Yandex

Exchanges

Score

0 (0 Reviews)
Unique Views - 2
Jul 15, 2018 Shahirah Pertukaran
Nama saya
    Luno

Luno merupakan satu laman web platform matawang kripto di mana anda boleh mendapatkan perkhidmatan dompet atas talian dan menjalankan perdagangan matawang kripto Bitcoin dan Ethereum. Syarikat Luno Inc yang diketuai oleh Timothy Stranex diasaskan pada 2013 di London dan beroperasi di empat kawasan berbeza iaitu Eropah, Indonesia, Malaysia dan Nigeria.

Luno menawarkan matawang kripto Bitcoin dan Ethereum untuk dijual dan aktiviti pertukaran Bitcoin. Matawang fiat yang digunakan untuk menjalankan aktiviti perdagangan Luno adalah MYR, EUR, IDR, NGN, dan ZAR. Luno menggunakan teknologi masa nyata untuk maklumat pasaran.

Kaedah pembayaran

Terdapat pelbagai kaedah pembayaran yang boleh digunakan untuk kesemua matawang fiat yang telah disebutkan tadi. Kaedah pembayaran yang dibenarkan adalah pindahan bank, pindah kawat, kad kredit, kad debit dan SEPA.

Berikut adalah kaedah pembayaran deposit dan pengeluaran serta caj yang dikenakan kepada matawang fiat EUR, MYR, NGN, ZAR, IDR:

Deposit

  • EUR (Kad deposit melalui EveryPay, pindahan SEPA) – percuma
  • MYR (Interbank GiRO/ IBFT) – percuma
  • IDR (Pindahan bank) – percuma
  • NGN (GT Collection melalui GT Bank) – percuma
  • NGN (Deposit kad dan deposit bank melalui PayU) – 1.58% (maksimum NGN 2,070)
  • ZAR (EFT) – percuma
  • ZAR (Penalti Deposit Tunai) – ZAR 20.00 + 5.00%

Pengeluaran

  • EUR (Pindahan SEPA) – EUR 0.30
  • MYR (Interbank GIRO/ IBFT) – MYR 0.32
  • IDR (Pindahan bank) – IDR 6,500.00
  • NGN (Pindahan bank) – NGN 200.00
  • ZAR (EFT) – ZAR 8.50

Terdapat tiga tahap pengesahan akaun yang memberikan had deposit dan pengeluaran pada setiap bulan iaitu Tahap 1, Tahap 2, dan Tahap 3. Berikut adalah maklumat had deposit dan pengeluaran pada setiap bulan mengikut matawang fiat yang berbeza:

Had deposit dan pengeluaran

  • Eropah: EUR 1,000 – EUR 5,000 – EUR 10,000
  • Indonesia: IDR 15,000,000 – IDR 25,000,000 – tiada had
  • Malaysia: MYR 5,000 – MYR 10,000 – MY 300,000
  • Nigeria: NGN 200,000 – NGN 500,000 – NGN 10,000,000
  • Afrika Selatan: ZAR 15,000 – ZAR 50,000 – Had mungkin dikenakan

Caj yang dikenakan dan keuntungan yang diperoleh

Caj penghantaran adalah caj yang dikenakan apabila anda ingin menghantar Bitcoin dan Ethereum ke alamat lain. Bagi matawang Bitcoin, caj yang dikenakan jika  anda ingin menghantar ke alamat Bitcoin yang lain adalah bergantung kepada trafik rangkaian semasa. Makin sesak rangkaian, makin tinggi cajnya. Dan caj percuma jika ingin hantar ke alamat emel atau nombor telefon.

Bagi Bitcoin Cash pula, caj adalah percuma jika ingin dihantar ke alamat Bitcoin Cash manakala caj dinamik juga digunapakai untuk menghantar Ethereum ke alamat Ethereum yang lain. Bagi caj penerimaan, jika anda menerima Bitcoin melalui alamat Bitcoin yang lain, BTC 0.0002 akan dikenakan manakala penerimaan melalui alamat emel atau nombor telefon bagi Bitcoin dan Ethereum melalui alamat Ethereum adalah percuma.

Bagi caj dagangan pula, tiada caj dikenakan kepada maker dagangan tetapi taker dikenakan caj yang agak tinggi iaitu 0.25% untuk BTC/EUR dan ETH/BTC, 0.20% untuk BTC/IDR, dan 1.00% untuk BTC/MYR yang kurang daripada BTC 10.00 dan akan berkurangan sehingga 0.50%. Begitu juga BTC/ZAR.

Had transaksi belian/jualan pantas adalah berbeza mengikut matawang fiat. Nilai had yang ditentukan adalah BTC 0.0005 sehingga BTC 2.00. Oleh itu, pelanggan tidak dibenarkan untuk membuat transaksi yang melebihi nilai tersebut. Nilai sebaran untuk aktiviti dagangan juga adalah sebanyak 0.5% - 1.0% sahaja.

Ciri-ciri keselamatan

                Luno menggunakan beberapa ciri-ciri keselamatan untuk melindungi dana pelanggannya iaitu keselamatan 2-Factor Authentication, Multi-Factor Authentication, dan SSL untuk enkripsi laman web mereka dan enkripsi PGP untuk dompet mereka. Anda tidak perlu tisau akan dana anda kerana pihak Luno juga mengamalkan prinsip penyimapanan dana secara berasingan iaitu penyimanan sejuk dan panas. Di samping itu, Luno turut mengatakan yang syarikat mereka disokong oleh beberapa syarikat pelaburan antarabangsa seperti Balderton Capital, Naspers dan Venturra Caital.

Ciri-ciri tambahan

                PIhak Luno juga menyediakan API di mana anda akan dapat maklumat perkara programming adalah daripada pihak Luno. Selain itu, pelanggan boleh menegetahui paras transaksi yang memberikan dengan indikator kecairan dan beberapa carta untuk kemudahan pelanggan.

                Namun begitu, Leno tidak memberikan pelanggan akan demo percuma dan nilai untuk pelaburan iaiu Zam Zam. Sekain itu, tiada akaun copy-trading dan keuntungan leverage untuk platform.

Sokongan kepada pengguna

                Luno tidak mempunyai kumpulan sokongan untuk menguruskan pelanggan tetapi menyediakan pelbagai wadah kepada pelanggannya untuk mendapatkan jawapan kepada soalan mereka. Selain itu, Luno turut menyediakan perkhidmatan portal pembelajaran, soalan FAQ, blog dan pusat bantuan. Di pusat bantuan, topik mereka dipecahkan kepada beberapa bahagian seperti matawang digital, keselamatan dan deposit dan pengeluaran. Di sini, para pengguna Luno boleh mencari maklumat yang mereka inginkan.

Mesra pengguna

                Laman web Luno tersedia dalam dua bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Indonesia. Dan portal pembelajaran mereka tersedia lebih daripada 8 bahasa berbeza. Mereka turut mempunyai beberapa media sosial untuk berhubungan dengan pelanggan mereka.

Please login or create an account if you do not have a one yet to be able to post your review.

Market
Type
Price
Quantity
Total
Id
Market
Price
Open 24H
Range 24H
Vol. 24H
% CH

Copyright © 2017 - 2018. All rights reserved.