Yandex

Exchanges

Aug 05, 2018 Shahirah Pertukaran Views: 26

HitBTC

Score

0 (0 Reviews)
Compare with:
Nama saya

HitBTC

Market
Price
Open 24H
Range 24H
Vol. 24H
% CH
Market
Type
Price
Quantity
Total
Id

Please login or create an account if you do not have a one yet to be able to post your review.

HitBTC

HitBTC adalah satu platform perdagangan yang diasaskan di Estonia pada tahun 2013. HitBTC tidak menggunakan sebarang matawang fiat dan hanya menerima token BTC. Para pelanggan boleh membeli token BTC melalui pembelian Visa dengan menggunakan ejen Changelly jika ingin menggunakan matawang fiat.

HitBTC menyediakan pasaran dagangan matawang kripto, hampir 300 pasangan token kesemuanya berdasarkan empat token matawang kripto iaitu BTC, ETH, dan USDT. Prinsip utama syarikat HIT Solution Limited adalah mengamalkan pengasingan dana secara luar talian yang diterima daripada pelanggan mereka.

Selain itu, HitBTC berusaha untuk menjadi platform yang fleksibel. Jika berlaku sebarang pencapahan token, anda berpeluang untuk mendapatkan token tersebut apabila anda menepati syarat-syarat yang ditetapkan seperti mempunyai token tersebut dalam akaun pada jumlah tertentu.

Kaedah pembayaran

Kaedah pembayaran yang disyorkan untuk HitBTC adalah melalui pindah kawat, kad debit dan kad kredit, serta matawang kripto. Dan, HitBTC tidak menetapkan sebarang amaun minimum dan maksimum untuk deposit dan pengeluaran.

Caj perkhidmatan yang dikenakan dan keuntungan yang diperoleh

Caj yang dikenakan termasuklah caj deposit, caj pengeluaran dan caj dagangan. Kesemua caj ini dikenakan oleh HitBTC untuk memastikan pihak mereka dapat menguruskan akaun anda dengan baik. Selain daripada caj perkhidmatan, anda juga berpeluang untuk mendapatkan diskaun semula apabila anda melakukan pesanan.

  • Caj deposit

Caj deposit adalah caj tetap iaitu sebanyak 0.0006 BTC untuk satu transaksi.

  • Caj pengeluaran

Caj pengeluaran pula adalah berbeza bergantung kepada jenis-jenis token yang berada dalam akaun anda. Anda boleh semak semua caj pengeluaran yang dikenakan di laman web rasmi HitBTC.

  • Caj maker dan trader

Caj yang dikenakan adalah sama iaitu sebanyak 0.1%. Namun begitu, anda boleh mendapatkan rebat sebanyak 0.1% jika anda meletakkan pesanan kurang daripada had buku pesanan yang dicipta. Seperti contoh, had buku pesanan adalah 10,000. Jika anda membuat pesanan sebanyak 9,950, anda akan mendapat rebat semula daripada baki pesanan yang masih kosong tadi.

Kadar spread pula adalah sebanyak 0.1% daripada nilai asal dagangan.

Ciri-ciri keselamatan HitBTC

HitBTC mempunyai beberapa aspek keselamatan yang dititikberatkan seperti perlindungan maklumat pelanggan, keselamatan laman web daripada ancaman luar dan keselamatan akaun pelanggan. Oleh itu, HitBTC dilengkapi dengan enkripsi laman web SSL serta mematuhi panduan General Data Protection Regulation (GDPR) berkenaan had maklumat yang diterima, disimpan yang perlu dilindungi dan dikawal penggunaannya.

Untuk keselamatan akaun, HitBTC menggunakan 2 Factor Authentication dan beberapa alatan keselamatan yang lain seperti:

  • notifikasi melalui emel jika terdapat log masuk menggunakan IP baharu
  • pilihan untuk menamatkan semua sesi di komputer lain
  • log keluar secara automatik
  • Sejarah aktiviti akaun
  • Senarai alamat pengeluaran (untuk mengelakkan transaksi ke alamat yang tidak diketahui)

Ciri-ciri tambahan HitBTC

HitBTC memberikan peluang kepada orang luar untuk mencuba perkhidmatan yang ditawarkan oleh HitBTC dengan akaun demo percuma. Selain itu, HitBTC turut mempunyai dokumentasi API yang terbahagi kepada dua kategori iaitu Fix API dan REST API. Dan anda juga digalakkan untuk menggunakan versi API yang terbaharu iaitu APIv2.

Di samping itu, HitBTC turut menawarkan perkhidmatan pemulangan token yang tersalah alamat penghantaran. Anda hanya perlu maklumkan kepada pihak HitBTC dan jika mereka berasa kes tersebut mampu diselesaikan, anda akan mendapat semula token anda dalam masa 3 bulan dan caj sebanyak 100$ dikenakan.

Terdapat banyak lebih 500 alatan dagangan yang disediakan oleh HitBTC yang boleh digunakan oleh pedagang termasuklah:

  • Carta dagangan masa nyata
  • Buku pesanan
  • Instrumen untuk beberapa pasangan dagangan
  • Ringkasan pasaran seperti spread pasaran, kedalaman dan aktiviti pasaran

Bantuan dan sokongan

HitBTC menyediakan platform sokongan yang lengkap kerana ia mempunyai pasukan perkhidmatan pelanggannya di mana mereka bersedia untuk membantu anda 24/7 dan menyediakan FAQ yang bagus. Oleh itu, jika anda terdapat apa-apa persoalan, anda boleh menghantar emel atau menyemak di FAQ di halaman sokongan.

Pengalaman pengguna

Laman web HitBTC tersedia dalam empat bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Korea, Bahasa Jepun, dan Bahasa Cina. HitBTC juga antara platform dagangan matawang kripto yang aktif kerana mereka mempunyai kesemua akaun media sosial semasa seperti Facebook, Twitter, Reddit dan juga blog mereka sendiri.

Namun begitu, mereka masih tidak mempunyai aplikasi telefon pintar buat masa sekarang. Jika anda merupakan seorang pedagang baharu dalam dunia matawang kripto, anda boleh mencuba platform HitBTC kerana ia mempunyai petua-petua dagangan, pasukan sokongan yang baik dan tahap keselamatan yang boleh diharapkan.

Copyright © 2017 - 2018. All rights reserved.