Yandex

Exchanges

Jul 29, 2018 Shahirah Pertukaran Views: 16

Kuna Exchange

Score

0 (0 Reviews)
Compare with:
Nama saya

Kuna Exchange

Market
Price
Open 24H
Range 24H
Vol. 24H
% CH
Market
Type
Price
Quantity
Total
Id

Please login or create an account if you do not have a one yet to be able to post your review.

Kuna Exchange adalah satu platform yang sangat mudah dan ringkas jika anda ingin menjalankan perdagangan pelbagai matawang kripto. Kuna Exchange dimiliki oleh KUNA Bitcoin Agency dan diasaskan oleh Mike Chobanyan pada tahun 2014. Mempunyai ibu pejabat di Kyiv, Ukraine, ia menggunakan matawang fiat UAH sebagai matawang fiat tunggal.

Platform Kuna Exchange boleh digunakan di mana-mana negara kecuali di Amerika Syarikat. Kuna Exchange menawarkan 2 jenis akaun premium selain daripada akaun biasa iaitu akaun Exchanger dan akaun ProExchanger.

  • Akaun Exchanger

Langganan sebanyak 10 KUN dikenakan pada setiap bulan. Caj penjual atau pembuat pesanan (maker) adalah percuma dan caj pembeli (taker) adalah 0.25% daripada nilai dagangan. Had pengeluaran juga dikurangkan.

  • Akaun ProExchanger

Jika anda adalah pedagang matawang kripto yang tegar, anda boleh melanggan akaun premium ini pada harga 20 KUN setiap bulan. Caj maker adalah percuma dan caj taker adalah sebanyak 0.125% sahaja. Selain itu, tiada had pengeluaran ditetapkan dan anda juga akan diberikan panduan dan sokongan persendirian daripada pihak Kuna Exchange.

Kaedah pembayaran

Kaedah pembayaran yang digunakan adalah menggunakan pindah kawat dan matawang kripto sahaja. Bagi deposit, anda boleh menggunakan matawang fiat UAH dan matawang kripto. Dan bagi pengeluaran pula, anda boleh menggunakan kaedah pindahan matawang kripto dan matawang fiat UAH sahaja.

  • Deposit

Nilai deposit minimum yang ditetapkan adalah bergantung kepada jenis matawang kripto yang digunakan. Terdapat lebih daripada 10 jenis altcoin yang dibenarkan dan anda boleh semak di laman web rasmi Kuna Exchange untuk maklumat yang lebih terperinci. Nilai deposit bermula daripada nilai 0.001 dan tiada nilai maksimum ditetapkan.

  • Pengeluaran

Kaedah pengeluaran adalah menggunakan matawang kripto dan matawang fiat UAH sahaja. Tiada nilai minimum dan maksimum ditetapkan oleh pihak Kuna Exchange kecuali had transaksi pengeluaran bulanan.

Caj perkhidmatan yang dikenakan

Terdapat tiga jenis caj perkhidmatan iaitu caj deposit matawang fiat, caj pengeluaran matawang kripto dan caj dagangan.

  • Caj deposit

Caj deposit dikenakan untuk matawang fiat sahaja iaitu sebanyak 1% daripada nilai deposit + 5 UAH. Walaupun tiada caj dikenakan untuk matawang kripto, anda perlu mematuhi nilai minimum deposit yang berbeza mengikut matawang. Jika kurang daripada nilai yang diberikan, anda tidak boleh mendepositkan matawang anda.  

  • Caj pengeluaran

Caj pengeluaran bagi matawang fiat adalah sebanyak 1% daripada jumlah pengeluaran dan haruslah melebihi 100 UAH dalam satu transaksi. Caj pengeluaran matawang kripto adalah berbeza mengikut jenis matawang kripto. Bagi BTC, BCH dan LTC, caj yang dikenakan adalah sebanyak 0.001. Anda boleh semak di laman web Kuna Exchange bagi mengetahui caj yang dikenakan kepada matawang lain.

  • Caj dagangan

Caj dagangan yang dikenakan bagi akaun biasa adalah 0.25% untuk maker dan taker dalam satu pesanan. Namun, caj akan dikurangkan sehingga 0.125% apabila anda melanggan pakej akaun premium yang ditawarkan secara bulanan.

Ciri-ciri keselamatan Kuna Exchange

Kuna Exchange menggunakan 2 Factor Authentication sebagai ciri keselamatan utama akaun matawang kripto anda. Selain itu, laman web rasminya turut dilengkapi dengan teknologi enkripsi SSL. Namun begitu, Kuna Exchange tidak dikawal selia oleh mana-mana badan antarabangsa kewangan dan pelaburan seperti CySEC dan CNMV. Oleh itu, anda tidak disarankan untuk berlabur dan berdagang dengan nilai yang banyak di platform Kuna Exchange.

Ciri-ciri tambahan Kuna Exchange

Seperti yang disebut pada awal-awal tadi, Kuna Exchange adalah satu platform pertukaran yang sangat ringkas dan mudah untuk diuruskan. Dengan ciri yang mudah difahami, Kuna Exchange tidak menyediakan sebarang akaun demo percuma.

  • Alatan pengurusan risiko

Namun begitu, Kuna Exchange mempunyai alatan pengurusan risiko dengan memaparkan pasaran dagangan pada masa nyata. Jadi, anda boleh mendapatkan sohor kini dengan tepat untuk membantu anda membuat keputusan dengan bijak.

  • API

Kuna Exchange memberi peluang kepada pelanggannya untuk menggunakan ciri Kuna Exchange dalam aplikasi mereka dengan dokumentasi API yang disediakan. Terdapat dua jenis API iaitu kaedah awam dan kaedah pengguna. Anda boleh layari halaman API di laman web rasmi Kuna Exchange untuk maklumat lanjut dan perkhidmatan yang disediakan.

Selain itu, Kuna turut menawarkan perkhidmatan pemulihan dan pemulangan matawang kripto jika anda tersalah alamat deposit. Namun, caj yang dikenakan adalah agak tinggi iaitu sekurang-kurangnya 100$ atau 10% daripada nilai yang dituntut.

Sokongan dan bantuan

Kuna Exchange amat mengalu-alukan pertanyaan dan persoalan anda melalui emel kepada mereka. Selain itu, Kuna Exchange turut mempunyai halaman forum dan diskusi di mana ramai pengguna Kuna Exchange boleh mendapatkan jawapan kepada permasalahan anda. Namun begitu, anda hanya boleh dapatkan bantuan mereka pada hari dan waktu bekerja sahaja.

Pengalaman pengguna

Laman web Kuna Exchange hanya tersedia dalam tiga bahasa utama dunia iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Rusia dan Bahasa Cina. Namun, kebanyakan halaman masih dalam bahasa Rusia. Kuna Exchange mempunyai akaun media sosial Twitter dan Facebook di mana anda boleh berinteraksi dengan mereka pada bila-bila masa.

Walau bagaimanapun, Kuna Exchange masih tidak mempunyai aplikasi telefon pintar sendiri tetapi anda boleh layari laman web Kuna Exchange dengan paparan mudah untuk telefon pintar.

Secara  keseluruhannya, Kuna Exchange amat sesuai jika anda ingin berdagang menggunakan matawang kripto selain Bitcoin dan matawang kripto popular yang lain.

Copyright © 2017 - 2018. All rights reserved.