Yandex

Exchanges

Score

0 (0 Reviews)
Unique Views - 4
Aug 11, 2018 Shahirah Pertukaran
Nama saya
    Gemini

Jika anda ingin berdagang matawang kripto dalam kuantiti yang besar menggunakan platform yang teratur, berstruktur dan selamat.. Gemini adalah jawapan anda. Gemini adalah milik syarikat Gemini Trust Company, LLC yang dibangunkan pada tahun 2015. Dengan slogan “Keselamatan, Kecairan, Kepercayaan”, Gemini yang diasaskan oleh Cameron dan Tyler Winklevoss adalah antara platform dagangan yang bagus.

Fungsi dan operasi

Gemini mempunyai dua fungsi utama iaitu sebagai penjaga aset digital yang berlesen kepada badan-badan korporat serta menjadi platform dagangan matawang kripto di Amerika Syarikat kecuali di Arizona dan Hawaii serta beberapa buah negara di dunia iaitu:

  • Canada
  • Hong Kong
  • Singapura
  • Korea Selatan
  • United Kingdom

 

Pendaftaran akaun

Gemini menawarkan dua jenis akaun yang boleh digunapakai oleh pelanggan mereka iaitu akaun peribadi dan akaun institusi. Akaun peribadi adalah untuk semua pelanggan biasa dan akaun institusi pula adalah untuk badan atau organisasi besar yang beroperasi sebagai pedagang aset digital.

Walau bagaimanapun, kedua-dua akaun memerlukan pengesahan dan mempunyai keperluan dokumen yang berbeza. Bagi pengesahan akaun peribadi, anda perlu memberikan salinan passport, dokumen bukti tempat tinggal dan sekurang-kurangnya berumur 18 tahun dan ke atas.

Perkhidmatan utama Gemini

  1. Pasaran dagangan Gemini

Apa yang menarik mengenai Gemini adalah ia mempunyai pasaran yang berjalan 24/7 kecuali tempoh masa penyelenggaraan tertentu yang akan dimaklumkan terlebih dahulu. Terdapat dua jenis buku pesanan yang membolehkan beberapa jenis pasangan matawang kripto didagangkan iaitu:

  • Buku pesanan secara berterusan – untuk kesemua pasangan matawang kripto
  • Buku pesanan secara lelong – untuk pasangan matawang fiat USD sahaja

Secara lelong bermaksud ia akan membuka ruang kecairan dan dapatan harga yang berbeza. Lelongan itu akan dianggap berjaya apabila harga yang diberikan itu menunjukkan agregat kuantiti dan harga yang hampir paling stabil iaitu mengurangkan ketidakseimbangan dalam pesanan jual dan beli secara lelong dan berterusan.

Platform Gemini menawarkan satu matawang fiat iaitu Dollar US, dan tiga matawang kripto iaitu BTC, ETH, ZEC. Di bawah adalah senarai pasangan matawang kripto dan matawang fiat yang ditawarkan di pasaran Gemini:

  • BTC/USD
  • ETH/USD
  • ZEC/USD
  • ETH/BTC
  • ZEC/BTC
  • ZEC/ETH

Gemini menggunakan prinsip “full reserve exchange” iaitu setiap pesanan yang dibuat di platform ini menggunakan dana sebenar yang telah didepositkan oleh pelanggan. Anda tidak dibenarkan untuk meletakkan buku pesanan yang nilainya melebihi daripada jumlah dana yang terdapat dalam akaun anda.

Jenis pesanan dan pelaksanaannya

Gemini menggunakan lebih kurang 5 jenis pelaksanaan pesanan di platform mereka. Dan terdapat beberapa situasi untuk menggunakan pelaksanaan tersebut yang diterangkan secara terperinci dalam laman web mereka. Anda mungkin mengenali jenis pesanan dan pelaksaan yang digunakan oleh Gemini seperti:

  • Market
  • Limit
  • Limit: Immediate-or-Cancel (IOC)
  • Limit: Maker-or-Cancel (MOC)
  • Limit: Auction-Only (AO) Limit
  • Limit: Indication of Interest (IOI)

 

  1. Perkhidmatan penyimpanan aset digital antarabangsa

Gemini juga adalah antara badan-badan yang diberikan tanggungjawab oleh New York State Department of Financial Services untuk menjadi penyimpan aset digital bagi pihak pelanggan mereka khususnya untuk akaun institusi. Oleh itu, terdapat dua jenis penyimpanan akaun di Gemini iaitu:

  • Akaun Jagaan yang Diasingkan (Segregated Custody Account)

Akaun institusi di mana pelanggannya adalah diwajibkan oleh undang-undang untuk mempunyai penjaga aset digital oleh penjaga yang berlesen/

  • Akaun Simpanan (Depository Account)

Secara automatik kepada semua pelanggan

 

Kaedah pembayaran

Terdapat dua jenis kaedah pembayaran yang digunakan di Gemini iaitu melalui pindah kawat dan matawang kripto. Untuk deposit dan pengeluaran, anda boleh menggunakan matawang fiat USD sahaja dan matawang kripto BTC, ETH, dan ZEC.

  • Had deposit

Jumlah minimum deposit yang ditetapkan adalah sekurang-kurangnya 10$ dan jumlah maksimum untuk deposit harian adalah sebanyak 500$ dan bulanan sebanyak 15,000$ untuk rakyat Amerika sahaja. Bagi pelanggan antarabangsa, tiada had ditetapkan.

  • Had pengeluaran

Tiada jumlah minimum ditetapkan dan had maksimum pengeluaran adalah sebanyak 10,000$ sahaja.

  • Had perdagangan

Had perdagangan bagi setiap matawang kripto adalah 0.00001 BTC, 0.001 ETH, dan 0.001 ZEC.

 

Caj perkhidmatan dan yuran yang dikenakan

Caj dagangan yang dikenakan kepada pelanggan Gemini adalah berdasarkan prinsip masa nyata dan maker-taker fee yang membolehkan pelanggan dicaj dengan caj yang rendah iaitu bermula daripada 0.1% sehingga 0% untuk ke semua dagangan yang dilakukan.

Caj dinamik ini ditentukan oleh jumlah pasangan matawang dagangan yang anda dagangkan dalam masa 30 hari. Kadar caj anda akan disemak pada setiap tengah malam dan kadar tersebut akan terpakai untuk kesemua dagangan yang akan dilakukan selepas itu.

  • Jadual kadar yuran

Caj yang dikenakan adalah dalam matawang USD dan berbeza mengikut peranan maker dan taker. Kebiasaannya, caj taker adalah lebih tinggi berbanding caj yang dikenakan kepada maker. Namun begitu, caj yang dikenakan masih dianggap agak rendah dan berbaloi iaitu 1.00% kepada maker dan taker dan akan berkurangan apabila jumlah dagangan pada bulan tersebut mencapai tangga baharu yang lebih tinggi iaitu sebanyak 25,000$ dan seterusnya.

  • Yuran deposit dan pengeluaran

Untuk deposit, tiada sebarang yuran tambahan dikenakan kecuali untuk matawang fiat yang mungkin akan dicaj oleh bank tempatan untuk pemprosesan pindah kawat. Bagi yuran pengeluaran pula, hanya pengeluaran matawang kripto dikenakan apabila anda telah melebihi had transaksi bulanan iaitu sebanyak 10 transaksi. Yuan yang dikenakan adalah sebanyak 0.002 BTC, 0.001 ETH, dan 0.002 ZEC.

 

Keselamatan platform Gemini

Langkah-langkah keselamatan yang diambil oleh Gemini adalah tinggi dari sudut perkhidmatan dan perlindungan akaun pelanggan. Seperti sedia maklum, Gemini dikawal selia oleh badan kewangan antarabangsa dan tempatan iaitu NYSDFS dan tertakluk kepada undang-undang New York Banking Law berkenaan pematuhan perbankan, modal simpanan dan risiko keselamatan siber.

Bagi keselamatan laman webnya, ia menggunakan teknologi enkripsi SSL dan 2-Factor Authentication menerusi aplikasi Authy yang boleh dimuat turun di telefon pintar masing-masing dan Multi-Factor Authentication untuk tahap akses pentadbirannya. Selain itu, keselamatan dana di Gemini dijamin dengan mengasingkan sejumlah besar dana dalam bentuk “cold storage” dan sebahagian kecil lagi secara atas talian.

 

Perkhidmatan tambahan Gemini

Gemini menyediakan beberapa alatan pengurusan risiko dan mempunyai dokumentasi API iaitu API awam dan juga API persendirian. API adalah satu cara di mana pihak peneraju memberikan peluang kepada semua untuk mendapatkan maklumat dan mereka aplikasi mereka sendiri.

API awam bertujuan memberikan maklumat pasaran seperti:

  • Buku pesanan semasa
  • Aktiviti dagangan terkini
  • Sejarah dagangan

Bagi API persendirian pula, ia bertujuan menguruskan pesanan dan dana yang dimiliki. Antara fungsinya adalah:

  • Membuat pesanan dan membatalkan pesanan
  • Melihat pesanan yang aktif
  • Sejarah dan jumlah dagangan
  • ]BaJumlsh dagangan

 

Bantuan dan sokongan Gemini

Gemini mempunyai satu pasukan bantuan khas yang bersedia menjawab persoalan dan menyelesaikan masalah anda. Pasukan bantuan Gemini bersifat 24/7 dan mereka juga mempunyai halaman bantuan untuk soalan-soalan lazim di mana ia merangkumi pelbagai topik menarik yang anda boleh ketahui.

Pengalaman pengguna

Laman web Gemini tersedia dalam Bahasa Inggeris sahaja. Tambahan pula, Gemini mempunyai blog dan beberapa laman media sosial seperti Twitter dan Facebook untuk anda berinteraksi dengan mereka atas talian. Buat masa sekarang, Gemini tidak mempunyai sebarang aplikasi telefon pintar.

Jika anda inginkan pengalaman yang menyeluruh dalam menjadi pedagang matawang kripto sepenuh masa atau dalam kuantiti yang besar menggunakan model pelaksanaan pesanan dan penyimpanan.

Please login or create an account if you do not have a one yet to be able to post your review.

Market
Type
Price
Quantity
Total
Id
Market
Price
Open 24H
Range 24H
Vol. 24H
% CH

Copyright © 2017 - 2018. All rights reserved.