Yandex

Exchanges

Dec 02, 2018 Shahirah Pertukaran Views: 7

TideBit

0 (0 Reviews)
Compare with:
Market
Price
Open 24H
Range 24H
Vol. 24H
% CH
Market
Type
Price
Quantity
Total
Id

Tidebit merupakan satu platform pertukaran mata wang kripto yang popular di Hong Kong dan semakin mendapat perhatian warga dunia.

Antara mata wang yang didagangkan adalah Bitcoin, Bitcoin Cash, Litecon, Etherum dan alt coin yang lain.

terkini, Tidebit menggunakan dua mata wang fiat iaitu Dolar Hong Kong (HKD) dan Dolar Amerika (USD) untuk pasangan pertukaran mata wang fiat ke mata wang digital dan sebaliknya.

TideBIt mempunyai dua alamat pejabat operasi di Hong Kong di mana ia dibuka sehingga pukul 5 petang iaitu terletak di Hong Kong.

Fungsi pejabat TideBit ini tertumpu kepada urusan deposit dan pengeluaran wang tunai.

 

Kaedah pembayaran

TideBit menetapkan dua kaedah pembayaran untuk deposit dan pengeluaran dalam platformnya iaitu menggunakan akaun mata wang kripto dan akaun bank mata wang fiat.

Dalam kemaskini yang terbaharu juga, jumlah minimum dan maksimum pengeluaran mata wang fiat adalah sebanyak 100 dan USD 200,000 dan HKD 25,000 sahaja dibenarkan dalam satu-satu masa sehingga pemindahan berjaya dan selesai.

Selain itu, TideBit turut mempunyai beberapa peraturan tambahan mengenai hal pengeluaran mata wang di tapak web mereka.

Bagi deposit dan pengeluaran mata wang kripto pula, mereka menggunakan alamat dompet anda untuk alamat pemindahan.

Pemindahan mata wang kripto dilakukan secara automatik dan serta-merta. Namun kepantasan pemindahan tersebut adalah tertakluk kepada kelajuan blockchain semasa.

Pemindahan boleh mengambil masa beberapa minit sehingga beberapa jam.

TideBit juga menyediakan perkhidmatan OTC dan membenarkan selain pemilik akaun untuk melakukan deposit di bank tempatan iaitu pejabat Chai Wan dan Tsim Sha Tsui.
Wakil hanya menyediakan dokumen yang berikut:

  1. Surat kebenaran

  2. Salinan kad pengenalan/ passport pemegang akaun TideBit

  3. Kad pengenalan wakil

Sama ada melalui emel atau salinan keras kepada pihak bank.

 

Caj dan yuran perkhidmatan

TideBit mempunyai agak banyak caj berbeza berbanding platform-platform lain dengan pelbagai kadar yang berlainan. Ia mempunyai caj aset digital, caj deposit dan caj pengeluaran serta caj perdagangan.

  • Caj aset digital

Dalam kemaskini jadual yuran Tidebit yang terkini iaitu 31 Ogos 2018, tiada lagi sebarang caj digital aset dikenakan.

  • Caj deposit dan pengeluaran

Bagi caj deposit, tiada caj deposit untuk mata wang kripto dikenakan.

Namun begitu, anda dikenakan caj sebanyak 2% daripada jumlah deposit jika anda menggunakan perkhidmatan bank, ATM, pemindahan bank dan juga cek. Hanya pemindahan melalui wang tunai di Chai Wan adalah percuma.

Bagi caj pengeluaran pula, kadar yang berbeza dikenakan untuk mata wang kripto. Namun yang demikian, kadarnya hanya dalam nilai yang kecil sahaja..

Bagi mata wang fiat, hanya pengeluaran kepada bank tempatan sahaja diterima. Dan caj yang dikenakan adalah berbeza antara HKD dan USD.

  1. 0.1% + 50HKD

  2. 0.1% + 5 USD

  • Caj perdagangan

Caj transaksi adalah caj yang dikenakan untuk setiap transaksi pasangan mata wang yang dilakukan.

Caj transaksi dibahagikan kepada 3 kategori iaitu kategori mata wang HKX, mata wang digital dan HKX dan USX dengan mata wang fiat, serta mata wang fiat.

  1. Pasangan mata wang HKX dan mata wang kripto yang lain: 0.1%

  2. Pasangan mata wang HKX, USX dan mata wang fiat: 0.2%

  3. Pasangan mata wang fiat dan mata wang kripto: 0.3%

 

Ciri-ciri keselamatan

Tidebit mempunyai beberapa ciri-ciri keselamatan seperti Google Authenticator untuk 2-factor Authentication, enkripsi SSL tapak web dan juga mengamalkan undang-undang KYC.

Cara menggunakan Google Authenticator untuk aplikasi telefon TideBit juga turut disediakan di FAQ mereka.

KYC adalah satu prosedur bagi memenuhi piawaian peraturan dan undang-undang KYC, AMLA dan juga CTF.

Antara perkara yang perlu dilengkapkan termasuklah menjawab soalan, memberikan dokumen yang diperlukan.

TideBit mengambil lebih kurang 1 hingga 2 hari untuk membuat pengesahan, bergantung kepada jumlah permintaan semasa.

Di sinilah KYC turut memainkan peranan untuk mengesahkan identiti anda sebagai pemilik akaun TideBit.

Kehilangan akses atau pertukaran telefon bimbit untuk Google Authenticator memerlukan anda untuk memberikan salinan kad pengenalan dan bukti kediaman anda.

Setiap jenis akaun mempunyai cara tersendiri yang perlu diikuti oleh akaun individu dan korporat.

Seperti contoh, salinan kad pengenalan dan juga bukti kediaman. Bukti kediaman haruslah menepati syarat-syarat yang ditentukan iaitu:

  1. Dikeluarkan oleh pihak kerajaan atau bank

  2. Dikeluarkan sekurang-kurangnya 3 bulan lepas

  3. Pernyataan dalam bahasa Inggeris atau Cina

  4. Untuk surat dalam versi salinan kertas, sila muat naik dalam saiz A4

  5. Untuk dalam bentuk e-versi, anda harus memuat naik versi penuh

 

Ciri-ciri tambahan

Di tapak web mereka, TideBit menyediakan alat pengurusan risiko carta minit, jam dan harian dalam masa sebenar menunjukkan prestasi semua pasangan mata wang yang didagangkan termasuklah Candlestick.

Oleh yang demikian, ia memberi peluang kepada penganalisis sohor kini untuk mengenak pasti apakah sohor kini pada masa yang akan datang dan nilainya pada masa akan datang.

Di samping itu, pada bahagian pasar juga terdapat jumlah buku pesanan yang tersedia di platform. Dengan cara ini, pedagang mata wang kripto dapat melihat nilai dagangan menggunakan buku pesanan yang dilakukan oleh pedagang sedia ada.

TideBit juga mempunyai API tersendiri yang boleh didapati di bahagian FAQ mereka. Atau anda boleh klik pautan ini tidebit.com/swagger.

 

Sokongan dan bantuan

Penggunaan aplikasi WhatsApp sebagai medium perhubungan bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi TideBit.

Mereka mempunyai dua nombor WhatsApp dan nombor WhatsApp khas untuk pertanyaan berkenaan pengeluaran sahaja dan berkenaan perkhidmatan OTC (over-the-counter service).

Selain itu, mereka juga ada beberapa alamat emel untuk memudahkan urusan perkhidmatan pelanggan.

Anda boleh menghantar emel kepada [email protected] untuk pertanyaan am mengenai perkhidmatan TideBit dan [email protected] untuk hal ehwal korporat.

TideBit turut memberikatn pautan ke halaman Facebook, dan grup Telegram rasmi di tapak web mereka.  

 

Pengalaman pengguna

Tapak web ini disediakan dalam 3 bahasa utama iaitu bahasa Inggeris  bahasa Cina, dan juga bahasa Hong Kong.

TideBit juga telah melancarkan aplikasi rasminya di platform iOS dan Android bagi memudahkan urusan perdagangan para pelanggan.

TideBit mungkin adalah sebuah platform pertukaran dan perdagangan mata wang kirpto dan mata wang fiat yang

Share

;

Copyright © 2017 - 2018. All rights reserved.