Yandex

Exchanges

Sep 16, 2018 Shahirah Pertukaran Views: 3

PinkEXC

0 (0 Reviews)
Nama saya

PinkEXC

Market
Price
Open 24H
Range 24H
Vol. 24H
% CH
Market
Type
Price
Quantity
Total
Id

Please login or create an account if you do not have a one yet to be able to post your review.

PinkEXC

PinkEXC ialah platform perdagangan pertukaran mata wang kripto yang diasaskan oleh anak watan Fakhrul-Razi Abu Bakar pada 2016. PinkEXC didaftarkan bawah syarikat PinkEXC (M) Sdn Bhd dan diluluskan oleh Bank Negara Malaysia.

Mempunyai ibu pejabat di Ipoh, Perak, platform ini merupakan platform yang baik untuk rakyat Malaysia.

PinkEXC menawarkan beberapa perkhidmatan utama iaitu PinkEXC Online Direct, PinkEXC Exchange dan perkhidmatan perundingan Blockchain.

Bagi PinkEXC Exchange, platform ini membolehkan pedagang untuk berdagang mata wang kripto pada kadar kecairan yang pantas, yuran dan caj yang murah, diskaun untuk pembuat dan penerima pesanan.

Kaedah pembayaran

Bagi urusan perdagangan, PinkEXC menggunakan mata wang Ringgit Malaysia (RM) dan mata wang kripto seperti yang berikut:

  • Bitcoin
  • Ethereum
  • Litecoin
  • DOGE
  • Dash
  • Life

Kaedah pembayaran yang diaplikasikan adalah melalui pindahan dana segera (IBFT) sahaja yang akan diproses dalam masa 24 jam; dan pindahan token dompet kripto anda.

Jika menggunakan dompet kripto, PinkEXC memerlukan hanya lebih kurang 30 minit untuk proses pengeluaran atau kemasukan token dalam akaun PinkEXC.

  • Deposit

Tiada nilai minimum dan maksimum yang ditetapkan oleh PinkEXC.

  • Pengeluaran

PinkEXC menetapkan had minimum pengeluaran bagi matawang fiat dan kripto seperti yang berikut:

  • MYR – RM500
  • BTC – BTC 0.01
  • LTC – LTC 0.5
  • ETH – ETH 0.1
  • DASH – 0.5

Caj dan yuran perkhidmatan yang dikenakan

Hanya dua jenis caj yang dikenakan di platform ini iaitu caj perdagangan dan caj pengeluaran.

Caj perdagangan yang dikenakan kepada pembuat pesanan ialah 0.1% dan 0.4% kepada penerima pesanan.

Bagi caj pengeluaran pula, caj ini adalah berkadar tetap. Nilainya adalah seperti berikut:

  • MYR – 2%
  • BTC –BTC 0.005
  • LTC – LTC 0.275
  • ETH – ETH 0.05
  • DOGE – DOGE 5
  • LIFE – LIFE 0.25
  • DASH – 0.01

Ciri keselamatan PinkEXC

Oleh sebab PinkEXC berdaftar dengan Bank Negara Malaysia, sudah pasti PinkEXC adalah tertakluk kepada beberapa undang-undang negara seperti pematuhan dasar Kenali Pelanggan Anda (Know Your Customer Policy) di bawah Undang-undang Pencegahan Penggubahan Wang Haram (Anti-Money Laundering). 

Oleh itu, pihak PinkEXC akan mengenal pasti dan mengesahkan identiti anda sebagai pelanggan semasa mendaftar, berurus niaga dan jika ada sebarang aktiviti yang mencurigakan dalam akaun anda.

Namun begitu, proses ini tidak rumit yang mana anda hanya perlu memberikan salinan kad pengenalan dan beberapa dokumen tambahan jika anda berdaftar sebagai syarikat.

Anda boleh menyemak senarai dokumen yang diperlukan di tapak web rasmi PinkEXC.

Selain itu, PinkEXC juga mengamalkan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 untuk mengelakkan maklumat peribadi pelanggan disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Segala maklumat yang diperoleh hanya akan digunakan untuk melicinkan urusan perdagangan anda sahaja.

Dan sudah tentu PinkEXC menggunakan ciri keselamatan 2-Factor Authentication untuk melindungi akaun anda di PinkEXC.

Ciri-ciri tambahan PinkEXC

PinkEXC mempunyai perkhidmatan ATM mata wang kripto yang mana ATM ini berfungsi sebagai terminal pembelian dan penjualan mata wang kripto, menukarkan mata wang kripto kepada wang tunai, dan memasukkan mata wang kripto ke dalam dompet perangka keras (hardware wallet) anda.

Selain itu, platform PinkEXC memberikan anda pilihan perdagangan iaitu anda dibenarkan untuk membuat pesanan walaupun baki dalam akaun anda tidak mencukupi dengan syarat akan dilaksanakan setelah baki akaun anda mencapai nilai yang ditetapkan.

Namun begitu, anda tidak boleh membatalkan perdagangan yang telah dilaksanakan.

PinkEXC juga menyediakan perkhidmatan perundingan Blockchain serta carta kadar pasaran masa-nyata.

Dokumentasi API untuk PinkEXC ialah API awam atau API dagangan. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai dokumentasi tersebut pada pautan ‘API’ di tapak web mereka.

  • Pilihan Komersial (Commercial Option)

Pilihan Komersial ini boleh didapati di bahagian Profil Anda. Antara pilihan yang diberikan adalah:

  • No Risk Option – anda akan menerima nilai bayaran yang sama dengan matawang kripto dalam akaun anda. Anda akan dikenakan yuran pembayaran 2.5%. Kadar semasa terpakai ketika pembayaran dilakukan.
  • Sell Risk Option – jumlah kripto yang diterima akan ditukarkan ke mata wang fiat berdasarkan kadar turun naik (mengikut kecairan pasaran jualan).
  • Risk Option - Pembayaran kripto akan ditempah secara terus melalui akaun pertukaran anda dan dikenakan yuran penempaan.

Anda boleh dapatkan maklumat penuh tatacara penggunaan pilihan risiko ini di halaman akaun anda.

Sokongan dan bantuan

PinkEXC menawarkan bantuan 24/7 kepada pelanggannya yang mempunyai sebarang masalah sama ada dari sudut teknikal atau perkhidmatan pelanggan.

Di samping itu, PinkEXC turut menyediakan pangkalan maklumat berkenaan PinkEXC dan soalan lazim pelanggan. Namun jika persoalan anda masih tidak terjawab, anda boleh menghubungi pihak PinkEXC dengan menghantar e-mel kepada mereka atau menghubungi mereka di talian yang disediakan.

Pejabat PinkEXC beroperasi pada setiap hari Isnin sehingga Sabtu dari pukul 9 pagi hingga 6 petang dan pada hari Sabtu hingga 1 petang sahaja.

Pengalaman pengguna

Ketika ini, tapak web PinkEXC hanya disediakan dalam bahasa Inggeris sahaja dan tiada sebarang aplikasi telefon pintar tersedia.

PinkEXC turut mempunyai beberapa akaun media sosial yang boleh diikuti oleh orang ramai seperti Telegram, Facebook, Instagram dan Twitter.

Jika anda berminat untuk berdagang matawang kripto dengan pedagang tempatan, anda bolehlah mencuba platform ini.

Copyright © 2017 - 2018. All rights reserved.