Yandex

Exchanges

Sep 23, 2018 Shahirah Pertukaran Views: 15

Tokenize Exchange

Score

0 (0 Reviews)
Compare with:
Nama saya

Tokenize Exchange

Market
Price
Open 24H
Range 24H
Vol. 24H
% CH
Market
Type
Price
Quantity
Total
Id

Please login or create an account if you do not have a one yet to be able to post your review.

Gambaran keseluruhan:

Diperkenalkan pada awal 2018, kini Tokenize Exchange merupakan antara platform pertukaran dan perdagangan matawang kripto yang tersohor di Asia. Syarikat ini diasaskan di Singapura pada 2017.

Tokenize Exchange ialah platform yang mengumpulkan syarikat-syarikat senarai putih untuk menguruskan perdagangan dan dibantu dengan kontrak pintar yang mudah dicapai.

Syarikat Tokenize Technology (M) Sdn Bhd diselia oleh Bank Negara Malaysia dan Singapura, mempunyai beberapa ciri utama yang menarik iaitu perdagangan yang optimum, transaksi pantas, perdagangan P2P, buku pesanan dan pasar yang besar.

Tokenize Exchange mengendalikan dua jenis pertukaran iaitu pertukaran kripto-kripto dan fiat-kripto. Selain itu, platform ini juga sesuai untuk digunakan oleh pedagang baharu dan lama dalam bidang ini daripada segi antara muka pengguna (UI) dan kaedah jual beli yang mudah.

Pasar Ringgit Malaysia (MYR) dan Dolar Singapura (SGD) terdiri daripada empat matawang kripto utama iaitu BTC, ETH, LTC dan ZEC manakala pasar matawang kripto terbahagi kepada pasar BTC dan ETH.

Antara matawang kripto yang terdapat dalam platform ini adalah:

  1. BTC
  2. LTC
  3. ETH
  4. BCH
  5. OMG
  6. ZIL
  7. GNT
  8. BAT

Di samping itu, tiga jenis akaun yang diperkenalkan oleh Tokenize Exchange ialah akaun Normal, Premium dan Platinum yang mana ia mempunyai had deposit dan pengeluaran yang berbeza.

Kaedah pembayaran:

Hanya kaedah pindahan bank sahaja dibenarkan untuk deposit mata wang fiat. Anda dibenarkan untuk mempunyai dua akaun bank di bawah nama anda sahaja. Dan anda boleh memadamkan akaun tersebut jika perlu.

1. Deposit

Pihak Tokenize akan memproses dana deposit anda sekurang-kurangnya dalam masa sehari bekerja. Dan deposit anda akan dibatalkan jika masih tidak diterima selepas tiga hari daripada tarikh resit deposit.

Had minimum dan maksimum deposit harian bagi mata wang MYR adalah sebanyak RM3,000 dan RM30,000 manakala had SGD ialah SGD1,000 dan SGD10,000.

Jika anda ingin mendeposit wang dalam bentuk kripto, had minimum mata wang kripto yang dibenarkan iaitu 0.01 BTC dan 0.1 ETH.

2. Pengeluaran

Tokenize Exchange mengenakan beberapa had minimum pengeluaran mingguan yang perlu dipatuhi iaitu sekurang-kurangnya RM300 dan had maksimum sehingga RM15,000 untuk akaun biasa Premium sebanyak RM60,000 dan RM150,000 untuk akaun Platinum.

Bagi matawang kripto pula, had minimum pengeluaran ialah 0.01 BTC dan 0.1 ETH sahaja dan tiada had maksimum ditetapkan. Anda boleh dapatkan had minimum untuk token-token lain di halaman sokongan.

Caj perkhidmatan yang dikenakan:

Tokenize Exchange mengenakan dua jenis caj kepada penggunanya iaitu caj pengeluaran bagi mata wang kripto dan caj pertukaran.

Anda boleh dapatkan lebih maklumat mengenai cara berdagang di halaman sokongan di tapak web Tokenize Exchange.

1. Caj pengeluaran

Hanya caj pengeluaran bagi matawang kripto dikenakan iaitu sebanyak 0.5%. Selain itu, caj minimum yang ditetapkan adalah seperti yang berikut:

  1. 0.001 BTC/ BCH
  2. 0.01 ETH/ ZEC
  3. 0.1 LTC
  4. 1 ZIL/ OMG/ BAT/ GNT/ CVC/ RDN

Tiada caj pengeluaran bagi mata wang fiat dikenakan.

2. Caj pertukaran

Tokenize Exchange mengenakan caj pertukaran kepada dua jenis akaun yang berbeza seperti yang berikut:

  1. Akaun biasa: pertukaran kripto-kripto 0.25%, pertukaran fiat-kripto 1.00%
  2. Akaun premium: pertukaran kripto-kripto 0.2%, pertukaran fiat-kripto 0.5%

Ciri-ciri keselamatan dan seliaan undang-undang:

Tokenize Exchange diselia dan dipantau oleh Bank Negara Malaysia dan Penguasa Kewangan Singapura (Monetary Authority of Singapore atau lebih dikenali sebagai MAS).

Oleh itu, pihak Tokenize perlu mematuhi undang-undang yang ditetapkan oleh badan kewangan tersebut iaitu AMLA/CFT dan “Kenali Pelanggan Anda” yang mana anda perlu mengesahkan identiti anda untuk menggunakan platform ini.

Bagi proses pengesahan akaun, anda perlu memberikan dokumen kad pengenalan dan bukti kediaman seperti bil air, penyata bank yang mengandungi nama penuh dan alamat anda.

Proses pengesahan selalunya memakan masa dua hari bekerja dan anda akan dimaklumkan melalui e-mel jika permohonan anda ditolak.

Tokenize Exchange menggunakan penyedia dompet atas talian BitGo yang mempunyai ciri-ciri multi-signature (P2SH multisig), BIP32 ‘HD’ bagi menjamin privasi semasa transaksi dilakukan.

Dompet anda akan ditetapkan untuk menerima mata wang kripto lebih daripada satu alamat dan menghantar kepada hanya satu alamat yang telah disenarai putih.

Tokenize mengenakan sekatan IP kepada alamat luar yang tidak diberikan kebenaran untuk menerima mata wang kripto. Selain itu, alamat IP juga akan dikenakan had penggunaan token sebagai langkah berjaga-jaga jika berlaku kecurian.

Killer Switch juga akan diaktifkan pada waktu kecemasan yang mana dompet akan dibekukan, token tidak boleh dikeluarkan sehingga isu tersebut diselesaikan dengan menjalankan out-of-band authentication.

Keselamatan platform yang disediakan oleh Tokenize juga termasuklah enkripsi SSL, 2 Factor Authentication dan juga teknologi reCAPTCHA, dan pengesahan melalui One Time Password (OTP) telefon pintar.

Ciri-ciri tambahan:

Baru-baru ini Tokenize Exchange telah mengadakan kerjasama dengan Blue Whale Foundation untuk membangunkan gerbang dan platform untuk meningkatkan kecekapan pada kos optimum, kecairan bayaran yang diperoleh dalam mata wang kripto.

Anda juga boleh mendapatkan carta tukaran nilai bagi mata wang BTC, ETH, dan LTC di tapak web mereka.

Sokongan dan bantuan yang disediakan:

Tokenize Exchange dikatakan menggunakan teknologi AI dalam perkhidmatan pelanggannya untuk memberikan pengalaman yang luar biasa kepada pengguna platform.

Selain itu, Tokenize menggunakan sistem tiket yang mana anda perlu menghantar tiket permasalahan anda dan akan dibalas dalam masa beberapa hari, tidak serta-merta.

Anda juga boleh mendapatkan maklumat dan pengumuman terkini mengenai Tokenize Exchange daripada blog, senarai FAQ dan di halaman sokongan di tapak web mereka.

Pengalaman pengguna:

Sehingga saat ini, terdapat beberapa pautan yang masih belum disediakan seperti bahagian Contact Us, Token Store dan Marketplace.

Perkara tersebut mungkin akan menjadi satu isu kepada pengguna yang ingin mendapatkan lebih maklumat mengenai produk Tokenize Exchange sebelum membuat keputusan untuk mendaftar.

Selain itu, antara muka pengguna (UI) dan fungsi dagangan yang mudah merupakan satu peluang yang baik untuk pedagang baharu untuk berjinak-jinak dalam bidang ini.

Hal ini kerana, Tokenize Exchange masih lagi dalam proses menyediakan lebih banyak pilihan semasa berdagang iaitu pilihan Limit dan Time in Force selain Good Till Cancelled.

Anda juga boleh mendapatkan kemas kini terkini melalui media sosial interaktif seperti Facebook dan Telegram.

Copyright © 2017 - 2018. All rights reserved.