Yandex

Exchanges

Sep 30, 2018 Shahirah Pertukaran Views: 9

NuMoney Exchange

Score

0 (0 Reviews)
Compare with:
Nama saya

NuMoney

Market
Price
Open 24H
Range 24H
Vol. 24H
% CH
Market
Type
Price
Quantity
Total
Id

Please login or create an account if you do not have a one yet to be able to post your review.

NuMoney merupakan produk syarikat Numex Sdn. Bhd. yang diasaskan oleh Steven Goh dari Singapura pada 2017.

NuMoney beroperasi di tiga buah negara iaitu Singapura, Malaysia dan Indonesia. NuMoney mempunyai pejabat fizikal yang terletak di Jalan Dutamas, Kuala Lumpur.

NuMoney mempromosikan penjualan dan pembelian matawang kripto melalui kaunter (on-the-counter retail), pertukaran, dan penjualan awam token (Initial Coin Offering).

Mata wang fiat yang disediakan ialah Ringgit Malaysia (MYR), Dolar Singapura (SGD), dan Rupiah Indonesia (IDR). Manakala untuk mata wang kripto pula ialah BTC, ETH, LTC, NMX, dan BCH.

Seperti platform pertukaran yang lain, anda perlu mengesahkan identiti anda terlebih dahulu sebelum dibenarkan berdagang. Proses pengesahan dijalankan pada waktu bekerja sahaja dan mengambil masa dua hari bekerja.

Kedah pembayaran

Terdapat dua kaedah pembayaran yang digunakan iaitu melalui pindahan bank dan pembelian melalui kaunter.

Kaedah pertama selalunya mengambil masa lebih kurang dua jam sehingga dua hari untuk masuk ke dalam akaun anda.

Kaedah kedua pula akan lebih cepat iaitu serta-merta setelah transaksi di kaunter selesai.

  1. Deposit

Had minimum deposit yang ditetapkan oleh NuMoney Singapura untuk pembelian di kaunter adalah sekurang-kurangnya SGD 50. Tiada had ditetapkan untuk pindahan bank.

  1. Pengeluaran

Tiada had untuk pengeluaran di kaunter tetapi had minimum untuk pindahan bank keluar adalah sebanyak SGD1,000.

Caj perkhidmatan dan dikenakan

Terdapat tiga jenis perkhidmatan yang dikenakan caj iaitu pengeluaran dan deposit manakala caj perdagangan adalah percuma.

  1. Caj pengeluaran

Caj yang dikenakan untuk pengeluaran mata wang kripto dan fiat ialah 0.0005 BTC, 0.006 ETH, dan 0.01 LTC dan SGD25. Anda boleh dapatkan senarai penuh caj yang dikenakan untuk token lain di tapak web mereka.

  1. Caj deposit

Jika anda memasukkan wang fiat ke dalam akaun anda, tiada caj yang dikenakan. Namun caj sebanyak 1 ETH akan dikenakan sebagai dana GAS dalam akaun anda dan akan dipulangkan semula.

Jika anda ingin membeli bitcoin dalam kuantiti kurang daripada SGD5,000, anda boleh membuat janji temu terlebih dahulu dan  membeli di kaunter menggunakan wang tunai.

Jika lebih daripada SGD5,000, anda boleh menggantikan nilai tersebut dengan token atau pindahan bank sahaja.

Bagi tujuan pembelian, anda memerlukan kad pengenalan anda dan sebarang pembelian melebihi nilai SGD50,000, anda perlu memberikan bukti sumber dana anda.

Ciri-ciri keselamatan NuMoney

Terdapat enam ciri keselamatan yang ditekankan oleh pihak NuMoney seperti enkripsi SSL untuk tapak web mereka.

Selain itu, keselamatan akaun ditingkatkan dengan 2 Factor Authentication iaitu anda perlu memuat turun aplikasi telefon seperti Authy dan Google Authenticator.

NuMoney juga tertakluk kepada undang-undang yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia iaitu polisi Kenali Pelanggan Anda (Know Your Customer atau lebih dikenali sebagai KYC) dalam Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram 2011.

Oleh yang demikian, anda perlu menyerahkan salinan dokumen pengenalan diri seperti kad pengenalan dan bukti kediaman. Perkara ini wajib dilakukan sebelum anda boleh mengeluarkan wang fiat dan wang kripto anda.

Di samping itu, NuMoney adalah antara beberapa firma yang menyediakan perkhidmatan OTC di kedai fizikal mereka sekali gus mengurangkan risiko penipuan dalam pembelian.

NuMoney juga mempunyai pelayan awan yang mana merupakan campuran sistem pelayan awan dan sistem pelayan yang dikendalikan sendiri oleh NuMoney untuk keselamatan yang lebih terjamin.

Yang terakhir, penyimpanan token tersedia dalam dua jenis dompet iaitu dompet panas dan dompet sejuk.

Dompet panas membolehkan pelanggan untuk mengeluarkan dana mereka dengan serta-merta manakala sebahagian lagi disimpan dalam dompet sejuk dan dikunci dengan kunci persendirian secara fizikal.

Ciri-ciri tambahan NuMoney

NuMoney menyediakan kemudahan NuMoney Exchange Sandbox yang mana anda boleh menjalankan aktiviti jual beli tanpa menggunakan wang sebenar.

Anda akan diberikan sejumlah wang palsu di dalam akaun untuk membuat pesanan.

Anda boleh menggunakan kemudahan ini hanya sekali sahaja usai mendaftar dan membuat pengesahan akaun.

Selain itu, NuMoney menawarkan GraphQL API supaya perdagangan dalam jumlah yang banyak boleh dijalankan pada masa yang sama.

NuMoney mempunyai polisi yang ketat berkenaan sumber dana yang dimasukkan ke dalam akaun yang mana jika anda mendepositkan lebih daripada 50,000 anda perlu menyatakan sumber dana sama ada daripada:

  1. pendapatan
  2. Modal pelaburan
  3. Warisan/ simpanan peribadi

Dana yang diperoleh pihak luar selain daripada ahli keluarga akan ditolak.

Mungkin polisi ini tidak digemari oleh sesetengah pedagang yang inginkan privasi dan peraturan yang longgar dalam berdagang.

Sokongan dan bantuan

Dengan adanya pejabat fizikal di Jalan Dutamas, Kuala Lumpur, anda boleh mendapatkan perkhidmatan sokongan secara terus daripada pihak NuMoney.

Dan jika anda mengalami kekangan masa, anda boleh melaporkan masalah anda kepada NuMoney dengan menghantar e-mel kepada mereka.

NuMoney menggunakan sistem tiket dan mereka akan berusaha untuk menyelesaikan masalah anda secepat mungkin.

Selain itu, NuMoney mempunyai pautan cawangan negara yang berbeza iaitu Malaysia, Singapura dan yang terbaharu, Indonesia.

Dan kami dapati maklumat yang terdapat di halaman sokongan tapak web berikut juga adalah berbeza.

Ini memberikan kesulitan kepada sesetengah pelanggan berbeza negara kerana kadar mata wang fiat mungkin berbeza.

Pengalaman pengguna

Untuk media sosial, mereka hanya menggunakan Telegram yang mana anda boleh mendapatkan kemas kini dengan pantas seperti jadual penyelenggaraan.

NuMoney mempunyai bual maya di tapak web mereka yang mana anda boleh bertanya kepada admin kumpulan tentang perkara berkenaan perdagangan, akaun NuMoney, carta dan isu semasa berkenaan mata wang kripto.

Konklusinya, NuMoney menawarkan kadar yang rendah, akaun yang dilengkapi ciri-ciri keselamatan yang bagus.

Namun begitu peraturan dan polisi yang terlalu ketat mungkin tidak disenangi oleh pedagang mata wang kripto yang inginkan sikap berkecuali terhadap undang-undang dalam berdagang.

Copyright © 2017 - 2018. All rights reserved.