Yandex

Exchanges

Jul 01, 2018 Shahirah Pertukaran Views: 21

LocalBitcoins

0 (0 Reviews)
Nama saya

LocalBitcoins

Market
Price
Open 24H
Range 24H
Vol. 24H
% CH
Market
Type
Price
Quantity
Total
Id

Please login or create an account if you do not have a one yet to be able to post your review.

LocalBitcoins adalah satu platform mudah untuk pedagang di serata dunia untuk melakukan perdagangan dan pertukaran matawang kripto Bitcoin daripada 100 matawang fiat dan matawang kripto yang lain. Anda boleh membuat pertukaran wang digital daripada hampir 248 negara di seluruh dunia. Antara matawang fiat dunia adalah MYR, AUD, CAD, JPY dan EUR.

Syarikat LocalBitcoins diasaskan oleh Jeremia Kangas pada tahun 2012 mempunyai halaman laman web yang mudah dan memaparkan nilai jualan dan belian terkini. Di sini anda akan dapat memilih antara pedagang yang menawarkan harga yang termurah dan berbaloi.  Altcoin yang terdapat di platform Localbitcoins adalah Dash, Ripple, Monero, Litecoin dan Ethereum sahaja.

Kaedah bayaran dan pembelian di Localbitcoins

                LocalBitcoins turut memberikan kemudahan pembayaran bagi tujuan pembelian. Kaedah bayaran yang digunakan adalah advcash, Ego Pay, tunai deposit, Western Union dan sebagainya manakala. Dan bayaran secara terus kepada penjual juga boleh dilakukan iaitu melalui wang tunai.

LocalBitcoins adalah platform yang sesuai untuk mereka yang inginkan perkhidmatan yang pantas kerana menawarkan proses pembelian dan transaksi yang sangat cepat iaitu hanya 20 minit sahaja sehingga 1 jam sahaja.

Wang digital yang boleh didepositkan tiada mempunyai tiada nilai minimum dan maksimum transaksi yang dilakukan. Begitu juga dengan kadar minimum dan maksimum yang dibenarkan untuk membuat pengeluaran.

Caj perkhidmatan dan keuntungan

                Caj yang dikenakan untuk perhidmatan pembelian, penjualan dan pendaftaran untuk menggunakan platform Localbitcoins adalah percuma. Tetapi caj sebanyak 1% akan dikenakan jika aktiviti jualan dan pembelian anda telah diterima. Andap boleh mencari pembeli yang bersesuaian dengan bajet anda.

                Caj tersebut adalah daripada pengguna platform yang menggunakan perkhidmatan pengiklanan untuk mengiklankan dagangan mereka. Selain itu, Localbitcoins turut mengenakan caj untuk perpindahan matawang kripto kepada dompet Bitcoin yang lain dan ia bergantung kepada kesesakan rangkaian atau trafik internet. Semakin sesak rangkaiannya, semakin mahal caj yang dikenakan.

                Selain itu, LocalBitcoins akan mengenakan caj untuk perkhidmatan yang lain seperti servis invois sebanyak 0.5% daripada jumlah invois dan kerja-kerja tertentu seperti penyelidikan. Untuk nilai “spread” pula, lingkungan nilai yang berubah adalah rendah iaitu hanyalah 1% sahaja.

Ciri keselamatan dan regulasi LocalBitcoins

                Seperti kebanyakan platform perdagangan yang lain, Localbitcoins turut mempunyai sistem keselamatan lazim iaitu 2 Factor-Authentication untuk dompet anda. Namun begitu, LocalBitcoins tidak terikat dengan mana-mana regulasi atau badan penyelia antarabangsa matawang digital. Oleh itu, anda harus berhati-hati apabila melakukan sebarang aktviti perdagangan menggunakan platform ini.

                Walau bagaimanapun, LocalBitcoins menggunakan akaun pihak ketiga iaitu escrow iaitu akaun sementara sebelum diserahkan kepada penjual setelah transaksi selesai. Ini adalah untuk memastikan pembeli menerima Bitcoin mereka setelah membuat bayaran. Jika berlaku sebarang penipuan, pihak LocalBitcoins akan memulangkan semula wang pembeli menggunakan escrow. Pedagang boleh pergi ke tetapan dan klik pada escrow.

Ciri-ciri tambahan LocalBitcoins

                LocalBitcoins turut mempunyai beberapa perkhidmatan lain seperti pengiklanan matawang digital, kerja-kerja penyelidikan berkaitan matawang kripto. Selain itu, LocalBitcoins mempunyai dokumentasi API untuk memberi peluang kepada pengguna untuk menetapkan aplikasi antara muka dengan LocalBitcoins.

                LocalBitcoins memberikan anda panduan untuk menggabungkan platform e-commerce anda dengan aplikasi LocalBitcoins dan beberapa aspek dalam matawang digital seperti akaun, dompet dan dagangan. Secara mudahnya, ia adalah laman web yang menawarkan hanya perkhidmatan untuk membantu anda mendapatkan potensi pelanggan dan keuntungan.

                Selain itu, ia mempunyai program afiliasi dan ATM LocalBitcoins.

Bantuan dan sokongan

                LocalBitcoins mempunyai media sosial interaksi seperti Twitter, Facebook, Instagram dan beberapa jenis bilik perbincangan iaitu forum dalaman dan forum luaran di platform Reddit, IRC dan blog. Medium-medium tersebut adalah bertujuan menyampaikan maklumat terkini mengenai perkhidmatan LocalBitcoins dan membantu anda mengenai sebarang pertanyaan dan bantuan.

                Untuk pasukan bantuan daripada LocalBitcoins sendiri, LocalBitcoins memerlukan sekurang-kurangnya 3 hari untuk menjawab emel anda (satu tiket). Namun jika anda menghantar emel sekali lagi, hari yang diperlukan untuk respons akan bertambah. Oleh itu, anda tidak dinasihatkan untuk menghantar emel berbentuk spam.

Mesra pengguna

                Platform LocalBitcoins tersedia dalam 31 bahasa termasuk Bahasa Melayu dan anda juga tidak perlu jika terdapat sebrang masalah dengan LocalBitcoins kerana ia mempunyai pelbagai medium interaksi untuk meminta bantuan. Untuk mobiliti, LocalBitcoins hanya mempunyai aplikasi Android tidak rasmi sahaja.

                Oleh itu, LocalBitcoins sesuai untuk dilayari menggunakan laman web untuk mendapatkan pengalaman terbaik menggunakan platform ini.

Copyright © 2017 - 2018. All rights reserved.