Yandex

Exchanges

Score

0 (0 Reviews)
Jun 24, 2018 Shahirah Pertukaran
Nama saya
    Plus500

                Plus500 adalah laman web dagangan yang menawarkan 7 instrumen dagangan iaitu perdagangan Indeks, Forex, Saham, Pilihan, Komoditi, ETF dan matawang kripto. Platform perdagangan Plus500 boleh diaplikasikan di lebih 50 buah negara dan menyokong matawang fiat USD, EUR, ZAR, JPY, GBR dan NZD. Namun begitu bagi instrument perdagangan matawang kripto, matawang fiat yang digunakan adalah USD sahaja dan mendagangkan 10 matawang kripto.

Antara matawang kripto yang didagangkan termasuklah:

  • Bitcoin
  • Ethereum
  • Bitcoin Cash
  • Litecoin
  • Ripple
  • Monero

                Plus500 diasaskan oleh Gal Haber pada tahun 2008 dan kini beroperasi di London adalah antara platform perdagangan yang paling popular dan mempunyai reputasi tinggi kerana ia dikawalselia oleh badan kewangan antarabangsa yang berbeza di seluruh dunia.

Membuka akaun Plus500

Untuk membuka akaun dan membuat pengesahan akaun di Plus500, anda perlulah mengemukakan beberapa dokumen pengenalan diri sebelum memulakan aktivti dagangan anda untuk kali pertama. Ini kerana ia adalah sebahagian daripada prosedur rasmi yang perlu diikuti untuk memastikan tiada sebarang elemen penipuan atau akaun palsu.

Pertama, antara dokumen yang perlu dikemukakan adalah dokumen pengenalan yang dikeluarkan oleh kerajaan yang mengandungi:

  • Nombor kad pengenalan
  • Gambar
  • Nama penuh
  • Tarikh lahir
  • Tamat tempoh.

Kedua, maklumat tinggal anda yang dikeluarkan oleh syarikat utiliti, kewangan, agensi kerajaan atau mana-mana badan kehakiman seperti:

  • Penyata bank
  • Penyata kad kredit
  • Bil elektrik/ bil air

Ketiga, pengesahan sumber dana anda iaitu dokumen yang menyatakan anda adalah pemilik sah dana yang dimasukkan ke akaun Plus500 iaitu sama ada salinan kad kredit atau penyata bank, bergantung kepada kaedah pembayaran yang dipilih.

 

Kaedah pembayaran

Tiga kaedah pembayaran utama yang digunakan di Plus500 adalah Wire Transfer, Kad kredit Visa dan Mastercard. Begitu juga dengan kaedah pendepositan dan pengeluaran. Namun begitu, anda boleh melakukan pengeluaran menggunakan dompet elektronik seperti PayPal dan Skrill. Tempoh masa pemprosesan pengeluaran wang juga adalah cepat iaitu hanya mengambil masa sehari bekerja sahaja.

Bagi deposit, nilai minimum yang ditetapkan adalah $100 dan nilai maksimum adalah berbeza mengikut negara yang anda tinggal dan boleh didapati di halaman deposit anda. Bagi pengeluaran pula, nilai yang ditetapkan adalah berbeza mengikut kaedah pengeluaran yang digunakan namun tiada nilai maksimum ditetapkan.

Caj perkhidmatan dan keuntungan

                Untuk semua aktiviti jual beli dan urusniaga yang dijalankan, tiada sebarang caj perkhidmatan yang dikenakan termasuklah caj deposit dan pengeluaran. Anda hanya dikenakan caj pengeluaran apabila anda telah melebihi jumlah bilangan pengeluaran yang dibenarkan untuk sebulan.

                Namun begitu, anda mungkin dikenakan caj yang pemprosesan yang dikenakan oleh pihak bank iaitu untuk pemindahan wang masuk dan keluar dari akaun Plus500, penggunaan kad kredit antarabangsa, atau pertukaran nilai forex.

                Walau bagaimanapun, anda akan dikenakan caj perkhidmatan perdagangan apabila anda melakukan tiga perkara berikut iaitu:

  • Pendanaan Semalaman

Amaun ini adalah amaun yang akan ditolak ketika anda dalam kedudukan pembelian atau penjualan di mana anda boleh melihat jumlah pendanaan yang dikenakan di halaman Butiran. Plus500 menawarkan diskaun sebanyak 5% jika anda adalah pemegang akaun Gold.

  • Yuran tidak aktif

Yuran sebanyak $10 akan dicaj kepada anda apabila anda gagal untuk aktif dan log masuk dalam akaun Plus500 dalam tempoh 3 bulan. Yuran ini adalah untuk kos pengurusan bagi memastikan akaun anda kekal boleh digunakan dan akan dikutip melalui akaun wang sebenar anda. Oleh yang demikian, anda perlu sekurang-kurang log masuk akaun anda sekali dalam masa 3 bulan untuk mengelakkan yuran tersebut.

  • Pesanan Hentian Terjamin (Guaranteed Stop Order)

Ia adalah satu ciri dalam alatan pengurusan risiko di mana anda dalam mengawal kerugian anda pada satu-satu masa dan hanya akan dicaj kepada anda jika anda menggunakan ciri ini pada pesanan anda.

                Di samping itu, anda berpeluang untuk mendapatkan keuntungan melalui CFD dengan nisbah leverage sebanyak 1:300. Namun perlu diingatkan bahawa perdagangan CFD adalah sangat volatile dan anda perlu berhati-hati dalam pelaburan ini. Nilai penyebaran juga adalah antara yang terendah iaitu hanya 1.5% daripada nilai asal dagangan jual beli.

Ciri keselamatan dan regulasi Plus500

                Plus500 mempunyai ciri-ciri keselamatan utama iaitu laman web yang dilindungi oleh SSL dan juga akaun yang dijamin keselamatan melalui 2 Factor Authentication dan Multi-Factor Authentication. Selain itu, Plus500 turut mematuhi beberapa peraturan yang ditetapkan oleh badan kewangan antarabangsa seperti CySEC, CNMV, dan juga Cyprus Investment Firms berkenaan keselamatan dana, data peribadi dan amalan terbaik syarikat ini.

                Seperti contoh, Plus500 memperkenalkan polisi Client Money Protection yang dikawalselia oleh CySEC di mana syarikat ini akan mengasingkan dana pelanggan mereka menggunakan akaun bank berbeza dan program Investor Compensation Fund di bawah seliaan Cyprus Investment Firms. Oleh itu, anda tidak perlu risau mengenai jaminan keselamatan dana dan data peribadi anda apabila menggunakan platform ini.

Ciri-ciri tambahan Plus500

                Plus500 juga menawarkan anda akaun dagangan demo percuma untuk latihan anda dan memberikan anda peluang untuk mencuba pilihan dan kemudahan yang disediakan. Selain daripada instrumen perdagangan yang ditawarkan, Plus500 turut menyediakan beberapa alatan tambahan kepada anda supaya anda boleh mendapatkan nilai yang lebih daripada platform ini.

Antaranya adalah alatan pengurusan risiko dan notifikasi percuma. Anda boleh mengaktifkan notifikasi untuk amaran harga tertentu, pergerakan turun naik harga dan sohor kini pembeli dan penjual lain di platform ini.

                4 pilihan yang disediakan dalam alatan pengurusan risiko adalah:

  • Tutup pada had untung
  • Tutup pada had rugi
  • Hentian terjamin
  • Jejakan henti (Trickling stop)

Dua pilihan di atas boleh didapati secara percuma apabila anda membuka kedudukan anda untuk menjual atau membeli matawang kripto. Apabila anda telah menetapkan had untung dan had rugi, anda akan menutup kedudukan anda jika harga pasaran mencapai had tersebut secara automatik. Oleh itu, anda akan dapat mengunci keuntungan dan mengurangkan kadar kerugian pada masa yang sama.

                Untuk hentian terjamin, ia akan meletakkan jumlah yang tetap untuk mengawal kerugian anda namun ia hanya tersedia untuk beberapa instrumen sahaja. Ia boleh diaplikasikan pada dagangan baru sahaja dan akan diaktifkan apabila ia tersedia untuk didagangkan. Namun begitu, anda akan dikenakan caj yang tidak boleh dipulangkan semula. Dengan ini anda akan mengetahui potensi kerugian anda.

                Di samping itu, jejakan henti di mana anda boleh menentukan anggaran tertentu sebagai keuntungan anda, dan ia kedudukan akan kekal dibuka sehingga harga bergerak menurun atau menaik. Namun tiada jaminan bahawa kedudukan akan ditutup pada had rugi disebabkan “kegelinciran”.

Bantuan dan sokongan

                Oleh kerana Plus500 dikawalselia oleh CySEC, ia turut mempunyai garis panduan untuk menguruskan aduan anda. Oleh itu, anda tidak perlu risau tentang isu aduan tidak dilayan oleh pihak syarikat. Bantuan dan sokongan adalah 24/7 dan anda boleh menghubungi mereka menggunakan emel. Selain itu, mereka turut mempunyai halaman sokongan untuk sebarang persoalan anda mengenai pengurusan dan perkhidmatan mereka.

Mesra pengguna

                Laman web mereka mudah dilawati, jelas dan tersedia dalam lebih 31 bahasa dunia termasuk Bahasa Melayu. Anda juga boleh sentiasa kemaskini prestasi dan aktiviti perdagangan anda pada setiap masa menggunakan aplikasi telefon pintar Apple, Android, Windows 10 Trader dan juga Web Trader.

Please login or create an account if you do not have a one yet to be able to post your review.

Market
Type
Price
Quantity
Total
Id
Market
Price
Open 24H
Range 24H
Vol. 24H
% CH

Copyright © 2017 - 2018. All rights reserved.