Yandex

Kraken

Score

0 (0 Reviews)
Jun 03, 2018 Shahirah Pertukaran
Nama saya
    Kraken

Kraken

                Kraken adalah satu platform perdagangan yang menawarkan perkhidmatan pertukaran matawang fiat dan matawang kripto secara terus. Kraken memberikan peluang kepada pedagang untuk menukarkan matawang fiat kepada matawang kripto atau matawang kripto ke matawang kripto yang lain. Kraken adalah jenama syarikat Payward.Inc yang ditubuhkan oleh Jesse Powel pada tahun 2011.

                Senarai matawang fiat yang boleh didagangkan adalah US Dollar, Canadian Dollar, Japanese Yen, dan EUR. Umum diketahui bahawa Kraken adalah antara platform terbesar dan sangat diminati untuk perdagangan matawang kripto Bitcoin, Ethereum, Litecoin, Bitcoin Cash dan beberapa altcoins yang lain. Walau bagaimanapun, Kraken tidak menyediakan sebarang akaun demo percuma sebagai percubaan.

Jenis dagangan yang ditawarkan

Kraken menawarkan dua jenis perdagangan iaitu “spot exchange” dan “currency pair trading” (perdagangan pertukaran matawang). Spot exchange adalah pertukaran antara matawang di mana anda perlu mendepositkan sejumlah wang untuk ditukarkan ke matawang yang lain.

Seperti contoh, jika anda mahukan matawang kripto Bitcoin menggunakan US Dollar, anda perlu mendepositkan dana dalam US Dollar untuk ditukarkan kepada matawang Bitcoin. Setelah selesai pertukaran matawang, anda boleh mengeluarkan semula lebihan dana tersebut termasuklah Bitcoin anda.

 Perdagangan pertukaran matawang kripto berfungsi seperti pasaran saham forex di mana anda boleh memilih satu posisi yang lebih besar daripada jumlah dana di akaun anda. Menggunakan formula “leverage” yang bermaksud kebolehan untuk mempengaruhi satu sistem untuk melipatgandakan hasil tanpa meningkatkan penggunaan sumber.

Oleh kerana anda menggunakan dana yang dipinjam, anda tidak perlu mempunyai jumlah dana sebenar, tetapi anda perlu menetapkan tempoh masa sama ada panjang atau pendek sebelum menghentikan aktiviti perdagangan anda. Namun begitu, jenis perdagangan leverage sesuai dilakukan untuk jangka masa pendek sahaja.

Pertukaran matawang yang ditawarkan untuk aktiviti dagangan ini adalah semua matawang fiat dengan beberapa matawang kripto terpilih. Nilai leverage bermula daripada x0.5 sehinggalah x0.2. x0.2 bermaksud anda akan memperoleh ½ daripada nilai yang didagangkan.

Kaedah deposit Kraken

Terdapat empat kaedah utama untuk mendepositkan matawang fiat dan matawang kripto ke dalam akaun Kraken iaitu melalui perpindahan wayar (wire transfer) untuk Amerika Syarikat, perpindahan bank untuk SEPA (Single Euro Payment Area), Canadian Dollar (CD) dan SWIFT International Wire Transfer. Kaedah yang sama juga boleh digunakan untuk pengeluaran keuntungan.

Untuk deposit, nilai deposit paling minimum adalah sebanyak 100$ manakala nilai maksimum deposit bergantung kepada tahap verifikasi akaun. Untuk akaun asas, anda hanya perlu memberikan maklumat asas seperti nama dan alamat. Untuk akaun “advanced”, maklumat yang diperlukan termasuklah gambar kad pengenalan dan bukti tempat tinggal. Nilai minimum pengeluaran adalah sebanyak 5$ dan boleh dilakukan dengan mana-mana jenis matawang yang tersedia.

Yuran perkhidmatan yang dikenakan

Pihak Kraken akan mengenakan yuran untuk setiap dagangan dan jadual yuran adalah berdasarkan peringkat yang berbeza iaitu lebih banyak nilai yang didagangkan, lebih rendah yuran yang dikenakan.

Terdapat tiga cara pengiraan yuran yang digunakan oleh Kraken iaitu:

  1. Peratus “trade quote currency volume”
  2. Nilai asas matawang
  3. “Fee volume currency”

Untuk “fee volume currency”, ia dikira mengikut nilai pasaran semasa dan tidak semestinya dalam matawang yang didagangkan. Kadar tersebut selalunya boleh digunapakai untuk dagangan dalam tempoh 30 hari.

Bagi tahap yuran pula, ia bermula serendah 0.16% untuk “maker” iaitu pihak yang memulakan pertukaran matawang dan 0.26% dikenakan untuk “taker” iaitu orang yang menerima tawaran tersebut dan berakhir dengan 0% untuk “maker” dan 0.1% untuk “taker”.

Ciri-ciri keselamatan Kraken

                Kraken mempunyai tiga ciri-ciri keselamatan utama untuk aktiviti pertukaran matawangnya adalah “Two-Factor Authentication” untuk log masuk akaun, aktiviti pemberian dana, perdagangan, dan aktiviti yang boleh dilakukan menggunakan API, “Master Key” untuk proses pemulihan akaun jika berlaku kejadian yang tidak diingini. “Pretty Good Privacy” (PGP) pula untuk enkripsi dan pengesahan emel.

                Selain itu, Kraken mengamalkan amalan perniagaan yang menyokong pemeliharaan dana pedagangnya iaitu mengasingkan dana dalam akaun bank yang berbeza dengan akaun operasi, dana dipindahkan setiap hari dan tidak boleh dipinjam atas apa jua keadaan untuk operasi, pinjaman, atau dagangan margin di platform sendiri.

                Untuk perlindungan data dan maklumat operasi dan pelanggan mereka, mereka menggunakan perkhidmatan Cloudflare sebagai pendinding untuk sebarang Distributed Denial of Service terutamanya.

API dan SSL

                Kraken menggunakan API iaitu “Application Programming Interface” iaitu satu set peraturan untuk memberikan panduan interaksi satu aplikasi dengan aplikasi yang lain. Untuk aktiviti perdagangan dan pertukaran matawang, API membolehkan anda untuk menukar maklumat bagi mendapatkan data pasaran secara langsung, meletakkan pesanan, melihat transaksi lepas dan menjalankan aktiviti pengeluaran.

                Terdapat dua jenis maklumat yang boleh didapati menggunakan API iaitu maklumat pasaran terbuka seperti pasangan aset yang boleh didagangkan dan harga OHLC dan maklumat persendirian atau “private data” seperti sejarah dagangan dan baki akaun dagangan.

                Di samping itu, Kraken menggunakan protokol SSL untuk memastikan segala maklumat yang diberikan dalam laman web dilindungi dan mempunyai sambungan yang dienkripsi. Oleh itu, anda tidak perlu risau akan sebarang risiko pembocoran maklumat oleh pihak ketiga atau pihak yang tidak bertanggungjawab.

                Kraken turut menyediakan perkhidmatan sokongan untuk meningkatkan pengalaman dan pengetahuan penggunaan platform mereka bagi mendapatkan lebih keuntungan. Anda juga tidak perlu risau kerana Kraken turut menyediakan alat-alat pengurusan risiko untuk anda merancang aktiviti dagangan anda.

Please login or create an account if you do not have a one yet to be able to post your review.

Market
Type
Price
Quantity
Total
Id
Market
Price
Open 24H
Range 24H
Vol. 24H
% CH

Copyright © 2017 - 2018. All rights reserved.

", "logo": "https://my.cryptoversal.com/storage/", "url": "https://my.cryptoversal.com/exchanges/kraken" }