkan dan nilai maksimum adalah sebanyak $10,000.

Yuran dan keuntungan FXTM

                Yuran yang ditetapkan oleh FXTM adalah dalam matawang USD sahaja dan ianya berbeza mengikut matawang fiat yang ingin ditukarkan iaitu terdiri daripada USD, EUR, GBP dan NGN. Daripada aktiviti pertukaran wang yang dijalankan, nilai penyebaran atau “spread” hanyalah satu peratus sahaja. Ini bermaksud anda akan memperoleh nilai yang sebenar, sama dengan nilai pasaran semasa. Leverage perdagangan yang ditawarkan oleh FXTM juga adalah dalam julat yang sangat besar iaitu 1:1000 namun anda harus berhati-hati kerana anda berisiko untuk kehilangan wang anda.

Keselamatan Platform dan dana FXTM

                Platform FXTM dilengkapi dengan enkripsi SSL di laman webnya dan mengurangkan risiko maklumat anda terdedah kepada pihak ketiga. Selain itu, akaun FXTM juga menggunakan 2 Factor- Authentication. Jika itu tidak memadai, FXTM turut memberikan pilihan Multi-Factor Authentication yang memberikan lebih ciri keselamatan untuk matawang digital anda.

                Dana anda juga dilindungi dengan langkah-langkah pengasingan yang diambil oleh pihak FXTM iaitu dengan meletakkan dana anda dalam bank-bank terkemuka EU, melakukan kerjasama dengan bank lain dalam mengawalselia deposit dan pengeluaran wang anda. Apa yang penting, FXTM adalah syarikat operasi yang diyakini dan bertauliah kerana dikawalselia oleh badan-badan kewangan antarabangsa seperti CySEC dan IFSC.

Ciri-ciri tambahan FXTM

                Dengan menggunakan platform pertukaran dan perdagangan FXTM, anda turut diberikan alat-alat pengurusan risiko untuk memastikan anda berada di jalan yang benar dan tidak merugikan diri sendiri. Selain itu, anda turut diberikan ruang dan peluang untuk menggunakan akaun demo secara percuma untuk memastikan anda dapat menyesuaikan diri dan mengikuti rentak pasaran perdagangan dan pertukaran matawang kripto.

                Paling menarik adalah pilihan untuk “copy-trading” di mana anda boleh mengikuti pakar pelaburan dalam strategi tertentu dalam melakukan aktiviti perdagangan mereka di platform ini. FXTM tidak mempunyai sebarang API tersedia.

Bantuan dan sokongan

                Sebagai syarikat perdagangan yang bagus, FXTM turut menyediakan pelbagai bantuan dan sokongan atas talian untuk kemudahan pelanggan mereka. Mereka mempunyai laman sokongan dan dan bersedia untuk membantu anda dengan perkhidmatan sokongan 24/7 melalui laman web mereka.

Mesra pengguna

                FXTM turut tersedia dalam lebih 15 bahasa dunia dan dalam bentuk aplikasi telefon pintar Android dan Apple sahaja. Untuk memberikan anda lebih informasi, FXTM turut mengendalikan blog di mana anda boleh mendapatkan berita terkini berkaitan FXTM dan platform mereka.

Please login or create an account if you do not have a one yet to be able to post your review.

Market
Type
Price
Quantity
Total
Id
Market
Price
Open 24H
Range 24H
Vol. 24H
% CH

Copyright © 2017 - 2018. All rights reserved.