Yandex

Exchanges

Oct 21, 2018 Shahirah Pertukaran Views: 10

Remitano

0 (0 Review)
Compare with:
Nama saya

Remitano

Market
Price
Open 24H
Range 24H
Vol. 24H
% CH
Market
Type
Price
Quantity
Total
Id

Please login or create an account if you do not have a one yet to be able to post your review.

Remitano adalah salah satu platform pertukaran antarabangsa yang telah meluaskan pasarannya ke Malaysia.

Dimiliki oleh syarikat Babylon Solutions Limited dari Seychelles, kini mereka beroperasi di tujuh negara seluruh negara termasuklah Australia, Amerika Syarikat, Nigeria dan tiga negara Asia iaitu China, Vietnam dan Kemboja.

Remitano memulakan perkhidmatan pertukaran mata wang kripto pada 2016 dan ini adalah apa yang anda perlu tahu mengenainya.

Pasangan mata wang kripto yang boleh ditukar adalah seperti yang berikut:

  • BTC/ USDT
  • ETH/ USDT
  • BCH/ USDT
  • XRP/ USDT
  • LTC/ USDT

Pasar Remitano

Remitano menyokong jual beli token BTC melalui perangkaian padan (P2P) dengan menyenaraikan penjual dan pembeli BTC dalam dan luar talian di tapak web mereka.

Harga yang ditawarkan adalah berlainan dan anda boleh mengiklankan harga anda jika mempunyai tawaran yang lebih menarik.

Remitano juga berdiri sendiri dan tidak menggunakan perkhidmatan terus daripada pihak bank konvensional.

Ini bermakna pihak pembeli atau penjual yang akan berurusan dengan pihak bank masing-masing manakala BTC diuruskan oleh Remitano.

Bagi pembeli Remitano yang baharu, anda hanya dibolehkan membeli 2 BTC dan tidak melebihi daripada apa yang diiklankan oleh pengiklan.

Hanya apabila anda telah menyempurnakan urusan dagangan yang pertama, had pembelian akan ditamatkan.

Kaedah pembayaran yang disyorkan dan yuran yang dikenakan

Bagi aktivi jual beli di pasar Remitano, kaedah pembayaran yang disyorkan adalah menggunakan kaedah pindahan kawat dan deposit wang tunai ke dalam akaun pembeli atau penjual.

Percaya atau tidak, had minimum deposit adalah jumlah yuran yang dikenakan oleh Remitano iaitu:

  • 0.0002 BTC
  • 0.0001 BCH
  • 0.005 ETH
  • 5 USDT

Yuran ini terpakai apabila anda mendepositkan ke dalam dan mengeluarkan mata wang kripto daripada Remitano.

Jika anda memasukkan nilai lebih rendah daripada yuran yang dikenakan, token anda tidak akan diproses oleh Remitano.

Untuk aktiviti jual beli token, sebanyak 1% caj transaksi akan dikenakan kepada “taker”.

Dan caj ini adalah berkadar tetap.

Ciri-ciri keselamatan Remitano

Remitano mempunyai satu ciri unik yang membezakannya daripada platfrom perdagangan dan pertukaran yang lain iaitu penggunaan perkhidmatan escrow.

Escrow ialah pihak ketiga yang terlibat dalam memastikan token kripto yang dibeli atau dijual diserahkan kepada pihak yang berkenaan sekaligus mengelakkan penipuan.

Jika kata sepakat telah dicapai dalam dagangan, token kripto akan dimasukkan dalam akaun escrow sebelum pelanggan mereka boleh memindahkan wang fiat ke dalam akaun mereka.

Token kripto akan dipindahkan ke dalam akaun pelanggan apabila wang fiat telah dipindahkan ke dalam akaun bank mereka sekaligus mengelakkan berlakunya penipuan.

Jika penjual enggan memberikan token kripto mereka selepas menerima wang, pihak Remitano akan melepaskan token kepada pembeli tersebut setelah mendapat bukti pembayaran.

Di samping itu, jika anda perasan pada halaman utama Remitano terdapat senarai pembeli dan penjual token dengan harga menarik, bukan?

Setiap pembeli dan penjual mempunyai sejarah dagangan yang boleh dilihat oleh orang ramai.

Ini akan membantu anda untuk mengenal pasti reputasi pedagang yang boleh dipercayai.

Bagi keselamatan tapak web dan sistem Remitano, Remitano mempunyai beberapa ciri keselamatan yang boleh dipuji termasuklah penyimpanan mata wang kripto yang mematuhi Piawaian Keselamatan Mata Wang Kripto (CCSS).

Dasar ini telah ditubuhkan oleh C4, BitGo Inc. untuk menjamin pengendalian token kripto yang lebih selamat dari segi potensi serangan DDoS.

Selain itu, Remitano memasang keselamatan enkripsi SSL di tapak web mereka, menggunakan aplikasi Authy bagi 2-Factor Authentication dan keselamatan log masuk dalam bentuk pengesahan e-mel.

Selain itu, sebagai pembeli atau penjual, anda boleh meminta pelanggan anda membuat pengesahan kad pengenalan sebelum meneruskan urusan jual beli.

Dan di negara ini, pengesahan kad pengenalan adalah sangat penting sebelum menjalankan urusan dagangan.

Dari segi keselamatan token kripto pula, Remitano menyimpan sebahagian besar token dalam simpanan luar talian.

Bantuan dan sokongan Remitano

Remitano mempunyai pelbagai bentuk bantuan dan sokongan pelanggan mereka termasuklah Live Chat yang berfungsi 24/7 yang mana anda boleh bertanyakan kepada pihak Remitano sebarang soalan mengenai perkhidmatan mereka.

Apabila saya mencuba Live Chat mereka, pertanyaan saya mengenai caj pengeluaran telah dijawab kurang daripada 10 minit dengan tepat!

Selain itu, mereka turut mempunyai halaman sokongan iaitu Help Center yang memberikan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan Remitano.

Apa yang menariknya ialah mereka mempunyai artikel dalam bahasa Melayu yang lebih mudah difahami oleh orang ramai.

Namun jika anda mempunyai masalah spesifik mengenai akaun anda, anda boleh menghantar e-mel kepada pihak Remitano di [email protected]

Pengalaman pengguna

Remitano mencuba sedaya upaya untuk memberikan perkhidmatan yang baik dengan UI yang mudah di tapak web mereka dan turut mempunyai aplikasi mudah alih untuk pasaran iOS dan Android yang boleh dimuat turun secara percuma.

Selain itu, Remitano mempunyai pelbagai akses maklumat yang boleh didapati melalui blog, halaman komuniti di Reddit serta media sosial termasuklah Facebook, Youtube, LinkedIn dan Weibo.

Secara keseluruhannya, Remitano adalah platform yang menawarkan antara caj termurah, UI yang sederhana dengan ciri keselamatan yang bagus.

Remitano turut mengaplikasikan dasar Kenali Pelanggan Anda dengan baik serta polisi dagangan dan privasi yang menyeluruh.

Share

;

Copyright © 2017 - 2018. All rights reserved.