Yandex

Exchanges

Score

0 (0 Reviews)
Jun 16, 2018 Shahirah Pertukaran
Nama saya
    Poloniex

Poloniex

Poloniex adalah satu platform untuk tiga produk utama yang ditawarkan oleh Poloniex Inc yang diasaskan oleh Tristan D’Agosta iaitu pertukaran matawang, jual beli matawang kripto dan juga peminjaman matawang kripto. Syarikat ini telah diasaskan pada tahun 2014 dan tersedia untuk seluruh negara Amerika Syarikat kecuali New York.

Platform ini menjalankan urusniaganya dengan menggunakan matawang digital sahaja. Oleh itu, empat matawang kripto utama sebagai matawang asas adalah:

  • BTC
  • ETH
  • XMR
  • USDT

Dan pada halaman utamanya, anda boleh mendapatkan beberapa maklumat penting mengenai pertukaran matawang terkini seperti sejarah dagangan, harga pasangan matawang pertukaran semasa dan kedalaman pasaran.

Deposit dan Pengeluaran

                Setiap matawang kripto mempunyai nilai minimum, peraturan yang berlainan untuk deposit dan pengeluarannya. Bagi nilai minimum deposit, ia adalah bergantung kepada matawang kripto yang ingin dimasukkan oleh pelanggan. Jika pelanggan memasukkan nilai kurang daripada nilai minimum yang dibenarkan, mereka boleh mencari alamat deposit Poloniex di block explorer untuk mengetahui baki nilai minimum tersebut.

                Poloniex akan mengenakan caj rangkaian setiap kali transaksi dilakukan pada nilai minium sahaja. Seperti contoh, caj rangkaian adalah sebanyak 1 ETH dan akan dipulangkan setelah transaksi berjaya. Namun jika transaksi tersebut tidak mencapai nilai minimum deposit, 0.99 ETH akan ditahan sehingga nilai amaun transaksi mencapai nilai minimum yang dibenarkan. Setiap transaksi selalunya memakan masa daripada 30 minit sehingga 1 jam bergantung kepada kesesakan.

                Bagi pengeluaran pula, tiada nilai minimum ditetapkan dan nilai maksimumnya adalah sehingga $25,000 pada satu-satu masa. Langkah-langkah untuk pengeluaran adalah dengan menghasilkan alamat wallet atau dompet untuk menyimpan matawang kripto tersebut. Setelah itu, salin dan tampal alamat tersebut serta masukkan jumlah yang ingin dikeluarkan. Langkah seterusnya, anda perlu menggunakan kata laluan dan nombor pin untuk melengkapkan perpindahan tersebut.

                Jika anda menerima status “awaiting approval” untuk status pengeluaran anda, ini bermakna anda sedang menunggu kelulusan secara manual daripada staf Poloniex yang selalunya memakan masa sehingga 24 jam sahaja. Jika melebihi tempoh masa tersebut, anda boleh menghubungi pihak Poloniex.

Kaedah pembayaran

                Kaedah pembayaran yang dibenarkan dalam platform adalah menggunakan matawang kripto sahaja iaitu perpindahan daripada dompet anda ke dompet Poloniex.

Yuran yang dikenakan dan keuntungan yang diperoleh

                Yuran yang dikenakan adalah berbeza mengikut maker dan taker dalam peratusan daripada jumlah dagangan dalam bentuk dollar US.  Maker dikenakan yuran dalam lingkungan 0.1% paling tinggi dengan nilai dagangan kurang daripada 500K sehingga 0% untuk lebih daripada 7.5 juta dollar. Bagi taker pula, mereka dikenakan dua kali ganda yuran maker iaitu 0.2% maksimum dan 0.1% minimum.

                Bagi perbezaan harga di pasaran dan harga bidaan adalah dalam lingkungan 0.15% sehingga 0.25% sahaja. Bagi nisbah leverage pula adalah agak tinggi iaitu pada 1:300.

Jaminan keselamatan platform Poloniex

                Poloniex menggunapakai sistem keselamatan 2 Factor Authentication (2FA) untuk kesemua transaksi urusniaga mereka. Oleh itu, Poloniex amat mensarankan kepada pengguna mereka untuk mengaktifkan sistem tersebut.

                Terdapat beberapa langkah mudah untuk mengaktifkan sistem tersebut iaitu dengan memuat turun aplikasi authenticator daripada stor telefon pintar masing-masing. Kemudian, cari ikon 2FA dan tambahkan akaun Poloniex anda secara manual dengan memasukkan kod 16 digit atau kod QR. Diingatkan agar anda wajib memelihara kunci sokongan anda dengan baik dan sekiranya berlaku apa-apa masalah berkenaan akaun anda, ia mudah untuk diakses.

                Selain daripada itu, laman web Poloniex dijamin selamat kerana menggunakan protokol keselamatan SSL dan enkripsi maklumat sulit. Bagi menjamin keselamatan wang anda, Polonix turut mengamalkan cold storage iaitu menyimpan wang anda secara luar talian dan dikawal rapi pada setiap masa 24/7.

Sokongan kepada pengguna

                Poloniex turut mempunyai API untuk laman web mereka bagi memastikan lebih pengalaman dan fungsi. Ini adalah supaya pelanggan mendapatkan keuntungan yang maksimum. Selain daripada itu, Poloniex mempunyai halaman sokongan untuk membantu pelanggan mendapatkan jawapan dan panduan berurusniaga menggunakan Poloniex.

Mesra pengguna

                Laman web Poloniex tersedia dalam bahasa Inggeris sahaja dan tidak tersedia dalam bentuk aplikasi mudah alih telefon pintar. Walau bagaimanapun, mereka masih mempunyai rekaan laman web khas untuk telefon pintar.  

                Poloniex adalah antara laman web yang mempunyai kaedah pertukaran yang mudah dan langkah-langkah yang mudah untuk diikuti terutamanya oleh pedagang yang baru berjinak-jinak dalam dunia matawang kripto.

Please login or create an account if you do not have a one yet to be able to post your review.

Market
Type
Price
Quantity
Total
Id
Market
Price
Open 24H
Range 24H
Vol. 24H
% CH

Copyright © 2017 - 2018. All rights reserved.